Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 24 August 2012

DAP P.Pinang seleweng Tabung Perumahan Bumiputera


 Menjadi satu tanda tanya apabila kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak menggunakan wang dalam Tabung Amanah Perumahan Bumiputera bagi membina rumah kos rendah untuk rakyat

Berdasarkan Laporan Audit Negara 2010, terdapat baki RM21.1 juta dalam tabung berkenaan.

Wang tersebut sepatutnya dibelanjakan mengikut tujuan tabung itu ditubuhkan.
                         
                  

Fungsi tabung adalah untuk simpanan dan dibelanjakan.

“Yang menjadi persoalan, kenapa kerajaan negeri tidak bina rumah untuk bumiputera?
 Mana Rumah Kos rendah yang dibina di Pulau Pinang  sejak  DAP mengambil alih negeri ini?

 Rumah yang dibini kebanyakkannya bernilai ratusan ribu malah jutaan ringgit.


 Ini rumah kos rendah  3 tingkat yang dibangunkan oleh DAP Penang yang berharga  Ratusan Ribu ringgit.

Difahamkan pada 2010, baki akaun tabung tersebut berjumlah RM21.1 juta iaitu meningkat RM8.46 juta atau 66.9 peratus berbanding RM12.65 juta pada tahun sebelumnya.

Peningkatan ini adalah disebabkan oleh penerimaan dana daripada pemaju perumahan iaitu bagi pelepasan kuota bumiputera pada 2010 berjumlah RM8.46 juta yang tidak dibelanjakan langsung kerana tiada aktiviti atau program berkaitan dijalankan.

  Ramai orang Melayu sendiri mungkin tidak tahu tabung itu wujud kerana kewujudannya tidak pernah diuar-uarkan. Daripada jumlah diskaun lima peratus harga rumah bumiputera, kerajaan negeri ambil 70 peratus.

 Anda boleh lihat disini: Laporan Jabatan Audit Negara



 Undi PR: DAP Bakal Jadi PM!!





No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya