Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Saturday, 25 August 2012

Jasa UMNO dan PAS dalam Negara



  22 tahun pentadbiran Tun Mahathir dapat menghasilkan kejayaan berikut: 


 

1. Projek Lebuh Raya Utara Selatan dan berpuluh lebuhraya yang selesa serta beribu jalan raya yang baik.

2. Projek Kereta Nasional, negara Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mempunya model kereta sendiri iaitu Proton dan Perodua. Malahan Proton dan Perodua sudah mendapat sambutan di seluruh dunia.

3. Jambatan Pulau Pinang yang merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara.

4. Perindustrian negara yang telah mewujudkan ribuan peluang perniagaan dan pada masa yang sama mewujudkan berjuta peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia mencari rezeki.

5. Berjaya menganjurkan kejohanan sukan kedua terbesar di dunia iaitu sukan Komanwel pada tahun 1998 dan Malaysia telah berjaya mendapat kalau tidak silap saya 10 pingat emas dan beberapa lagi pingat perak dan gangsa.
 
6. Pembangunan KLIA iaitu sebuah lapangan terbang canggih yang dibina dengan kos yang jauh lebih murah tetapi berkualiti hingga mendapatkan pujian dari masyarakat.

7. Mengambil alih syarikat-syarikat milik British yang beroperasi di negara ini seperti Gopeng, Guthrie dan beberapa lagi konglomerat besar melalui pembelian saham milik syarikat milik British tersebut.

8. Memajukan sistem pengangkutan canggih yang banyak menyelamatkan orang ramai terutama warga kota dari kesesakan lalu linta dengan membina LRT, STAR, Monorail, KTM Komuter dan sebagainya, malahan Lebuhraya SMART bukan saja menjimatkan masa perjalanan, tetapi berfungsi untuk mencegah kejadian banjir bila hujan lebat apabila lebuhraya terowong SMART menjadi saluran aliran air untuk dialirkan ke sungai.
                                          
9. Berjaya memajukan ramai orang bumiputera terutamanya, malahan juga orang bukan bumiputera terutamanya India supaya menjadi golongan usahawan, beribu-ribu usahawan kecil dan sederhana berjaya dihasilkan dengan berbagai projek pembangunan usahawan samada di desa, bandar, tua muda, lelaki, perempuan semuanya diberi peluang.

10. Pembangunan Putrajaya yang bukan saja menjadi pusat pentadiran negara yang selesa kepada kakitangan kerajaan dan juga orang ramai yang berurusan dengan jabatan-jabatan di sana, malahan Putrajaya juga adalah destinasi perlancongan terkenal di negara ini yang mencatatkan ratusan ribu malahan mungkin jutaan yang melancong ke Putrajaya untuk menikmati keindahan panorama Putrajaya.

Ada banyak lagi, macam pembangunan Langkawi, pembanguna petani dan sebagainya, nak tulis semua tak muat ruanglah.


Lihat pula apa yang Nik Aziz buat sepanjang dia jadi Menteri Besar Kelantan?
                                                                   
1. Menyalahkan kerajaan pusat atas kegagalan PAS mentadbir dengan baik sebab PAS tak reti mentadbir dengan baik.

2. Bekalan air selalu tergendala, malahan bekalan air kotor macam air longkang.

3. Hanya membina sebuah masjid, sedangkan ada 2 tokong besar yang terbesar di negara ini.

4. Memecahbelahkan masyarakat dengan hasutan dan hukum hakam sesat untuk kepentingan politik.

5. Perindustrian di Kelantan lembab dan peluang niaga dan pekerjaan berkurangan sebab pimpinan PAS tak reti buat kerja tapi sibuk berceramah ke hulu ke hilir siang dan malam.

6. Banyak melancarkan projek itu dan ini dan penuh dengan batu asas projek dan papan tanda projek itu dan ini, tapi sekadar itulah, majoritinya terbengkalai, dalam 10 tu 1 saja yang berjalan lagi 9 terbengkalai tak tahu apa statusnya.

7. Membuat banyak projek yang kononnya Ladang Rakyat, tapi akhirnya jadi Ladang Swasta, bila rakyat dapat sisa dan keuntungan besar kepada syarikat swasta.

8. Banyak hasil balak, emas, bijikh dan cukai tanah yang tak tahulah lepas ke mana, hinggakan bekalan air pun tak dapat dibaiki, kerajaan beri RM 600 juta untuk baiki bekalan air pun entah ke mana perginya duit itu.