Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 27 August 2012

SENARAI KEKEJAMAN CINA KOMUNIS YANG WAJIB ANDA KETAHUI





Fakta mengenai keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) sepanjang pemberontakan mereka dari tahun 1948 hingga 1989:

1. 3 orang peladang Inggeris telah dibunuh di Perak pada 16 Jun 1948. Peristiwa ini telah menyebabkan penjajah British mengisytiharkan darurat.

2. Seramai 18 anggota polis telah terkorban dalam satu serangan mengejut komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada waktu subuh 23 Februari 1950.

3. Sepanjang tahun 1950, seramai 120 anggota polis terbunuh, manakala 222 orang Polis Khas (SC) terkorban akibat kekejaman komunis.

4. Pada 1 Oktober 1951, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dibunuh dalam satu serang hendap di Bukit Fraser.

5. Pada 17 Jun 1968, segerombolan gerila komunis telah menyerang hendap konvoi pasukan keselamatan Malaysia di Pekan Kroh (Pengkalan Hulu) dan membunuh 17 anggota polis.

6. Seorang ahli UMNO telah dibunuh oleh ejen komunis di Pulau Pinang pada April 1969.

7. Pada 24 Julai 1969, seorang wanita Cina telah dibunuh di Sintok, Kedah kerana didakwa belot kepada perjuangan komunis.

8. Pada 10 Disember 1969, komunis telah meletupkan jambatan keretapi di Kok Mak berdekatan dengan sempadan Padang Besar, Perlis.

9. Komunis telah menyusup masuk ke Padang Besar dan melepaskan 3 das tembakan ke arah balai polis di situ pada 14 Disember 1969.

10. Dalam satu peristiwa pada tahun 1970-an, komunis telah memusnahkan jentera dan peralatan membina jalan yang digunakan untuk membina Lebuhraya Timur-Barat. 

Kekejaman komunis terhadap anggota polis Cawangan Khas (SB):

11. Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon telah mati ditembak di Kuala Lumpur pada tahun 1973. 

12. Komunis terus mengganas dengan membunuh Ketua Inspektor Chin Chin Kou pada 12 Julai 1973 di Serdang, Kedah. Diikuti 3 bulan kemudian, Detektif Sarjan Chong Kek Oh yang mati ditembak di Sungai, Siput, Perak.

13. Pada 3 Januari 1974, Detektif Konstabel Lee See Kaw telah mati ditembak di Malim Nawar, Perak, diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. 4 hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua yg mati ditembak di Chemor, Perak.

14. Pada 6 Jun 1974, komunis bertindak lebih kejam apabila menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim semasa beliau berada di dalam keretanya di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

15. Komunis telah mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975 hingga mengakibatkan kerosakan besar.

16. 2 minggu kemudian, komunis telah melemparkan bom tangan ke arah kem Pasukan Polis Hutan (PPH) yg terletak di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur, membunuh 2 orang anggota dan mencederakan 41 anggota yang lain.

17. Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.

18. Antara tahun 1969 hingga 1978, seramai 395 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh, manakala 919 yang lain cedera.

19. Seramai 70 orang awam telah terkorban, manakala 75 yang lain tercedera dalam tempoh 1968 hingga 1982.

1 comment:

zarxcky said...

Jangan dilupakan sejarah berdarah komunis membunuh hampir keseluruhan platoon Jungle Scout Kuala Selangor (hanya 3 orang terselamat) dalam tragedi Merbau Berdarah Kuala Selangor. Pada asalnya platoon Jungle Scount Klang diketuai seorang Kapten orang putih yang sepatutnya menuju ke Merbau Berdarah untuk meninjau kem kuarantin peneroka haram di sana. Akan tetapi apabila sampai di Batu 14 (sempadan Klang - Kuala Selangor pada masa itu (sekitar tahun 50-an)) Platoon Jungle Scout Klang telah bertemu dengan Platoon Jungle Scout Kuala Selangor dan Kapten orang putih telah mengarahkan Platoon Jungle Scout Klang balik ke Klang dan Platoon Jungle Scout Kuala Selangor akan mengiringi Kapten orang putih menuju ke Merbau Berdarah. Selepas misi meninjau kem kuarantin Merbau Berdarah selesai, Platoon Jungle Scout Kuala Selangor bersama Kapten orang putih berjalan pulang ke Klang namun perjalanan mereka telah dihalang oleh 2 pokok balak yang telah ditebang terlebih awal oleh komunis dan dijatuhkan di hadapan GMC Platoon Jungle Scout Kuala Selangor dan di belakang mereka. Setelah Platoon tidak dapat berundur atau mara ke hadapan, mereka telah diserang oleh komunis mengakibatkan hampir keseluruhan Platoon Jungle Scout Kuala Selangor bersama 4 orang putih mati dan hanya 3 orang Jungle Scout Melayu terselamat. Sejarah ini tidak pernah diceritakan di mana-mana buku sejarah melainkan rentetan sejarah yang diimbas kembali oleh seorang bekas SC merangkap Jungle Scout Klang yang masih hidup di saat ini. Sekian.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya