Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 9 September 2012

DAP teruskan perjuangan Komunis.



 Chin Peng berhasrat untuk pulang ke Malaysia dengan alasan untuk ‘mati’ ditanahairnya sendiri. Ini semua tidak lain dan tidak bukan hanya alasan untuk sesuatu yang lebih dari itu. Bukankah Chin Peng enggan memperakui kerajaan dan Perlembagaan negara ini? Dia pun bukan warganegara dan ikutkan bila ia mati, mayatnya pun tidak boleh dibawa pulang.

 http://www.malaysiakini.com/news/106422


Gerakan komunis sudah berakhir dengan perjanjian pada tahun 1989 tetapi modus operandi ala komunis untuk merampas kuasa masih begitu jelas kelihatan. Apa yang berlaku hari ini menghampiri apa yang berlaku sepanjang darurat menentang komunis yang hanya berakhir pada tahun 1989.

Gerakan Komunis terbina kekuatan dari penubuhan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga pada Perang Dunai Kedua. Dengan bantuan dan sokongan British, mereka berjuang menentang Jepun dengan peperangan gerila hutan.

Memandangkan apa yang berlaku sekarang, mungkinkah pertemuan yang membibitkan Bintang Tiga antara Cina Komunis, Cina Kuomintang dan British hasil usaha pengasas Parti Komunis Malaya (PKM) dan ejen British berbangsa Vietnam, Lai Tek dan disertai Chin Peng itu mempunyai rancangan yang berselindung lebih dari itu?

Jika tidak, kenapa pula ada suara-suara yang bertambah kuat sekarang mahu memperakui Komunis sebagai pejuang kemerdekaan?

Komunis boleh dianggap penjajah terakhir di negara kita. Berlainan dari penjajahan bangsa-bangsa lain yang jelas adalah penceroboh, gerakan komunis adalah  ‘penjajahan minda’ yang mahu meniupkan kebangkitan dikalangan penduduk setempat untuk menentang pemerintah bagi mewujudkan sebuah negara berasaskan sistem komunisme.

PKM tertubuh pada tahun 1930 dan membina pengaruh dikalangan kaum imigren Cina. Dengan keahlian yang ramai, mereka memulakan kempen dengan melakukan mogok, mensabotaj pangkalan tentera laut British, memulaukan pengangkutan, mengadakan rusuhan serta tunjuk perasaan.

Bila tercetusnya Perang Dunia Kedua dan penjajahan Jepun di Tanah Melayu yang bermula pada 8 Disember 1941, ia membuka peluang kepada PKM untuk melebarkan pengaruh mereka di kalangan masyarakat Cina tempatan.

Niat sebenar PKM mula terbongkar apabila Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu. Dalam masa tempoh tiga minggu sebelum ketibaan British untuk kembali memerintah Tanah Melayu, PKM menerusi MPAJA untuk cuba mengambil alih pemerintahan kerajaan. PKM mengambil peluang dari kekosongan kuasa untuk mengambilalih dan menuntut hak memerintah Tanah Melayu.

Kononnya, pengorbanan mereka menentang Jepun mesti dibayar dengan hak memerintah dan bukan mengembalikan negara ini kepada yang berhak. Mereka bermaharajalela selama tiga minggu dan membunuh ramai orang awam terutama orang-orang Melayu.

Ianya hanya berakhir dengan kembalinya British pada September 1945 yang meletakkan pentadbiran Tanah Melayu di bawah Pentadbiran Tentera British (BMA) dan  MPAJA dibarkan.

Pada Disember 1945, BMA mengarahkan semua anggota MPAJA menyerahkan kembali senjata kepada kerajaan. Seramai 6,800 anggota MPAJA mematuhi arahan itu. Namun begitu, menyedari bahawa cara peperangan tidak menjanjikan kejayaan, PKM menukar strategi untuk terus menyebarkan fahaman komunis menerusi penubuhan parti politik.

Mereka mengadakan pakatan dengan parti nasionalis, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada 17 Oktober 1945. Parti itu diasaskan Ahmad Boestamam yang berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso berfahaman komunis. PKM mahu memastikan fahaman komunis mereka diserapkan ke dalam PKMM sebagai  sebahagian pelan jangka panjang untuk membentuk sebuah republik komunis di Tanah Melayu.

Usaha PKM untuk menubuhkan sebuah kerajaan komunis menerusi pendekatan politik gagal apabila mereka diketepikan British dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Ini yang mengubah strategi mereka kepada pendekatan keganasan dan kembali kepada peprangan gurila dari dalam hutan.

Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diisytiharkan ke seluruh negara dan PKM serta sekutunya diharamkan pada 23 Julai 1948. Sepanjang zaman darurat, sering berlaku demonstrasi, mogok, dan pertembungan antara kaum yang didalangi komunis.

                                            

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 pun didalangi komunis. Laporan NOC mendedahkan komunis sebagai dalang dalam beberapa pertembungan kaum sebelum pilihanraya 1969 hingga menimbulkan kebencian kaum Cina kepada pemerintah. Malah perarakan pada 10-12 Mei 1969 yang merupakan satu usaha untuk memprovokasikan kaum Melayu melibatkan ahli-ahli parti Buruh yang disokong dan didalang oleh komunis.

Benar, Perjanjian Damai telah dibuat antara Komunsi dan Kerajaan pada tahun 1989 tetapi adakah kita berfikir apa jadi dengan pejuang-pejuang komunis ini? Adakah sudah luput hasrat mereka untuk mengambilalih dan menguasai kerajaan? Dimanakah mereka ini sekarang?

Jangan terkejut jika ada antara mereka melibatkan diri dalam parti-parti pembangkang yang mana jelas sekali DAP begitu kuat memperjuangkan pengembalian Chin Peng pulang. Baru-baru ini, beberapa ADUN DAP dari Perak boleh mengenepikan perayaan Kemerdekaan di Ipoh untuk mengutamakan berjumpa Chin Peng. PKR dan PAS bagai kaldai yang tidak berfikir mengikut agenda DAP. Selain itu, tidak menghairankan jika pemikiran anasir subversif ini sudah menyusup ke dalam parti-parti pemerintah.

Jika dahulu peperangannya menggunakan senjata dan di dalam hutan, hari ini ia berubah wajah, cara dan tektik. Mereka kini membawa pertempuran-pertempuran kecil ke hutan konkrit. Senjata yang digunakan adalah kertas, pen dan komputer untuk menyuarakan suara penentangan. Melalui tulisan dan tunjuk perasaan, mereka kononnya menuntut reformasi dan perubahan yang suka didengari anak muda yang cetak dan serba kekurangan bijaksana.

Suara penentangan berupa mempersoalkan institusi kerajaan, memperlekehkan instutusi kehakiman, polis, dan lain-lain. Apa saja yang tidak dipersoalkan termasuk Instutusi Raja yang merupakan kesinambungan sejarah Melayu dan asas kedaulatan negara.

Mereka menuntut pelbagai polisi liberalisasi untuk menguatkan kedudukan siasah dan iktisad mereka. Tuntutan supaya dibuka lebih banyak peluang untuk penglibatan dalam kerajaan mungkin sekali ada sesuatu disebaliknya.

Penentangan ala komunis terhadap kerajaan dan Perlembagaan disuburkan melalui Persatuan dan Pertubuhan yang menentang semua aspek yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa lagi perkara taboo yang tidak disentuh? Kedudukan agama Islam, hak Bumiputera, hak keistimewaan Bumiputera, bahasa, pendidikan dan lain-lain. 

Jika dahulu tidak ada pencetus untuk menyalakan api perjuangan dan niat buruk mereka, sekarang ini sudah wujud sumbu-sumbu pelita dan bahan bakar yang telah tumbuh dari sebelum sebelum Pilihanraya 2008 lagi. Api-api penderhakaan ini makin hari makin terang, makin hari makin berani, selepas Mac 2008.

Adakah kita sedar akan permainan ini dan berani melakukan sesuatu sebelum tanah air tercinta ini tergadai dan di ‘takluk’ oleh anasir-anasir subversif ini?


No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya