Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 6 August 2012

SPRM bantu PR jatuhkan kerajaan BN?



                                                             

 Telah sekelian kali aku ingin menulis hal ini. Ianya dtg akibat sikap ketidakpuasan hati aku yang seringkali mempersoalkan ketelusan  SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)..
Apa kerja SPRM? Menangkap mereka yang melakukan kesalahan rasuah.

 Apakah Misi & Objektif


 Misi dan Objektif

• MISI SPRM 
• Menghapuskan jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa 
dan penyelewengan di Malaysia.
• Mengukuhkan integriti dan memantapkan kepakaran 
melalui program pembangunan sumber manusia secara 
terancang dan berterusan.

• OBJEKTIF SPRM
• Membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan 
kuasa dan penyelewengan secara berterusan.



Cuba korang semua lihat, SPRM  dilihat banyak melakukan tangkapan keatas penyokong kerajaan, mereka ini kebanyakkannya terdiri daripada ahli BN. Banyak ahli2 UMNO di kaitkan dengan kesalahan rasuah lalu mereka ditangkap seterusnya dibawa ke mahkamah dan dijatuhi hukuman.Media kemudiannya memainkan peranan dalam menyebarkan isu ini seterusnya menyebabkan nama BN menjadi busuk. Akibatnya masyarakat akan memandang BN adalah sebuah parti rasuah.Dengan cara ini, BN dapat dijatuhkan dengan mudah.

Hal ini juga berbeza dengan kesalahan dipihak penyokong Pakatan Rakyat. Mereka  ahli PR yang melakukan beberapa kesalahan tidak ditangkap, malahan dibiarkan  contohnya  dlm isu:

1. PKNS
2. Talam Coorporations
3. Kehilangan Wang Kohilal
4. Pembelian baka kambing Jamnapari,
5. Isu balak Kelantan.
6. Penyelewengan air Selangor
7. Jumlah Wang Datuk Seri Anwar Ibrahim
8. Pencerobohan Penang Port
9. Tiada perumahan kos rendah di Pulau Pinang
10.Masalah sampah di Selangor
11.Terbaru kerajaan negeri Selangor membiayai kos guaman Rafizi Ramli.!
12.Wang RM 600 juta yang diberikan oleh kerajaan pusat untuk masalah air Kelantan
13.Banyak lagi..


Lihat pada isu terbaru tentang skandal Talam Corporation. Isunya dibawa oleh ahli MCA yang terdiri dari penyokong BN. Tetapi sehingga kehari ini, SPRM buat pekak dan bisu dengan segala dokumen2 dan bukti yang dikemukakan.

 Antaranya:

 1)“Adakah benar kos pembelian tanah dan aset syarikat TALAM berjumlah RM 676 juta seperti yang didedahkan? Jika benar, ini merupakan satu nilai yang jauh lebih tinggi dari hutang sebenar iaitu hanya RM 392 juta. Bagaimanakah jumlah itu diperolehi?

2) Berapakah jumlah wang yang diterima oleh agensi yang dihutang oleh TALAM seperti Unisel, PNSB dan Kumpulan Hartanah Negeri Selangor (KHSB).

3) “Bagaimana kerajaan negeri membelanjakan sejumlah wang yang begitu besar sekali untuk ‘membeli’ hutang TALAM melalui kaedah round-tripping sedangkan amalan ini hanya bertujuan untuk mencantikkan akaun sahaja tanpa memberikan keuntungkan kepada Kerajaan Negeri”??

4) Pendedahan demi pendedahan menunjukkan persoalan yang dilontarkan sebelum ini terutamanya mengenai sumber kewangan Geran Selangorku yang meragukan mungkin berkaitan dengan pendedahan skandal RM 1 billion ini.

5) “Bagi kerajaan Selangor, sebuah syarikat senaraian awam, Talam telah berhutang sejumlah RM392 juta kepada anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor. Pecahannya adalah seperti berikut, Unisel dan PNSB sebanyak RM277 juta, SAP Holding yang merupakan anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) sebanyak RM115 juta. 

 6) “Bila sesebuah syarikat diletak di bawah PN17, bermakna kedudukan kewangan syarikat kurang baik dan ia boleh dinyah senarai yang mana ini akan menjejaskan pemegang sahamnya. Selepas perjanjian ditandatangani dengan kerajaan Selangor, Talam telah berjaya keluar dari status PN 17.

7) “Daripada mahu mengutip semula hutang sebanyak RM392 juta, kerajaan Selangor telah membeli aset tambahan bernilai RM284 bagi membantu TALAM,aset-aset yang kerajaan negeri Selangor peroleh tidak dijual kepada pihak luar dan transaksi yang berlaku adalah secara dalaman di antara kerajaan negeri dan anak syarikat kerajaan negeri.

8) Pembelian aset berjumlah RM676 juta dan penggunaan peruntukan sebanyak RM392 juta yang menjadikan transaksi bernilai RM1 billion ini penuh dengan tanda Tanya dan menimbulkan kecurigaan,


                                           

                                                  

Berbeza dengan isu NFC yang dikaitkan dengan suami Sharizat, dalam isu ini SPRM  dilihat terhegeh2 menangkap mereka yang dikaitkan dengan berbagai kesalahan, antaranya isu pembelian Kondominium dan beberapa kewangan NFC. SPRM dilihat berat sebelah dalam mengendalikan beberapa kesalahan diantara kedua2 ahli politik terbabit.!

Sila baca seterusnya disini :  Pasukan khas SPRM siasat NFC

                                              

                                                

Persoalannya:

1.Adakah SPRM selama ini telah mengkhianati Kerajaan?

2.Adakah SPRM selama ini bekerja bersama Pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang  dipimpin oleh BN?

3.Adakah kewujudan SPRM hanya ditugaskan untuk mencari kesalahan ahli BN?

Jika SPRM menggunakan slogan “Bebas Rasuah” mereka juga seharusnya bebas dgn kegiatan Politik.! SPRM hari ini  tidak ubah seperi “Bar Council” yang berat sebelah.!

Lihatlah seberapa ramai ahli2 BN yang telah dikaitkan dengan kesalahan rasuah,. Antaranya Khir Toyo dengan isu pembelian Kondominium, 

Tetapi bagaimanapula  beberapa penyelewengan yang  dilakukan oleh  ahli Pakatan Rakyat,? 

 Baca disini dimana gua telah menulisnya sebelum ini: Kenapa Rafizi Letak Jawatan??

 SPRM selama ini dalam diam-diam telah bekerja bersama Pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Gua rasa kemungkinan juga ahli SPRM adalah diantara penyokong kuat Pembangkang. Bekerja bersama Kerajaan BN, tetapi dalam masa yang sama mereka mengkhianati kerajaan dalam diam. SPRM hari ini membuat kerja ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung juga tak berselerak.

Dengan beberapa tangkapan kesalahan rasuah pada bukan ahli politik, itu satu keputusan yang bijak, tetapi dalam masa yang sama mereka bodoh dengan  bertindak secara berat sebelah terhadap kesalahan ahli Politik?

Jika SPRM badan yang digunakan untuk mengekang rasuah mengamalkan dasar pilih kasih, bagaimana kerajaan mahu mengekalkan Transformasi yang diwar-warkan? Apakah Transformasi ini berjaya  dengan adanya “Sabotaj” dari badan kerajaan sendiri? Jika SPRM digunakan untuk menyiasat penyelewengan, bagaimanapula penyelewengan yang berlaku dalam SPRM sendiri?

Adakah KDN akan menyiasat penyelewengan SPRM ini?
KDN sebuah badan yang paling pengecut, bagaimanakah KDN mampu menangainya sedangkan KDN sendiri juga berat sebelah..?

Nantikan sambungan pendedahan penyelewengan  KDN selepas ini.
lebih panas.!!

-I  don’t  care  who  are  you.!-


No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya