Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 7 September 2012

Ahli DAP yang dipecat kini bersuara.





Tan Tuan Tat (tengah) bersama Timbalan Pengerusi Pemadam Daerah Sepang, Mahful Wajid (kiri) dan R. Bellasamy (kanan) mengadakan sidang akhbar mengenai isu salah guna kuasa dalam Parti DAP di Petaling Jaya.
Gelombang penolakan ahli terhadap DAP semakin ketara apabila bekas-bekas pemimpin akar umbi yang dipecat hanya kerana bersuara menentang penyelewengan tampil mengecam corak kepimpinan parti tersebut.
Rata-rata pemimpin akar umbi menyifatkan DAP kini diterajui golongan yang sombong setelah diberi kuasa untuk memerintah beberapa negeri apabila sanggup bertindak ala kuku besi ke atas ahli yang mendedahkan penyelewengan dalam parti.
Terbaru bekas Ketua Audit DAP Cawangan Kampung Aman, Seri Kembangan, Yap Kon Min mendedahkan bagaimana beliau dipecat hanya kerana mempersoal bagaimana ahli yang didapati muflis boleh dibenarkan mengundi pada konvensyen tahunan parti.
“Saya mempersoal kerana ia melibatkan soal akauntabiliti dan ketelusan kerana mengikut Perlembagaan DAP, mana-mana individu yang didapati muflis tidak layak menjadi ahli apatah lagi diberi kuasa mengundi. Malangnya saya yang mendedah isu ini yang dipecat.
“Tapi pada masa sama, tiada sebarang tindakan tatatertib diambil oleh Jawatankuasa Disiplin DAP ke atas ahli yang muflis itu. Ini jelas bukti penyalahgunaan kuasa dan sikap sombong pucuk pimpinan selepas diberi sedikit kuasa untuk mentadbir beberapa negeri.
“Sebab itu saya tidak terkejut selepas ini lebih ramai lagi pemimpin akar umbi akan bertindak meninggalkan parti kerana mereka ternyata kecewa dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan DAP,” katanya yang dipecat pada Ogos tahun lalu, di sini hari ini.
Beliau ditemani bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat yang bertindak keluar parti pada 17 Ogos lalu selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan yang didakwanya telah lari daripada matlamat perjuangan asal.
Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin akar umbi, R. Bellasamy yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Cawangan Pantai Sepang juga mendedahkan bagaimana beliau menjadi mangsa kuku besi pucuk pimpinan DAP hanya kerana menyuarakan pandangan rakyat.
Dakwanya, DAP kini sudah menjadi sebuah parti sombong serta tidak mahu mendengar pandangan rakyat dan mana-mana ahli lantang menyuarakan masalah orang ramai pasti akan dikenakan tindakan tatatertib.
“Lihat apa jadi pada bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim dan bagaimana layanan pucuk pimpinan terhadap beliau hanya kerana menyatakan pandangan mengenai Bersih 3.0. Beliau seorang tokoh yang dihormati tetapi langsung tidak dipandang.
“Nasib kami pemimpin akar umbi lebih teruk dan saya yakin jika keadaan ini berterusan DAP akan menerima pengajaran yang berguna pada pilihan raya umum akan datang bukan sahaja daripada ahli parti tetapi rakyat juga bakal menghukum parti ini,” katanya.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya