Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 12 September 2012

Pengaruh Anwaris tergugat dalam mesyuarat kedudukan Nasharuddin?



                             

 Ketika berlangsungnya Mesyuarat Majlis Syura di mana suatu ketika dahulu digunakan untuk memecat YB Datuk Dr. Hassan Ali kerana menentang Karpal Singh dan menentang Anwar.

Presiden Hj Hadi dan kumpulan Ulama berjaya menutup Mulut dan Pergerakan Nik Aziz dan kumpulan Anwaranis untuk membawa usul memecat YB Nasha, dan isu YB Nasha mendesak Pas keluar Pakatan Republik kerana Karpal Anti Islam dan Anti Hudud.

Pertengkaran berlaku apabila cadangan Nik Aziz supaya dibincang usul pemecatan YB Nasha kerana mengkritik Pas supaya keluar Pakatan Republik ditolak.

Oleh kerana Nik Aziz melihat cadangannya tidak dipersetujui, Nik Aziz bengang dan keluar awal. Beliau keluar meninggalkan Mesyuarat kira-kira 9.00malam, sedangkan baru kira-kira sejam mesyuarat bermula. Beliau terus menaiki kereta Mercedez Benz tanpa melayan para wartawan yang terpinga-pinga.

Mesyuarat Majlis Syura diteruskan dengan senang dan dikontrol oleh Haji Hadi memandangkan virus Nik Aziz sudah tiada dalam bilik mesyuarat.

                           
Satu tanda menunjukkan kumpulan Nik Aziz, Mat Sabu, Mahpuz semakin tidak relevan.

Pas kembali mahu menunjukkan polisi awalnya, yakni menjauhkan diri dari Karpal, Dap dan Pakatan Republik.

Selepas ini bolehlah menunaikan Umrah sekali lagi bersama-sama YA DS Najib...

Jalan ke arah perpaduan Islam yang diusahakan DS Hj Hadi, Datuk Haron Din, Datuk Harun Taib, Cikgu Mustapha Ali, Ustaz Ismail Kamus dan runnernya YB Nasharudin semakin bercahaya, walaupun masih ada liku-liku...

Seandainya PRU13 hampir-hampir akan dimenangi DAP, ketika itulah peranan Besar YB Nasha dan HJ Hadi membawa masuk YB-YB PAS menyertai BN. Dalam Mesyuarat semalam, tiada siapa mengkritik YB Nasha kerana menyokong kepimpinan DS Najib.

Kepada umat Islam, jangan biarkan jambatan-jambatan ini dimusnahkan oleh DAP dan Anwar! 

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya