Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 24 August 2012

Hudud PAS kena minta kebenaran DAP: Anwar



                           

     Di sebalik perbalahan berterusan Pas dan DAP mengenai aspirasi pelaksanaan hudud, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar pakatan pembangkang buat masa ini.
Menurut Anwar, undang-undang syariah itu juga bukan merupakan perkara yang terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masa depan.

Katanya, walaupun Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk melaksanakan hudud, undang-undang Islam itu masih tidak boleh dijalankan di negara ini selagi ia tidak mendapat persetujuan DAP.
Ini kerana, katanya, keputusan mengenai pelaksanaan hudud perlu dicapai melalui konsensus ketiga-tiga parti, dasar bersama dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, katanya, pakatan pembangkang memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.


"Kita menghormati hak (Pas) untuk menyuarakan dan mengambil inisiatif (melaksanakan hudud) tetapi pendirian kami adalah jelas, tanpa ragu-ragu, sekarang (hudud) bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (pakatan pembangkang) dan penentangan DAP perlu dihormati dan diambil kira," katanya.
Anwar berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang di ibu pejabat Pas di sini pada 28 September 2011 seperti dipetik dalam video siaran blog propembangkang http://suarapakatanrakyat.comhari ini.

Video tersebut boleh ditonton di dalam entri bertajuk Hudud: Mufti Kedah Elok Diam, Jauhkan Diri Dari Politik.
Ia disiarkan berikutan ketidakpuasan hati pengendali blog itu terhadap kenyataan tegas Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad yang meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh menghentikan segala kritikan berkaitan agama Islam kerana tindakan Karpal menentang hudud dilihat tidak menghormati sensitiviti umat Islam.
Menurut pengendali blog berkenaan, Sheikh Muhamad tidak sepatutnya masuk campur dalam soal politik yang hanya layak didebatkan oleh orang politik sahaja dan bukan pegawai kerajaan biasa yang 'makan gaji' seperti beliau.


Sheikh Muhamad, seperti dipetik dalam laporan sebuah akhbar hari ini berkata: "Dalam situasi ini, Karpal harus menghormati sensitiviti semua agama terutama agama Islam berikutan Islam adalah agama rasmi di Malaysia".

Perbalahan di antara Pas dan DAP dalam isu hudud muncul kembali apabila Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam satu debat baru-baru ini mendakwa Karpal sedia berkompromi dalam isu pelaksanaan hudud namun perkara itu segera dinafikan Karpal.
Sementara itu, dalam entri sama, blog berkenaan turut memaparkan video sidang akhbar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkenaan isu hudud tanpa menyatakan tarikh serta tempat sidang akhbar itu berlangsung.

Kata Guan Eng, isu hudud tidak timbul kini kerana ia bukan merupakan sebahagian daripada dasar yang dipersetujui pakatan pembangkang.
"Jika nak dilaksanakan sesuatu, seperti hudud, sekiranya mungkin kalau PKR atau Pas setuju tapi DAP tidak bersetuju, ia tidak boleh dilaksanakan dalam pakatan rakyat. Ia mesti dibincangkan dahulu sehingga ketiga-tiga pihak bersetuju," tegasnya.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya