Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 13 September 2012

Persamaan PSM dan Parti Komunis Malaya!



                                                      
 Apabila Parti Komunis Malaya gagal dalam usaha mereka untuk menjajah negara ini dan menukarkan negara ini menjadi salah satu daripada komponen Negara Besar China Komunis, PKM telah berusaha untuk melakukan keganasan dalam usaha menakut-nakutkan rakyat dan penduduk Tanah Melayu serta di Sarawak dan Sabah. Bagaimanapun, usaha subversif itu juga gagal kerana rakyat dan penduduk bukan sahaja tidak memberikan kerjasama, sebaliknya dalam beberapa kejadian seperti di Sungai Manik dan Batu Pahat, mereka bangkit dan menentang kekejaman komunis.
Komunis sedar, untuk menjajah negara ini secara kekerasan adalah satu perkara yang sukar dilakukan. Pun begitu, impian mereka untuk mewujudkan Republik Rakyat Malaya, tidak pernah padam.
Memandangkan PKM telah diharamkan dan niat mereka untuk menjajah negara ini tidak kesampaian, PKM telah menukar kaedah. Mereka menyusup masuk dalam pergerakan buruh dan kesatuan sekerja. Dek kerana itulah, dalam tempoh awal kemerdekaan tanahair, negara tidak aman angkara kesatuan-kesatuan sekerja dan persatuan-persatuan buruh menerusi tindakan mogok, rusuhan, demonstrasi, malahan HARTAL atau pemogokan perniagaan.
Negara pada peringkat awal hampir lumpuh. Namun tindakan tegas menangani elemen komunis, telah berjaya menyekat pengaruh PKM. PKM berusaha lagi menerusi parti-parti politik yang berdaftar terutama dalam menentang Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Kemuncak daripada keyakinan mereka, ialah kemenangan besar parti GERAKAN dan DAP di kerusi-kerusi Bandaran terutama di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. 
Hasilnya ialah, berlakulah Tragedi 13 Mei 1969. Komunis tidak pernah dapat menyembunyikan belang mereka. Komunis bermakna kekejaman dan pertumpahan darah. Penyatuan orang Melayu dan umat Islam, sekali lagi menghalau komunis masuk ke hutan. Tindakan tegas kerajaan selepas itu diambilalih oleh MAGERAN telah melumpuhkan terus PKM biarpun mereka masih cuba bergerak menerusi Parti Buruh, Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan kesatuan-kesatuan sekerja.
Ketegasan kerajaan bertindak tidak mempopularkan lagi Parti Komunis Malaya. PKM terpaksa bergerak di dalam hutan dan diburu bagaikan babi hutan. Dan akhirnya mereka terkandas di sempadan Malaysia-Thailand.
Kini setelah PKM meletak senjata dan terpaksa menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia, dendam mereka berterusan. Kelemahan pentadbiran Abdullah Badawi pada tahun 2004 hingga 2008 telah dipergunakan sepenuhnya untuk menyemai kebencian terhadap kerajaan Malaysia. Untungnya, kali ini PKM dan proksi-proksi mereka begitu berjaya kerana kelemahan pentadbiran yang bukan sahaja lembik, sebaliknya sentiasa menurut agar tidak dikatakan jumud dan ketinggalan.
Pilihanraya Umum 2008 telah menyaksikan kembali Parti Sosialis Malaysia menerusi dua wakil mereka iaitu Michael Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput dan Nasir Hashim, ADUN Kota Damansara.
Parti Sosialis Malaysia adalah parti serpihan Parti Rakyat Malaysia. Manakala Parti Rakyat Malaysia pula adalah parti serpihan Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan nama kedua-dua parti ini saling bertukar-tukar. Parti Sosialis Malaysia cuba didaftarkan pada tahun 1998 tetapi gagal kerana kerajaan berpendapat fahaman Sosialis yang dibawa oleh PSM merbahaya kepada negara dan rakyat Malaysia. Penantian selama 10 tahun berakhir pada Jun 2008 apabila PSM dibenarkan daftar.
Apa yang diperjuangkan oleh Parti Sosialis Malaysia sebenarnya tidak jauh daripada apa yang diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya. Bezanya PSM tidak mempunyai senjata dan gerila-gerila yang sanggup memperjuangkan doktrin mereka dengan revolusi.
Justeru apabila polis menahan 30 orang aktivis PSM dalam satu sekatan jalan raya berhampiran Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Setiausaha Agung PSM, S.Arutchelvan cuba menafikan sekeras-kerasnya pembabitan mereka dalam kegiatan serta penyebaran fahaman Komunis, sungguhpun pada masa yang sama, tetap menyanjung PKM sebagai salah sebuah parti kiri yang berjuang mendapatkan kemerdekaan tanahair.
PKM sebenarnya tidak menunjukkan atau memberikan sebarang jasa kepada rakyat negara ini. PKM tidak pernah berhasrat untuk memerdekakan negara ini sebaliknya ingin menjadi kuasa yang menjajah negara ini. Memutarbelitkan fakta sejarah agar menjadikan PKM sebagai sebuah entiti yang bersifat hero, adalah perbuatan yang sama sekali tidak boleh dimaafkan terutama di kalangan anak peribumi dan Bumiputera yang banyak menderita sepanjang 2 minggu PKM berkuasa di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
Justeru tindakan polis yang menahan 30 orang aktivis PSM yang membawa fliers yang mengandungi risalah menghasut rakyat untuk menentang kerajaan, adalah sesuatu yang perlu dipuji. Apatah lagi bukti yang diperolehi daripada makhluk-makhluk durjana tersebut begitu nyata sokongan mereka terhadap Parti Komunis Malaya terutama dengan baju-baju T yang mempunyai gambar Chin Peng, Abdullah CD dan Rashid Maidin.
Tidak ada sebarang keampunan untuk komunis yang telah banyak menyusahkan rakyat Malaysia. Selagi bumi dan langit terpisah, selagi itulah kisah sejarah kekejaman komunis ke atas rakyat Malaysia, khususnya Bumiputera dan Peribumi akan terus diceritakan. Tak perlulah nak menafikan tentang pembabitan PSM untuk mengajarkan elemen subversif PKM kepada masyarakat dengan cerita-cerita enak dan muluk tentang perjuangan, sebaliknya mereka perlu menerima tindak balas daripada rakyat Malaysia yang sudah lama membenci Parti Komunis Malaya!!!

1 comment:

Darah Satria said...

http://sejarahpmr2011.wikispaces.com/file/view/Nota+Sejarah+Tingkatan+3+-+Bab+3.pdf

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya