PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.

PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Thursday, 13 September 2012

Kenapa Singapura masih perlukan ISA?


                                                         

 Kerajaan Singapura menolak gesaan supaya ISA di negara itu dihapuskan sebagaimana yang dilakukan oleh pemerintah Malaysia. Antara alasan kuat kenapa ISA sangat diperlukan dinegara berkenaan ialah kerana terdapat gerakan menggulingkan kerajaan Singapura melalui mogok, demonstrasi dan mewujudkan revolusi komunis.

Kerajaan Singapura sangat takutkan revolusi komunis menguasai negara itu. Sedangkan di negara kita – Malaysia, pengganas komunis dianggap hero sebenar oleh pemimpin Pas yang bersekongkol dengan parti kelahiran PAP di Singapura – DAP.

Di Malaysia gerakan tunjuk perasaan seperti Bersih 2.0 yang berhasrat menumbangkan kerajaan Umno/BN boleh saja dilakukan dan mendapat sokongan pulak daripada segelintir umat Melayui/Islam puak Pas. Sedangkan yang merancangkan tunjuk perasaan itu adalah gerakan atau kumpulan yang sangat ditakuti oleh pemerintah Singapura.

                             

Kepada umat Melayu/Islam Malaysia yang terbantut dan tersontot akal kerana termakan hasutan pemimpin pembangkang yang mahu merampas pentadbiran negara daripada Umno/BN, silalah buka minda dan fikir-fikirkan kewajaran perjuangan kaum chauvanis di negara ini yang berkiblatkan Singapura.

PAP + DAP sedang menyerang emosi orang Melayu negara ini yang sangat mudah dipengaruhi kerana di hati mereka bersarang sikap dendam, hasad dengki dan syak wasangka yang mengenepikan akal fikiran....

                                                          

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya