Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 3 September 2012

Kenapa rumah kos rendah tidak dibina sewaktu mula DAP ambil alih Penang?



 Baru sepenggal DAP memerintah Pulau Pinang, mereka telah mampu membeli bangunan Wisma DAP malah pemimpin-pemimpin DAP juga sudah mampu memiliki rumah mewah.

DAP hanya mementingkan keuntungan daripada kebajikan rakyat. Mereka tidak kisah walaupun rakyat merayu agar penempatan mereka tidak diambil seperti apa yang terjadi di Kampung Buah Pala, Kampung Pokok Asam dan beberapa tempat lagi.

Lihat apa yang terjadi kepada tanah Bayan Mutiara. Kerajaan Negeri telah ‘memperjudikan’ tanah ini dengan menjualnya kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd iaitu syarikat usahasama pemaju Ivory Properties Group Berhad dan Dijaya Corp. Bhd.

Penjualan tanah langsung tidak membawa sebarang kebaikan kepada rakyat selain menguntungkan DAP semata-mata.
“Terlalu banyak tipu muslihat DAP yang telah menambah sengsara rakyat di negeri Pulau Pinang. Oleh itu rakyat perlu bijak menilai dan jangan terus terpedaya dengan tipu daya Guan Eng.


Ingat peristiwa Kg. Buah Pala? Kerajaan negeri menjanjikan untuk membina rumah kos rendah dan akhirnya pada hari ini setelah projek pembinaan hampir selesai harga rumah termurah yang dibina di Kg. Buah Pala sekitar RM 400 000! Rumah kos rendahkah ini?

                                          

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya