Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 12 September 2012

DAP itu PKM = DAP & 'Republic of Malaysia'!


 -Gabungan Minda Castle Iron & Nurul Nizam.....

                                           

Parti Komunis Malaya-PKM telah ditubuhkan pada 20 April 1930 oleh Chin Peng-selaku Pengasas PKM & Bapa Pengganas Komunis Malaysia. Beliau kini tinggal di Selatan Thailand kerana diharamkan pulang ke Malaysia (tindakan Kerajaan BN yg diterajui oleh UMNO ini amat tidak disenangi dan mendapat bantahan dari DAP!)

                                               

PKM telah dukuburkan pada 1989 iaitu di era pemerintahan YABhg Tun Dr Mahathir Mohammad dan Ketua Polis Negara ketika itu adalah YABhg Tun Mohammed Hanif Omar @ Tun Hanif Omar selaku mantan Ketua Polis Negara bagi tempoh 8 Jun 1974 hingga 15 Januari 1994. Menyandang jawatan KPN selama 20thn tersebut, Tun Hanif Omar masih mengekalkan kedudukannya selaku KPN palng lama bertugas dlm sejarah PDRM. Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah TERBUNUH AKIBAT SERANGAN KOMUNIS.

(sinopsis munculnya pemberontakan PKM di Malaysia)
# apabila Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, ia merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Ini kerana, British menghidu hasrat PKM yg mahu merampas negara ini dan ia mendapat tentangan oleh org2 Melayu terbanyak. Pada ketika itu, PKM sudah berhasrat mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah NEGARA REPUBLIK. Diatas kekecewaan tersebut, Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui MOGOK dan RUSUHAN. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.


Menyedari ketipisan peluang utk menguasai negara ini maka pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk En. Senoi Praaq bagi menentang komunis.
* Senoi Praaq adalah pasukan bersenjata (tentera) yang dianggotai oleh masyarakat asli kaum Senoi yang mahir bergerak di dalam hutan.


Api kemarahan PKM terus merebak dgn tercetusnya penentangan mrk trerhadap British ketika penjajah British itu memerintah Tanah Melayu. Akn tetapi , PKM bekerjasama pula dengan British ketika kedatangan Jepun, dengan membentuk MPAJA (Malayan People’s Anti-Japanese Army)
Selepas Jepun menyerah kalah, PKM menerusi gerila-gerila MPAJA dan anggota komunis Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama empat belas (14) hari pada tahun 1945.
Ini apabila, PKM telah menguasai PKMM (parti komunis Melayu Malaysa) melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (Bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Akan tetapi, PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Setelah terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 maka ia merupakan kekalahan kepada PKM.

Komen & Pandangan Castle Iron:

Jika diteliti porla perjuangan PKM, jelas kpd kita iaitu mrk memperalatkan org2 Melayu PKMM disamping mengadakan rusuhan dan mogok sehingga ke tahap paling radikal dgn membunuh pengurus2 ladang British.

                                            
Jika dilihat tindak-tanduk DAP kini yg mendominasi kedudukannya didalam pakatan pembangkang/PR melakukan modus operandi yg sama spt tindakan NGO Bersih2.0 & Bersih 3.0 yg melakukan demonstrasi & keganasan jalanan yg lepas. Manakala dalam isu 'keganasan ekonomi' juga terbukti keradikalan DAP dan PR berusaha MENSABOTAJ Lynas yg terbukti bukan 'nuke plant'. Selain itu, usaha Irene Fernandez/ Tenaganita yg mengecam negaranya sendiri di Jakarta kononnya Malaysia menzalimi buruh2 Indonesia kerana negara tidak memiliki Undang2 spesifik. Akn tetapi, kebanjiran buruh2 asing di negara ini beranggar 8juta orang dgn pecahan mengikut sektor, 38.2 % Pengilangan, 31.6% Pelbagai, 16% Binaan & 14.2% Perladangan dimana ada 2juta buruh Indonesia yg sdg bekerja di pasaran gunatenaga Malaysia. Ini jelas menunjukkan kenyataan Irene itu bermotifkan hasutan jahat bagai mengeruhkan hubungan bilateral gunatenaga diantara Malaysia & Indenosia, ini supaya melemahkan perlaksanaan dan penjanaan ekonomi negara ini. Samalah yg berlaku dlm isu memboikot sidang Dewan Rakyat bagi sesi perbahasan Rang Undang2 PAC Lynas & PAC Electoral Reform.

                  
 Begitu juga dlm insiden memperlekeh aset2 pertahanan negara oleh Dr Ng Seng dan memburuk-burukkan imej PM Malaysia oleh Suaram, Rafizi PKR hina majlis pertunangan anak PM Najib, mengugut mahu membunuh PM Malaysia oleh pelajar USM, menurunkan bendera bergambar gambar PM Najib oleh pelajar UPSI, berbaring dan berguling-guling diatas jalan oleh pelajar UPSI dan org awam di Kuala Kangsar bagi tujuan menghalang ketibaan Rombongan Di Raja di Istana Sultan Perak. Ini termasuk kebiadapan spr Karpal Singh/DAP menghina Sultan Perak pada 2009 (yg kini sdg membela diri di Mahkamah Rayuan atas Akta Hasutan), pemuda berbangsa Cina yg menghina Sultan Perak menerusi laman media sosial pada 2009 dan beliau dikenakan hukuman penjara setahun dgn denda RM50,000, Ahmad Nizar/PAS menghina Sultan Johor termasuk meminggirkan Sultan Selangor oleh MB Selangor semasa perayaan Merdeka peringkat negeri. Ini termasuk insiden terbarau pada malam diambang Merdeka di Dataran Merdeka apabila ada upacara memijak gambar PM dan mengibarkan bendera baru kerana mahu mengukarkan Jalur Gemilang!

                                                  
Kesemua insiden diatas amat jelas menunjukkan bagaimana taktikal dan kelicikan DAP memperalat org2 Melayu demi kepentingan menjayakan politik perkauman sempit mrk. CI menyeru org2 Melayu disegenap peringkat dan usia, supaya mendapatkan gambaran sejarah akn kedudukan PKM, PKMM dan dibandingkan dgn tindak tanduk PR yg terang2 sudah diindoktrinasikan oleh ajaran2 PKM terdahulu dalam mencapai maksud dan tujuan bagi meraih kuasa di negara ini dan seterusnya berusaha mahu menukarkan seluruh Sistem Moral dgn melibatkan institusi sosial setelah mrk berjaya menubuhkan sebuah negara Malaysia yg berstatus REPUBLIK. Hanya menerusi 'republic of malaysia' saja, DAP akn melaksanakan 'Malaysian Malaysia' yg memetingkan kaum Cina saja manaka kaum Melayu diRED INDIANkan di buminya sendiri & 'freedom of speech' yg dicanang DAP tidak akn dilaksanakan malah Akta ISA akn diwujudkan semula bagi menjayakan hajat DAP yg mahu membalas dendam dgn para pemimpin BN khususnya dari UMNO utk ditahan mengikut selera mrk.

Kpd org2 Melayu terbanyak, CI merayu supaya kalian jauhi DAP dan jgn memberi undi kpd PAS dan PKR kerana dgn berbuat demikian maka kita sudah berjaya melumpuh cita2 DAP utk sampai ke Putrajaya......

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya