Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 9 September 2012

Sejarah: Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989)




Parti Komunis Malaya

Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989)

                                 
Perang Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941 telah memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk memperkuatkan organisasinya. Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20 April 1930 telah bekerjasama dengan pihak British untuk menentang Jepun melalui Malayan People Anti Japanese Army atau dalam bahasa Melayu Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940.


PKM berjaya mempengaruhi British membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri. Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Kerjasama antara PKM dan British telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila.


Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.


Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai PKMM melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin dan Abdullah C.D. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.



Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.

Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk *Senoi Praaq bagi menentang komunis.



* Senoi Praaq adalah pasukanbersenjata ( tentera) yang dianggotai oleh masyarakat asli kaum Senoi yang mahir bergerak di dalam hutan.



Parti Kebangsaan Melayu Malaya

Image
Merah Putih Berbintang 12 lambang Putera-AMCJA. Ia adalah lambang Malaya Merdeka pertama yang pernah diajukan kepada dunia – pertama kali dikibarkan sebagai lambang Malaya merdeka oleh wakil Malaya di Sidang Serantau Asia di New Delhi tahun 1947.
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Kegagalan usaha awal golongan radikal Melayu di Perak untuk mencapai kemerdekaan bersama dengan Indonesia pada tahun 1945 telah mendorong para pejuang tersebut merancang gerakan dan strategi selanjutnya. Mereka menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtarudin Lasso, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. Parti politik ini ditubuhkan di Ipoh, Perak pada 17 Oktober 1945.
Mereka ini merupakan pelopor gerakan politik kepartian di Tanah Melayu dan menjadikan negeri Perak markas utama gerakan itu. Negeri Perak menjadi tempat perancangan penubuhan dan operasi gerak kerja mereka. Dalam kongres pertama yang berlangsung di Ipoh pada 30 November hingga 3 Disember 1945, PKMM telah memutuskan lapan resolusi penting bangsa Melayu, iaitu:
1. Mempersatukan bangsa Malaya, menanamkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malaya dalam keluarga besar iaitu Republik Indonesia Raya.
2. Bertujuan mencapai hak kemerdekaan berpidato, bergerak, bersidang, berfikir dan menuntut pelajaran.
3. Membangkitkan kedudukan iktisad bangsa Melayu dengan jelas, memajukan perusahaan, perniagaan dan pertanian serta taraf penghidupan bangsa Melayu.
4. Mencapai kebebasan bercucuk tanam. Orang yang hendak bercucuk tanam itu bebas membayar sewa tanah pada bila-bila masa dan di mana juga dan dibebaskan pula menjual hasil usahanya itu di pasar perniagaan.
5. Menghendaki diberi kebebasan penuh kepada orang Melayu mendirikan sekolah kebangsaan mereka, iaitu tempat mereka dapat belajar dengan bahasanya dengan percuma.
6. Menghendakkan kebebasan mencetak buku sendiri, menggalakkan pelajaran secara demokrasi, supaya meninggikan kedudukan bangsa Melayu dalam siasah untuk mendakyahkan rasa kebangsaan kepada orang Melayu.
7. PKMM hendak bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain yang tinggal dalam negeri ini, hidup berbaik-baik dan bekerja untuk perpaduan penduduk Malaya (Malayan United Front) bagi menjadikan Malaya Merdeka makmur dan berbahagia sebagai satu anggota Republik Indonesia.
8. Menyokong umat Indonesia dalam perjuangan mereka merebut kemerdekaan.
PKMM menggariskan sebuah perjuangan untuk menuntut kemerdekaan sepenuhnya dan berusaha mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Matlamat ini termaktub di dalam Rang Undang-undang 1946 PKMM yang diluluskan pada kongres pertama di Ipoh pada 30 November hingga 3 Disember 1945.
Dalam Rang Undang-undang itu juga tercatat dengan jelas TUJUAN: Kemerdekaan Bangsa dan Tanah Air.
Setiap kali bertemu dengan para pendukung PKMM, laungan merdeka dilafazkan dengan garang sambil menggenggam lima jari dengan kuat dan diangkat hingga ke dada. Laungan merdeka sambil menggenggam lima jari membawa pengertian berikut:
1. Merdeka berpolitik. Apabila kita merdeka maka apa yang kita mahu ialah politik negara kita bebas mengikut acuan yang kita suka.
2. Merdeka ekonomi. Kita mahu ekonomi negara kita merdeka dari tekanan pihak luar negeri atau penjajah kapitalis.
3. Merdeka beragama. Kita mahu negara kita bebas melaksanakan hukum dan undang-undang Islam sepenuhnya tanpa dikongkong oleh penjajah.
4. Merdeka sosial. Pergaulan hidup tidak terbatas kepada satu-satu kaum sahaja atau kasta yang sangat berbahaya itu.
5. Merdeka kebudayaan. Tiap-tiap bangsa di dalam dunia ini ada kebudayaan masing-masing. Kita mahu bebas memilih kebudayaan yang berfaedah dan tidak bertentangan dengan agama serta bebas pula membuang kebudayaan yang menyesatkan orang Islam.
Berbekalkan slogan merdeka dan tafsirannya, ahli-ahli PKMM tekad berjuang dan berusaha untuk menyedarkan serta menyatukan bangsa Melayu agar turut serta dalam perjuangan politik mereka. Melalui akhbar, setiap orang diberi hak untuk bersuara.
Di dalam rencana yang disiarkan dalam Voice of the People berjudul, Malays and the Malay Nationalist Party, termuat kenyataan berikut:
The Malay Nationalist Party is a National Movement and so every Malay has the right to come forward and with his views and findings for the upliftment of his Nation. This right is also granted by his religion to tell the highest Authority in the State when things are done contrary to the teachings of his religion. The humble Raayat has the right to go to the Ruler, his Sultan, and tell him what is wrong with his Government. This is Democracy. There is that perfect understanding and that perfect unison between the Imam and the Ma’mum! That should be the case of the Malay Sultan and the Raayats. Just as the Imam respects the Ma’mum so the Ma’mum respects the Imam.

Rencana seterusnya dalam akhbar tersebut bertajuk “Suara Ra’ayat” and “Voice of the People”, pula menyarankan orang Melayu sama-sama bangkit menentang penjajah.
Saranan itu berbunyi:
Malays should realize this instantly and rally round any National Movement calculated to advance Malay Cause! They must not remain indifferent any longer. They should jump to it and support it unhesitatingly.

Rencana-rencana yang disiarkan melalui akhbar Voice of the People ini mengandungi unsur pengajaran yang mengingatkan agar orang Melayu sedar bahawa mereka mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan demi mendaulatkan bangsa Melayu. Kesedaran yang ditimbulkan oleh akhbar tersebut telah memberikan semangat baru kepada anak-anak muda Perak khususnya dan masyarakat Melayu di Tanah Melayu amnya.
Pergerakan politik Melayu haluan kiri, sama ada di Perak ataupun di Tanah Melayu umumnya bergerak ke arah menjayakan gagasan Melayu Raya. Pemimpin seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ahmad Boestamam, amat berkeyakinan dengan perjuangan yang berkonsepkan Melayu Raya yang bermatlamat membina sebuah kesatuan bangsa Melayu serantau yang kuat seperti sebelum zaman penjajahan. Mereka ingin melihat Nusantara dikuasai semula oleh Pertuanan Melayu yang agung yang menggabungkan seluruh negara Melayu merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Indonesia, Patani, Borneo Utara, Sarawak, Singapura dan Brunei dalam sebuah kesatuan sesuai dengan kedudukan orang Melayu sebagai peribumi asal Nusantara.
Sesetengah pihak dalam kalangan orang Melayu, termasuk Dato’ Onn Jaafar tidak bersetuju dengan gagasan tersebut kerana menganggapnya terlalu idealistik dan tidak mungkin dapat direalisasikan. Dato’ Onn Jaafar ketika memimpin UMNO berpendapat, perjuangan berkonsepkan Melayu Raya merupakan satu harapan yang terlalu idealistik.
Menurutnya, masalah yang lebih mendesak yang dihadapi orang Melayu di Tanah Melayu, seperti kemunduran perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum memberi perhatian kepada perjuangan Melayu Raya.
Katanya:
Pada suatu hari kelak umat Melayu akan bersatu di bawah satu kerjasama… kita hendaklah menjalankan langkah-langkah cermat. Langkah pertama ialah menyatukan umat Melayu dalam semenanjung ini.
Namun begitu, para pemimpin pergerakan politik berhaluan kiri sentiasa memperkatakan konsep Melayu Raya dan menjadikan Indonesia sebagai kiblat perjuangan. Ideologi politik golongan kiri ini turut diakui oleh pihak British yang menyatakan, their Pan-Indonesian sympathies have been very evident and since its break with UMNO.

Tentang hal ini, Rustam A. Sani menjelaskan:
Basically, the term ‘Pan-Indonesianism’ is used here to denote a nationalist ideology or sentiment based on the idea of a grand Malay (or Indonesian) nation perceived by its believers in its cultural or ethnic term and territorially covering the entire Malay Archipelago.

Oleh hal yang demikian, kepimpinan politik Melayu berhaluan kiri dalam PKMM, Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh, bermatlamat untuk mencapai kemerdekaan penuh dan bersatu dalam Indonesia Raya.
Walaupun pada awal penubuhan PKMM terdapat pihak yang cuba menyelewengkan perjuangan bangsa Melayu dengan menyerapkan fahaman komunisme, namun dengan cekap dan pantas tokoh politik Melayu yang berjiwa kebangsaan dan Islam berjaya membersihkan PKMM daripada aliran komunisme.
Antara aktivis komunis yang terlibat dalam usaha mengkomuniskan PKMM termasuklah Mokhtarudin Lasso, Arshad Ashaari, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Musa Ahmad. Namun begitu, ideologi komunisme sukar mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu yang umumnya beragama Islam.
Kehadiran tokoh seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan Baharuddin Latif menyukarkan usaha pihak komunis. Dakwaan ini dapat dibuktikan melalui usaha mereka untuk menamakan parti politik Melayu yang pertama ini dengan nama Parti Sosialis Melayu. Rancangan ini digagalkan oleh Ahmad Boestamam dan rakan-rakannya dengan mencadangkan nama Parti Kebangsaan Melayu Malaya.
Walaubagaimanapun, pada tahun 1950 Kerajaan Federation of Malaya yang di bawah kuasa British pada ketika itu telah menolak pendaftaran Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebagai sebuah parti politik yang sah dengan niat supaya sokongan melayu beralih kepada United Malay Nationals Organization (UMNO), parti melayu alternatif yang lebih mesra British dan mendapat dokongan Istana, yang ditubuhkan selang berapa tahun penubuhan PKMM.
Sementara itu, sebagai pengiktirafan dan mengenang jasa tokoh nasionalis dari anak negeri, Negeri Perak telah mengambil daya inisiatif mengabadikan nama-nama Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir di tiga buah sekolah di negeri Perak, iaitu:
• Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir, Sungai Gedong, 34300, Bagan Serai, Perak
• Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam, Jln Hj Mohd Ali, 32000, Sitiawan, Perak
• Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin, No 58, Jalan Raja Sulong, Kampong Boyan, 34000, Taiping, Perak
  Bendera Sang Saka Malaya ataupun Sang Saka Merah Putih adalah saduran bendera PKMM.
 
 Bendera PKMM

 Dengan gerakan Akademi Pak Sako, mungkin matlamat akhirnya mahu memanjang hayat sejarah PKR, berasal dari Parti Keadilan Nasional (PKN) yang ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib Anwar pada penghujung tahun 1999 kepada parti yang ‘berjuang untuk kemerdekaan rakyat’ sebelum zaman merdeka lagi.
Ini berpaksikan kepada percantuman antara PKN dengan PRM  (Parti Rakyat Malaysia) pada tahun 2003, di mana sejarah PKR dipanjangkan melalui sejarah PRM  yang ditubuhkan pada tahun 1955.

Logo PRM
Pada tahun 1958, satu barisan berhaluan kiri yang dinamakan Barisan Sosialis atau Socialist Front (SF) atau nama penuhnya Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People’s Socialist Front) telah dibentuk dengan menggabungkan PRM (pimpinan Ahmad Boestamam), Parti Buruh Malaya (pimpinan Pak Sako) dan Parti Perhimpunan Kebangsaan (pimpinan Abdul Aziz Ishak).
Barisan Sosialis Rakyat Malaya itu memperjuangkan penyatuan Melayu Raya di mana Indonesia, Malaysia dan Brunei digabungkankan menjadi satu negara.
Apabila berlaku konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, Ahmad Boestamam, Pak Sako dan Aziz Ishak ditahan di bawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana pembelot negara yang bersekongkol dengan Indonesia.

Logo parti Buroh
Menurut bekas Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman dalam bukunya, “13 Mei: Sebelum dan Selepas”, penglibatan aktivis Parti Buruh dan Parti Rakyat antara faktor tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.
Sosialisme dan warisan Parti Komunis Malaya (PKM)
Wikipedia Ahmad Boestamam  menyebut tokoh itu bermula dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM)  yang ditubuhkan pada tahun 1938 dan kemudiannya menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya dan British dalam usaha memerangi tentera Jepun.
“Boestamam kemudian menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)  pada tahun 1945. Pada 30 November 1945, PKMM telah mengeluarkan lapan resolusi yang dianggap oleh pihak kerajaan British sebagai diinspirasikan oleh rancangan ‘Sembilan Perkara’ Parti Komunis Malaya.
“PKMM pada mulanya tidak condong kepada komunisme. Tetapi apabila Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presidennya yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini dipengaruhi oleh komunis,” lapor wikipedia itu.
PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh yang juga salah seorang aktivis komunis.
Pada tahun 1947, PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako.

Bendera Komunis
PKMM menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Parti Komunis Malaya  atau singkatannya PKM ditubuhkan pada tahun 1930.
PKM menentang British ketika penjajah itu memerintah Tanah Melayu, namun bekerjasama pula dengan British ketika kedatangan Jepun, dengan membentuk MPAJA (Malayan People’s Anti-Japanese Army) 
Selepas Jepun menyerah kalah, PKM menerusi gerila-gerila MPAJA dan anggota komunis Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945.
PKM telah menguasai PKMM melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (Bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D.
“PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
“Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada PKM kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga,” lapor wikipedia itu.
Menurut greensocialis , PRM adalah satu-satunya parti politik berhaluan kiri yang masih wujud sampai kini.
Sang Saka Malaya

bendera PKMM
Menurut Dewan masyarakat Mei 1991, bendera Sang Saka Malaya ataupun Sang Saka Merah Putih adalah saduran bendera PKMM.
“Dalam usaha merealisasikan gagasan ini, PKMM mengambil bendera kebangsaan Indonesia – Sang Saka Merah Putih sebagai bendera parti; lagu kebangsaan Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan PKMM yang sering dinyanyikan dalam perhimpunan PKMM,” laporarchive.org/stream/ShamsiahFakeh 
Perkara yang sama turut diakui oleh Zairi Shafai pengibar bendera Sang Saka Malaya  pada malam sambutan ambang kemerdekaan Malaysia ke-55 itu.
Menurut kenyataan media Gabungan Janji, 17 Ogos , pihak mereka sendiri menggalakkan peserta mengibarkan bendera Sang Saka Malaya menggantikan bendera Jalur Gemilang dan Akademi Pak Sako (APS) pimpinan pegawai Anwar itu merupakan salah satu tali barutnya.
APS juga berusaha mengangkat tokoh ‘Mat Indera’ sebagai ‘pejuang bangsa’ dalam forum bertajuk “Malaysia dan Sejarah yang Belum Selesai” di Hotel Quality, Shah Alam pada 7 Oktober 2011.
Laman amnaj  menjelaskan lambang PKMM yang bercorak Merah Putih Berbintang 12 adalah lambang gabungan Putera-AMCJA, iaitu gabungan kumpulan sosialis Malaya.
“Di belakang Putera-AMCJA adalah juga komunis yang juga menyusup dalam Kesatuan Sekerja dan Parti Politik menjalankan kerja-kerja subversif. Malah ketua PKMM semasa itu adalah seorang komunis
 "Perjuangan anasir-anasir jahat ini tidak pernah terkubur. "Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia", jelas membuktikan bahawa komunis sentiasa berusaha untuk memastikan Tanah Melayu ini menjadi sebuah Negara Republik.
"Mereka memberikan kita gambaran, tipu helah dan muslihat komunis untuk menjahanamkan Tanah Melayu "

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya