Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 17 July 2012

Kenapa Rafizi Letak jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor?

                                        
                                              


 Selepas Rafizi secara tiba2 meletak Jawatan sebagai penasihat Ekonomi negeri Selangor, selang beberapa  minggu selepas itu., Skandal 1 Bilion kerajaan negeri Selangor dibongkar..


                           


 KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Perkara itu turut dimaklumkan dalam twiternya sebentar tadi.

"Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk Kerajaan Negeri," katanya.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai penasihat.

Rafizi pula menyandang jawatan Ketua Eksekutif di pejabat itu sejak 2009 lalu.

"Letak jawatan proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri & parti. Ramadhan dah dekat, tumpu ibadah," katanya lagi.
Gua rasaa Rafizi letak Jawatan atas sebab yang die sudah ketahui. kemungkinan besar juga, dia tidak mahu terbabit dalam skandal itu. Alasan bodoh yang diberi  iaitu mahu berehat itu satu alasan yang tidak masuk akal.Jika mahu berehat, kenapa baru sekarang tidak dahulu?


 Gua yakin  100% bahawa Skandal  yang dikaitkan dengan  Kerajaan Negeri Selangor terutamanya berhubung soal ekonomi kerajaan negeri kemungkinan besar mempunyai kaitan seperti yang didedahkan oleh adun MCA


Antara persoalan yang ditimbulkan berhubung kes rasuah ini:-


                                         

1)“Adakah benar kos pembelian tanah dan aset syarikat TALAM berjumlah RM 676 juta seperti yang didedahkan? Jika benar, ini merupakan satu nilai yang jauh lebih tinggi dari hutang sebenar iaitu hanya RM 392 juta. Bagaimanakah jumlah itu diperolehi?

2) Berapakah jumlah wang yang diterima oleh agensi yang dihutang oleh TALAM seperti Unisel, PNSB dan Kumpulan Hartanah Negeri Selangor (KHSB).

3) “Bagaimana kerajaan negeri membelanjakan sejumlah wang yang begitu besar sekali untuk ‘membeli’ hutang TALAM melalui kaedah round-tripping sedangkan amalan ini hanya bertujuan untuk mencantikkan akaun sahaja tanpa memberikan keuntungkan kepada Kerajaan Negeri”??

4) Pendedahan demi pendedahan menunjukkan persoalan yang dilontarkan sebelum ini terutamanya mengenai sumber kewangan Geran Selangorku yang meragukan mungkin berkaitan dengan pendedahan skandal RM 1 billion ini.



5) “Bagi kerajaan Selangor, sebuah syarikat senaraian awam, Talam telah berhutang sejumlah RM392 juta kepada anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor. Pecahannya adalah seperti berikut, Unisel dan PNSB sebanyak RM277 juta, SAP Holding yang merupakan anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) sebanyak RM115 juta.


 6) “Bila sesebuah syarikat diletak di bawah PN17, bermakna kedudukan kewangan syarikat kurang baik dan ia boleh dinyah senarai yang mana ini akan menjejaskan pemegang sahamnya. Selepas perjanjian ditandatangani dengan kerajaan Selangor, Talam telah berjaya keluar dari status PN 17.


7) “Daripada mahu mengutip semula hutang sebanyak RM392 juta, kerajaan Selangor telah membeli aset tambahan bernilai RM284 bagi membantu TALAM,aset-aset yang kerajaan negeri Selangor peroleh tidak dijual kepada pihak luar dan transaksi yang berlaku adalah secara dalaman di antara kerajaan negeri dan anak syarikat kerajaan negeri.


Pembelian aset berjumlah RM676 juta dan penggunaan peruntukan sebanyak RM392 juta yang menjadikan transaksi bernilai RM1 billion ini penuh dengan tanda Tanya dan menimbulkan kecurigaan,




                                                


                                                  
SPRM sampai kehari ini tak tahan mereka yang terbabit & biarkan skandal 1 bilion tue hanya  didedahkan dalam  media & beberapa sidang. SPRM dilihat berat sebelah apabila kes rasuah membabitkan pemimpin PR. Jika ianya berlaku kepada pemimpin UMNO., mereka dengan cepat bertindak.! lihat sahaja  pada isu NFC.!


Masih ramai ahli2 UMNO/BN yang tido lena tanpa mengupas isu ini dgn lebih mendalam.Yang mereka tahu meminta mereka yang terbabit menjelaskan, sudah tentulah mereka akan terus menerus mendiamkan diri. Mereka tidak mempunyai startegi untuk mengheret pemimpin PR yang terbabit. Desakan demi desakan harus digunakan untuk membawa yang terbabit dalam skandal rasuah ini.


Mereka (ahli UMNO) masih sedap lenaa tido ditempat yang selesa. Pihak SPRM hanya bekerja mencari kesalahan pihak UMNO, jika ada kesalahan dipihak PR. mereka akan buat dono. Jika sekiranya SPRM benar2 buat kerja, kenapa sehingga kehari ini beberapa skandal & penyelewengan di pihak Pembangkang  masih dibiarkan??




 Ini lah Sikap kebanyakkan kakitangan kerajaan yang masih memandang rendah terhadap sesuatu isu.Kemungkinan juga mereka yang menyambung tempoh  perkhidmatan sehingga berusia 60 tahun hanya tahu bersembang didalam pejabat. Walaupon tak semuanya yang bersikap sebegini, tapi gua katakan sikap sebegini berlaku terhadap lebih 80%.


Kemungkinan besar juga akibat Kebebasan Bersuara yang telah diluluskan oleh KDN dibawah pentadbiran Menteri  Amaran iaitu menteri paling bacul dalam sejarah negara.!


Mungkin KDN hari ini lebih suka melihat pemimpin2 UMNO  diheret didalam mahkamah atas  kes-kes rasuah & KDN takut hendak mengheret beberapa pemimpin PR kerana takut mereka akan merusuh?? 


KDN satu badan yang gua tengok paling LEMBAB dalam kabinet.!

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya