Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 29 October 2012

DAP telah berjaya menyesatkan PAS.!






 Nizar (PAS) Pegang  lilin ikut cara kristian (DAP)

 وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلا نَصِيرٍ (١٢٠) البقرة

 Al-Baqarah - ayat 120

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."

             Mufti Perak Harussani telah mengatakan pandangan memegang lilin adalah Haram.

                                         

 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal agama Islam kali ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan pengenai penglibatan orang Islam dalam aktiviti Candlelight Vigil, di mana di dalam Muzakarah tersebut keputusan yang telah di ambil sebagaimana di bawah ini:

1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara bukan agama Islam.

2. Candlelight Vigil mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan Agama Bukan Islam dan boleh menjejaskan akidah Umat Islam

1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia.

Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.

2. Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim)
 
                                                  
 Cara Kristian yang memegang lilin

3. Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

"Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa'ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa'ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda "Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim).

 
Bukankah dengan cara yang tidak kena oleh mereka ini turut menyumbang kepada pembudayaan amalan kristian dalam kalangan orang islam dan paling menyedihkan dilakukan oleh mahasiswa islam sendiri.Jadi umpama sia-sia sahajalah usaha lebih 30 NGO islam berkumpul mengadakan Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober ,sabtu lalu yang menggagaskan 10 deklarasi mempertahankan aqidah umat islam akibat tindakan bodoh dan kurang matang mahasiswa yang berkumpul kononnya hendakkan kebebasan akademik.Renungkan Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud  yang bermaksud:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”



No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya