Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 16 October 2012

IKHTIBAR DARI SEJARAH KEJATUHAN KERAJAAN ISLAM SEPANYOL




Pada suatu masa, Sepanyol telah menjadi salah satu tamadun Islam yang hebat, mencapai puncaknya dengan Kerajaan Bani Ummaiyyah pada abad kesepuluh. Orang Islam Sepanyol dianggap mempunyai fasa lima peringkat berbeza:
Emiriah Bergantung (711-756);
Emiriah Bebas (756-929);
Khalifah (929-1031);
Era Almoravid (1031-1130);
Kejatuhan (1130-1492).

Penganut Kristian dan Yahudi yang tinggal di Sepanyol pada waktu ini tidak menghadapi sekatan dan dilayan dengan amat baik, era itu pada umumnya ditandakan sebagai era toleransi

                 


 Inilah bendera terakhir milik tentera Islam di Sepanyol yang berperang menentang tentera Salib....dan berakhir dengan kekalahan tentera Islam . Bendera ini berada di dalam simpanan kerajaan Sepanyol dan mereka melakukan upacara ini sebagai memperingati kemenangan Salib ke atas tentera Islam. tetapi yang sedihnya umat Islam pada hari ini lupa sejarah hitam ini.


Kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol membuat aku lebih sensitif dengan segala isu yang berlaku dalam gerakan Islam Malaysia hari ini seperti PAS terutamanya. Malah aku lebih baran dan membakar bila ulasan-ulasan berkenaan kepimpinan diutarakan. Membuat aku duduk tidak senang, kerana sejarah seperti berulang kembali. Aku amat menyedari bahawa kejatuhan umat Islam Sepanyol dahulu bukan kerana tidak cintakan jihad tetapi unsur utama keruntuhan dan kerosakkan ini adalah SIKAP!

Sikap yang aku maksudkan ini ialah tidak cintakan Kesatuan dan Perpaduan. Dari itu juga, masalah keimanan dikalangan pemimpin tertinggi umat Islam juga tidak dapat kita abaikan sebagai penyebab kejatuhan kerajaan. Namun begitu, aku begitu serius memandang soal perpaduan.


Kehinaan yang amat besar menimpa umat Islam Sepanyol ketika itu adalah umat Islam lebih rela mendapatkan bantuan daripada kerajaan Kristian berbanding kerajaan Islam sekitar yang menawarkan pertolongan. Mereka lebih mempercayai golongan kafir berbanding umat Islam. Malah ada diantara mereka yang tidak mahu duduk semeja dengan pemimpin Islam lain untuk berbincang soal perpaduan dan kesatuan kerana takut berlaku perampasan kuasa ataupun penyebaran pengaruh. Tetapi mereka lebih rela untuk duduk semeja dengan kerajaan Kristian bagi melebarkan pengaruh dan lebih mempercayai orang-orang Kristian.


Aku begitu kehampaan dengan apa yang telah berlaku. Aku amat kepelikan apabila umat Islam lebih mempercayai orang yang beragama lain berbanding mereka yang seaqidah dengan mereka. Adakah ini yang dikatakan kedengkian!


Aku benar-benar ingin menyeru kepada umat Islam dan bangsa melayu untuk kembalikan kesatuan dalam Parti. Kuatkan dahulu ukhuwah diperingkat dalaman sebelum kita bercadang untuk membuka peluang kepada non-muslim bagi sama-sama memperjuangkan hak-hak Islam. Aku begitu kebimbangan sejarah akan berulang dalam parti-parti gerakan Islam atas keterlaluan mempercayai rakan-rakan nya berbanding kepimpinan kita sendiri. Selagi kita tidak utuh dalam kesatuan ummah terutamanya peringkat kepimpinan, jangan sesekali kita bergerak mencari atau mempercayai teman lain yang tidak seaqidah dengan kita. Kuatkan ukhuwah kesatuan kita terlebih dahulu supaya kita tidak mudah dirempuh dengan pelbagaian fikrah dan kefahaman luar dalam menerusi perjuangan ini. Akhir sekali aku membuat kesimpulan, kekuatan umat Islam adalah serta Keimanan yang Tinggi, Cintakan Jihad, Ikatan Ukhuwah yang Utuh.

Kita sepatutnya jadikan Sejarah ini sebagai ikhtibar dimana Kerajaan Islam Sepanyol yang begitu kuat juga boleh tumbang kerana sikap lebih mempercayai kepada golongan kafir dari saudara seagama dan sebangsa. PAS lebih mempercayai pada DAP yg anti Islam dan PKR yang berfahaman sekular dan pluralism. Mengapa sanggup menghina dan memusuhi UMNO yg tentunya seagama dan sebangsa. Ini adalah merupakan titik permulaan kearah kejatuhan Kerajaan Islam dan melayu jika tidak kita tangani sekarang. Maka dengan itu haruslah kita gerakkan langkah bagi mengukuhkan Ukhuwah dan penyatuan umat dan bangsa Melayu sebelum kita gigit jari.

3 comments:

Anonymous said...

MCA dan MIC tu islam ka...bukan ka umno bersatu dengan MCA dan MIC...pasal apa PAS bersatu dengan DAP encik tak setuju..umno bersatu ngn orang bukan islam encik xkata pa2

Anonymous said...

Mslh ni kes aqidah kita cik yg handome...
Pas brsekongkon dengan kfir yg mnntg kerajaan islam...
Itu kafir harbi nmanya..
Kna tau spesis2 kapir kt ngra kita ni..
ada paham???...^_^

Anonymous said...

same je kafirnye.. ingat kafir2 dlm umno nk sokong islam 100% ke? jgn jd bodo.justeru,akibat bn la kerajaan kite mnjadi semakin korup dan dipandang rendah bangse2 dan agame2 lain. sebab ape?sebab ,dh jelas islam mmenunjukkan jln dlm pimpinan atau tatacara pentadbiran dan pemerintahan.tp,adakah kerajaan ikut 100% ajaran dan perintah agama islam dlm kerajaan? keterbatasan mahkamah syariah di malaysia ,undang2 common law digunapakai,hukum allah dikata tidak relavan ,cukai2 dilaksanekan bahkan mnjadi suatu kewajipan,kilang2 arak berleluase ,perjudian terutame kasino,agensi nombor ramalan dan lain2 lagi.utk pengetahuan saudara,negara kita pernah mndpt anugerah pengeluar arak terbaik oleh syarikat guinness. org luar pn pandang rendah ,sebab kita mndakwa mempertahankan islam.dlm mse yg same memenangkan perkara2 yg dilaknat allah. tak payah nk disamekan dgn kerajaan islam andalusia.sikit pn malaysia tak same dgn kerajaan itu.. kerajaan itu secare totalnye islam diletak tertinggi.tp negara kite yg paling tinggi kasino tempat berjudi di ats bukut kt genting.
mnx maaf .sekadar pndpt :)

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya