Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 15 October 2012

DAP Pulau Pinang utamakan syarikat dari Singapura, Kerjasama DAP & PAP.!






 Kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP melantik sebuah syarikat Singapura, Surbana Corp Pte Ltd untuk menjadi juru perunding bagi projek perumahan awam di negeri itu.

Perlantikan secara tergesa-gesa syarikat perunding Singapura itu menimbulkan persoalan yang besar kerana ia membabitkan kos perkhidmatan berjumlah RM6.5 juta.

Pelantikan syarikat Singapura ini bukan saja memalukan tetapi satu penghinaan kepada syarikat tempatan baik di negara ini mahupun di Pulau Pinang sendiri. Apakah sejak 55 tahun kita merdeka tidak ada satu pun syarikat perunding tempatan yang layak untuk dilantik bagi projek perumahan awam ini?

Projek perumahan awam ini bukan satu projek yang baru di Kuala Lumpur misalnya sudah puluhan ribu projek perumahan awam ini dibuat tanpa ada masalah.  Kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang begitu ghairah memberi keutamaan kepada syarikat Singapura.?

Kenapa projek perumahan rakyat ini perlu mengambil tempoh 10 hingga 15 tahun untuk siap dibina seperti yang dinyatakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Baru-baru ini Guan Eng kata kerajaan negeri ada wang peruntukan RM500 juta dan tanah 200 ekar untuk buat projek perumahan awam ini… kalau wang sudah ada, tanah sudah ada kenapa perlu tempoh 10 hingga 15 tahun nak siap.

“Ikut pengalaman kita kalau wang sudah ada, tanah sudah ada dalam tempoh dua hingga tiga tahun saja sudah cukup untuk bina rumah awam ini.  Sedangkan kita dapat tahu puluh ribu rakyat Pulau Pinang sudah mendaftar untuk dapat rumah ini.  Kalau kerajaan negeri prihatin dan utamakan rakyat takkan nak ambil masa puluhan tahun kecuali kalau kerajaan negeri ada agenda sebaliknya.


 Apabila orang asing yang dilantik sebagai perunding maka tentulah pelbagai permasalahan timbul sebagaimana persoalan yang gagal dijelaskan oleh Guan Eng sama ada berkaitan lokasi, tempoh pembinaan, kos dan harga perumahan awam.

“Nama dah syarikat asing jadi tentunya mereka adalah orang asing yang tidak tahu apa-apa berkenaan negara kita apatah lagi kehendak rakyat tempatan. Mereka ini tak tahu apa yang kita mahu dan setakat mana kemampuan kita

 Kenapa kerajaan negeri mahu membina perumahan awam sembilan hingga 20 tingkat sedang projek ini dibuat di Seberang Perai.

“Ini tak masuk akal… siapa yang nak duduk rumah sembilan hingga 20 tingkat sedangkan rumah lima tingkat yang dibina di kawasan seberang perai ni pun orang tak mahu.  Kita tak nampak rasional kerajaan negeri bina rumah awam sembilan hingga 20 tingkat di kawasan Seberang Perai ini kecualilah di Butterworth dan Bukit Mertajam.  Inilah padahnya bila lantik syarikat perunding Singapura.


“Kita juga hairan harga rumah awam ini juga antara RM72,000 hingga RM220,000 seunit.  Ini satu jenaka… kalau ikut kerajaan rumah awam ini mestilah tidak lebih RM42,000 seunit.  Jelas banyak tidak kena dengan projek perumahan rakyat ini.



 UNDI PR: DAP BAKAL JADI PM.!








No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya