Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 10 October 2012

DAP dibantu gerakan Kristian.


 Mengimbas kembali bagaimana DAP berUBAH menjadi DAP 2.0, boleh kita perhatikan bahawa orang terpilih (handpicked) Guan Eng dulu menyertai parti hanya sejurus sebelum pilihanraya diadakan pada 8 Mac 2008:

Anda boleh nampak bagaimana orang yang taat setia kepada Guan Eng akan dinaikkan pangkat dengan cepat sekali berbanding orang lama parti yang bukan Kristian.
 
Laman akhbar The Herald yang membawa kes kalimah Allah ke mahkamah

Penglibatan dengan evangelis

Bee Yin memblog tentang penyertaannya dalam politik kira-kira dua bulan lepas, ‘Entering into politics – The story behind’ 
Dia menceritakan penglibatannya dengan National Evangelical Christian Fellowship semasa menuntut tahun pertama di Universiti Teknologi Petronas.
Pengalamannya itu dengan aktivisme NECF digambarkan Bee Yin sebagai pemutikan “seed of love”. Sambungnya lagi:
“Of course, as I grew in seniority in the university, I managed to persuade more and more campus students to join us to fast and pray for Malaysia every year during the Merdeka season.”
Baca sini tentang projek Prayer United yang dikelolakan setiap tahun pada musim hari kebangsaan oleh NECF yang telah menjadi inspirasi kepada Bee Yin.
 
Tambah Bee Yin lagi:
“One of the prayer items in NECF booklet has always been this: that God will raise more righteous politicians in Malaysia.”
.
Dia membayangkan dirinya salah seorang “righteous politician” itu. Seorang lagi pastilah Hannah Yeoh yang cogankata blognya berbunyi “Righteousness exalts a nation”.

Mengatur strategi media sosial DAP

Bee Yin dipertanggungjawabkan untuk merancang langkah-langkah DAP dalam media sosial bagi menghadapi pilihan raya. (PKR pun ada juru strategi untuk pikat Anglophile, baca sini.)
DAPsters yang sudah sebati dengan naluri membuli – ‘DAP membuli: 7 orang merejah mangsa seorang’ – akan memperoleh beberapa kelebihan dalam kempen PRU mereka hasil daripada Pakatan menguasai negeri-negeri kaya-raya Selangor dan Pulau Pinang.
DAP akan boleh dapat menggunakan bukan sahaja jentera media parti tetapi  jentera media negeri-negeri Pakatan juga seperti Selangor Times.
Di samping itu, DAP kali ini mempunyai war chest (dana) yang sebelum ini tidak pernah parti tersebut menikmatinya, yakni datangnya sumbangan ehsan oleh BFFdeveloper (pemaju hartanah) dan lain-lain saudara baru dunia bisnes.
Kempen DAP di media sosial pasti licik tetapi tidak akan dapat lari dari sifat membuli.

Sifat membuli dalam darah daging mereka

Malah timbalan ketua menteri Pulau Pinang Mansor Othman pun dibuli oleh DAP, dan sebelum itu seorang lagi timbalan ketua menteri dari PKR, iaitu Mohd Fairus Khairuddin, ada dipecat.
Dari awal-awal lagi orang PKR di Pulau Pinang sudah merasakan mereka dibuli DAP dan itupun alasan sama yang diberi oleh Tan Tee Beng Ahli Parlimen Nibong Tebal (bekas PKR yang sekarang bersama parti Kita).
Pada 1 Mac 2010, Tee Beng membongkarkan “dictatorial attitude” Guan Eng:
“In fact they are willing to ‘close their eyes’ to the problem faced by the Penang PKR due to Lim Guan Eng’s arrogance.
“I don’t understand why the Penang PKR leadership is too subservient to Lim to the extent that it is willing to cover up all his weaknesses.
“He likes to politicise petty issues and totally cannot accept criticisms and tries to turn the Penang government into his family property.”
Sumber: MySinchew 
Bekas kaunsilor Lim Boo Chang yang melepaskan jawatannya dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang turut mengatakan bahawa pentadbiran Guan Eng mempunyai “abusive attitude ” serta suka “membuli MPPP”.
Setiausaha MCA Pulau Pinang Lau Chiek Tuan berkata  Guan Eng tidak boleh menerima kritikan mahupun teguran halus.
Ahli Parlimen Bayan Baru Zahrain Mohd Hashim (bekas PKR) pernah mendedahkan  sifat Guan Eng yang “dictator, a chauvinist and communist-minded”.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Noordin (bekas PKR) pula berkata :
“What Zahrain had said is true. Lim cannot accept criticism and does
not tolerate any views other than his. I myself have experienced this.”
.
Timbalan presiden Pemuda Gerakan H’ng Khoon Leng ada mentweet,  “dissenting views and criticism are not tolerated” under Guan Eng’s “oppressive governance”.

Mama memang secocok dengan Papa

Maka saya tidak sedikit pun hairan Hannah Yeoh ghairah mencontohi sikap Kim Guan Eng. Mama DAPster ini sama kuat melenting macam Papa apabila terpaksa berdepan dengan penulisan yang bukan bercorak kata-kata pemujaan atau puji-pujian ke atas diri hebat mereka.
Tweet Hannah Yeoh di bawah mendedahkan gelagat Kepimpinan Melalui Teladan. Kata-kata perli “fruit loop” dilontarkan oleh seorang daripada para pengikutnya.
Perangai DAPsters memang terserlah sama ada di Twitter atau saluran-saluran lain jaringan media sosial. Baca, ‘Facebook fury over May 13 film’
.
 

Tweet Hannah di atas ialah mesejnya kepada ‘imokman’ (Ong Kian Ming) dan ‘yeo_byin’ (Yeo Bee Yin).
Konco-konco Papa dan Mama DAPster tumbuh umpama perkembangan pesatmulti-level marketing — ‘Member Get Member’. Dalam konteks parti DAP, ianya ‘Christian Get Christian’.
Dan yang nyata, pihak pembangkang pasca-PRU13 akan diterajui puak Kristian kerana DAP yang paling kuat sekali.
Anda perlu beringat, DAP 2.0 berciri evangelis Kristian dan bukannya “cauvinis Cina”.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya