Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 29 July 2012

Isu nama Allah




                                                   

Isu nama Allah ini bukan bermula hari ni, tapi sudah lama. Ramai ulama’ yang memberikan komen dan pandangan gagal memahami isu ini dari objektif gerakan Kristian di Malaysia. Saya tak punya banyak masa.. saya muatkan kronologi ringkas dan secara mudahnya begini, saya ambil rujukan dari buku History of Catholic Faith in Malaysia dan beberapa sumber penerbitan Kristian yang ada dalam simpanan saya. Ia perlu kerana terdapatspin doctors di luar sana yang cuba menangguk di air keruh. Isu ini sebenarnya bermula dari tahun 1981 dan di kala itu, oleh kerana tiada pihak yang memandang isu ini dari kacamata keuntungan politik, ianya tidak di bawa ke mahkamah untuk dipanaskan.
 Pelik apabila setelah hampir 30 tahun, isu ini timbul atas tujuan tertentu. Berikut kronologi ringkas untuk sahabat semua nilaikan. Selama hampir 30 tahun isu ini dikawal dan dijaga oleh pihak kerajaan supaya ianya tidak menjadi api yang membakar semangat persaudaraan, tiba-tiba sahaja sejak dua tahun kebelakangan ini ianya ditimbulkan pada skala besar-besaran.Saya tidak menyokong mana-mana parti politik, tetapi saya hanya mahu jelaskan apa yang benar dan perkara yang berada dalam pengetahuan saya. Nilaikan kronologi berikut:

 
                                 
o Import dan penggunaan Bible dalam bahasa Indonesia dengan tajuknya alKitab pertama kali diharamkan pada 1981 secara total oleh Kementerian Dalam Negeri di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

o Pengharaman ini diprotes oleh kumpulan Kristian, lalu ia dibenarkan import dengan syarat yang ketat, iaitu hanya boleh dijual di kedai2 buku Kristian dan gereja2.

o Alasan pengharaman yg diberikan kerajaan ialah kerana di dalam Bible berbahasa Indonesia tersebut mengandungi beberapa kalimah yang menyentuh sensitiviti serta mengelirukan umat Islam.

o Kumpulan kristian berhujah bahawa nama Allah sudahpun digunakan oleh orang-orang Arab sebelum Islam. Anuar Ibrahim pada ketika ini bersama kerajaan.

o Dalam tahun 1980-an, negeri2 Perak, Kelantan dan Terengganu mengharamkan 36 perkataan yang diharamkan pihak bukan Islam gunakannya. Berikut perkataan tersebut : (Akhirat, Dakwah, Ibadat, Kadi, Mufti, Syeikh,al Qur’an, Fatwa, Ilahi, Karamah, Nabi, Syariah, Al Sunnah, Firman Allah, Imam, Khalifah, Qiblat,Tabligh, Allah, Hadis, Iman, Khutbah, Rasul, Ulama’, Azan, Haj(Haji), Injil, Masjid, Solat, Wahyu, Baitullah, Hauliak, Kaabah, Mubaligh, Syahdah, Wali).

o MCCBCHSS lantas berjumpa Dr. Mahathir pada 10 April 1990 dengan isu ini sebahagian dari beberapa agenda yang diktengahkan mereka untuk dirundingkan. Mereka kemudiannya mendakwa kerajaan tidak melaan tuntutan mereka. Tuntutan ini di buat semasa UMNO baru berpecah dengan sebahagian besar dari ahlinya menyertai Semangat 46. 

o Selepas tu pihak yang mewakili pertubuhan Kristian menghantar sepucuk surat kepada (Tun) Ghafar Baba dalam satu surat bertarikh 11 Januari 1992 dalam percubaan menjelaskan bahawa perkataan yg disebut di atas merupakan sebahagian dari bahasa harian penganut Kristian. Mereka juga berhujah bahawa apa-apa bentuk pengharaman perkataan untnk digunakan oleh kumpulan Kristian, hendaklah dengan alasan bahasa penggunaan perkataan itu benar-benar dianggap mencemar kesucian agama Islam. Tuntutan itu juga tidak dilayan.

o Mereka adakan banyak protes dan menggunakan pelbagai saluran tuntutan.

o Tahun 1992 ini jugalah mereka melancarkan projek D.A.W.N. (Discipling A Whole Nation – Mengkristiankan Seluruh Negara). Perhatikan dimana mereka meletakkan pada perkara pertama apa isu yang menjadi batu penghalang kebebasan mereka untuk berdakwah di Malaysia. Buku tersebut menyatakan sikap PAS yang keras menuntut negara Islam membuatkan UMNO juga bersaing untuk bersikap mesra Islam dan kesudahannya orang-orang bukan Islam mendapat kerugian apabila kedua-dua parti ini bersaing untuk menjadi lebih Islam dari yang lain.

o Oleh kerana melihatkan kerajaan sudah kehilangan sokongan orang Melayu, mereka sekali lagi mendesak kerajaan berkenaan isu ini. Akhirnya, Christian Federation of Malaysia (CFM) dibenarkan menggunakan kesemua perkataan yang disebut di atas kecuali empat, iaitu, Allah, solat, Kaabah dan Baitullah.

o Pemimpin Kristian secara bersatu menolak ketetapan ini dan mendesak kesemua perkataan itu dibenarkan.

o Beberapa akhbar Katolik (Catholic Sabah & Asian Beacon) terpaksa membuat rayuan agar permit terbitan mereka dibenarkan KDN.

o Pada 1996, kerajaan memberikan ruang kepada pihak Kristian menggunakan bahasa melayu untuk penerbitan mereka. Tetapi masih dengan syarat ketat bahawa empat perkataan yang diharamkan seperti yang disebut di atas tidak boleh mereka gunakan.

o 1998, Anuar Ibrahim dipecat dari kabinet. Melihat orang Islam sekali lagi berpecah, mereka mencuba lagi, tetapi tetap gagal di bawah era Dr. Mahathir. Desakan demi desakan diteruskan juga.

o 2001, lima buah gereja dibakar di Malaysia.
o 2003, Dr. Mahathir letak jawatan. Pak Lah ambil alih dengan dasar terbuka. Muslim berpecah dan pada ketika ini timbul pelbagai perkara yang selama ini berjaya dihalang. Islam mula diperkotak-katikkan malah oleh orang Islam sendiri.

o Mei 2004 kumpulan Artikel 11 ditubuhkan. Objektif pertubuhan dan misi mereka boleh ditelitikan dengan klik sini. http://www.article11.org/

o 2005-2006 proposal IFC dibuat dengan beberapa tuntutan. Googlekan untuk membacanya.

o 2007, sebelum menjelang pilihanraya pihak gereja berjumpa dengan pihak MCA dan kemudiannya DAP untuk mendengar perancangan dan manifesto parti-parti terbabit dan untuk menyatakan hasrat dan perubahan-perubahan yang mereka ingin lihat berlaku.


o Perhatikan isu-isu yang ditimbulkan mereka kepada MCA & DAP. Mereka mahu MCA & DAP tahu bahawa jika mereka mahukan sokongan masyarakat Kristian, mereka perlu membantu kumpulan Kristian dalam perkara-perkara yang ditimbulkan berikut. Berikut apa yang mereka sampaikan kepada parti terbabit.
1) Aktiviti Pengislaman Malaysia yang terlalu radikal kata mereka harus disekat.
2) Menentang Malaysia dijadikan negara Islam.
3) Perasaan tidak senang mereka dengan parti-parti politik bukan Islam dalam Barisan Nasional yang diam dan terlalu tunduk kepada UMNO.
4) Peruntukan dan pelaksanaan undang-undang yang dirasakan tidak menyebelahi mereka.

5) Mereka mahukan sebuah mekanisne perundangan yang melindungi dan muslim mudah murtad dan tidak dihalang. Mereka mengatakan BN disebalik semua halangan ini.

6) Mereka tidak senang dengan operasi cegah maksiat oleh Jabatan Agama Islam yang semakin menjadi-jadi dan pembabtitan Jabatan Agagam Islam dalam kes tuntutan mayat mualaf.

7) Diskriminasi peruntukan rumah ibadat bukan Islam.

8) Meminta perkataan-perkataan Allah dan 3 lagi yang diharamkan di atas dibenarkan utk mereka gunakan.

9) Mereka berharap bahawa kesemua masalah yang mereka senaraikan di atas dapat diatasi secepat mungkin.


o Mereka memastikan segala tuntutan mereka difahami oleh DAP dan MCA sebelum pilihanraya Mac 2008 berlangsung. Itu hak mereka untuk menyuarakan hasrat dan apa yang diingini mereka. Jika kita di pihak mereka tentu sahaja perkara yang sama kita akan lakukan. Tetapi dalam hal ini, hak kita sebagai muslim dipertikaikan dan diperlekehkan. Jadi menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan hak ini dengan cara yang berhemah dan aman tanpa menimbulkan kekacauan. Semua orang harus aktif dan semua orang harus mengambil peduli.

o Selepas perjumpaan dengan M.CA pada 16 November 2007, pihak Sidang Injil Borneo memfailkan saman kepada KDN pasal isu nama Allah ini.

o Blogger-blogger sondol muslim mula menyokong perjuangan mereka tanpa mengetahui apa kesan terhadap kedudukan Islam di Malaysia.

o 31 Disember 2009, Hakim Lau Be Lan memutuskan pihak SIB boleh menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka.

o 31 Disember 2009, saya membulatkan tekad untuk membebaskan diri dari sebarang faktor pengaruh politik dan tidak akan mempersekutukan Allah dengan sesuatu kepentingan dunia, baik dalam bentuk baik atau pun buruk. Berhabisan saya akan menentang golongan berskirt mini berbulu kaki belakang lorong gelap di kalangan muslim.

o Malang sekali apabila kemudiannya PAS menggunakan slogan yang sama dengan motto perjuangan kumpulan Kristian dalam isu ini. Allah for All di dalam statement gumby mereka adalah dengan tujuan bagi memastikan pihak Islam memahami mereka disokong PAS dan pihak Kristian memahami mereka juga disokong PAS. Jelas apa yang saya takuti berlaku ke atas PAS sejak sekian lama, telah pun berlaku dalam dua tahun kebelakangan ini, di mana suara ulama' dan mereka yang benar-benar mencintai Islam sudah tenggelam lemas di dalam kebanjiran pihak-pihak yang dihantar untuk merosakkan mereka dari dalam. Sebelum 1998, PAS hanya mempunyai sekitar 400 ribu lebih ahli, sekelip mata selepas satu peristiwa dalam tahun 1998, keahlian mereka meningkat 100 kali ganda. Ketika itulah Pas mula ditembusi dengan segala hama dan kutu penghisap darah. 
   Hanya beberapa kerat pemimpin di dalam PAS masih kekal memperjuangkan agenda utama penubuhan mereka dan ketika isu nama Allah ini timbul, dapat kita kenal siapa orang yang masih boleh kita harapkan berada dalam PAS. Dato' HAron Din, TAib Azamudeen dan beberapa orang lagi. Malangnya suara mereka tenggelam dalam ombak wahan yang memukul pantai PAS. Allah For All untuk pengetahuan tuan-tuan merupakan slogan perjuangan kumpulan Kristian yang mahukan nama Allah digunakan dalam penerbitan mereka. Allah for All juga dimasukkan ke dalam kenyataan akhbar PAS tempoh hari. Apakah statement yang ditunggu-tunggu orang Islam yang menanti penyatuan Muslim telah dirodok dari jalan belakang yang haram oleh pihak-pihak yang berkepentingan? Apakah Pas kini sudah sepenuhnya sudah mudah disabotaj oleh ahli-ahli mereka sendiri yang berbaju Pas tetapi hakikatnya berwala' dengan puppet master dari luar?

o Kerana tunduk, pihak Kristian redha dengan Pakatan Mereka lalu membenarkan apa yang disebut dalam surah al Baqarah ayat 120: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Al Baqarah 42

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Al An’am 81 – 83

"Dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?"

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. Dan itulah hujah (bukti) Kami, yang Kami berikan kepada Nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya. Kami tinggikan pangkat-pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

Maaf, saya tak bermaksud untuk berlebihan dalam isu politik dan itu yang sudah lama saya elakkan dalam blog ini. Tetapi hal ini mudaratnya sangat besar dan harus saya lebih berterus terang. Saya hanya menyokong mana-mana pihak yang saya yakin kedudukan Islam di negara ini tidak akan terjejas. Isu ini merupakan satu isu yang panjang dan harus diselesaikan dengan cara paling berhemah dan dalam masa yang sama meletakkan kepentingan Islam di kedudukan utama sesuai dengan kedudukannya dalam negara ini. Pihak yang berdiam diri untuk mendapat laba politik dan mempolitikkan isu ini merupakan pihak yang menangguk di air keruh. 
Motif mereka ialah untuk mendapatkan sokongan dalam pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi. Ini sejarah perjuangan mereka untuk menggunakan nama Allah melalui proses undang-undang dan sokongan undi ditawarkan kepada sesiapa yang mahu menurut kemahuan mereka. Ia bermula sejak 1981. Kronologi ini dinukil bagi menjawab tuduhan spin doctors yang cuba mengkeldaikan isu ini supaya muslim berterusan tidak akan bersatu biar apa juga pemasalahan yang dihadapi. Ada lagi cerita.. insyaAllah saya bentangkan dalam waktu terdekat supaya semua faham bahawa isu ini bukan isu politik yang cuba dipolitikkan oleh kumpulan yang mendapat sokongan dari pihak bukan Islam. Ia sebuah kisah bermula dari zaman Nabi Sulaiman a.s. Tak percaya...? Tunggu saya updatekan psoting di sini.. InsyaAllah. Wallhua'lam.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya