Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 24 August 2012

Isu Hudud: Kenapa hanya Karpal yang bersuara?



                                                   

 Penganalisis politik di negara ini tertanya-tanya dengan tindakan DAP yang meletakkan tanggungjawab menjelaskan penentangan parti itu terhadap hudud dan negara Islam Pas sepenuhnya di bahu Pengerusinya, Karpal Singh.

Rata-rata mereka mempersoalkan tindakan berdiam diri pemimpin kanan DAP lain termasuk Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng sebaliknya membiarkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu keseorangan.

Pensyarah Geopolitik, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali (gambar) berkata, pemimpin DAP yang lain berkemungkinan memilih pendekatan jalan selamat untuk tidak menyentuh isu itu.
Katanya, taktik itu berkesan bagi membolehkan mereka menuding jari ke arah Karpal sekiranya pertikaian isu tersebut berada di luar kawalan sehingga meretakkan hubungan DAP dan Pas.

"Mungkin pemimpin lain nanti boleh mengatakan kenyataan Karpal selama ini adalah pendapat peribadinya dan tidak berkaitan dengan polisi parti. Ia seperti perumpamaan 'baling batu sembunyi tangan'.
"Guan Eng yang juga sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menjarakkan diri daripada isu ini kerana tidak mahu ia memudaratkan karier dan reputasi politiknya. Beliau dilihat lebih senang melepaskan tanggungjawab itu kepada Karpal yang tiada kepentingan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Fuad mengulas kelantangan Karpal menentang hukum hudud dan matlamat menubuhkan negara Islam mengikut acuan Pas sehingga pernah meminta parti itu 'melangkah mayatnya dahulu' sebelum ini.
Namun, di sebalik kelantangan veteran DAP itu, tiada pemimpin lain daripada parti tersebut yang dilihat berani mengikut jejaknya termasuk Kit Siang dan Guan Eng sendiri.

Perkara sama ditekankan oleh Pensyarah Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Arnold Puyok yang melihat tindakan Guan Eng menjarakkan diri dari pertikaian hukum tersebut adalah bagi melindungi reputasi politiknya sebagai Ketua Menteri.

Tambahnya, Kit Siang pula berbuat demikian bagi melindungi karier politik anaknya daripada terjerumus dalam sebarang masalah yang memberi kesan kepada peluang pembangkang memenangi undi umat Islam pada pilihan raya umum nanti.
"Tetapi secara jelas, mereka semua mahu mengelakkan daripada berlakunya perpecahan dalam pakatan pembangkang antara Pas dan DAP yang memberi impak besar kepada perjalanan politik parti berkenaan,"

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya