Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 7 October 2012

Impian Kuan Yew mahu jadi PM Malaysia- Tun Mahathir



                                       
  Lee Kuan Yew telah menaruh harapan untuk menjadi perdana menteri sebuah negara yang besar seperti Malaysia, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

“Singapura awal 1960-an terlalu kecil bagi dirinya dan impiannya. Malaysia adalah negara sebenar, bukan sebuah negara bandar raya dan menjadi perdana menteri Malaysia akan memenuhi impian beliau khususnya untuk memiliki kuasa dan lebih daripada (hanya sebagai) peranan bandar raya,” tulis Dr Mahathir dalam biografinya.

Negarawan berusia 84 tahun ini berkata apabila Bapa Kemerdekaan Alhmarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, buat pertama kali bercakap mengenai pembentukan Malaysia merangkumi Semenanjung, Singapura dan Borneo, “Lee dengan tidak sabar-sabar mengalu-alukannya”.

Malaysia dibentuk pada 1963 tetapi Singapura keluar dua tahun kemudian.

Lee menjadi perdana menteri Singapura kemudian.

“Malah beliau berharap untuk menjadi perdana menteri, sesuatu yang beliau tahu bahawa tidak mustahil kerana masyarakat Cina menjadi kaum terbesar di Persekutuan,” kata Dr Mahathir.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957, orang Melayu hanya lebih sedikit daripada separuh penduduk di Semenanjung manakala Cina pula 30 peratus, kaum India 10 peratus dan bakinya kaum-kaum lain.

Dr Mahathir menyalahkan penjajah Britih yang membenarkan penghijrahan kaum Cina dengan mudah ke pulau pelabuhan yang strategik itu bagi melindungi kepentingan perdagangan mereka di Timur Jauh.

Tulis Dr Mahathir, British telah mengubah Singapura menjadi sebuah penempatan Cina dan dalam lain perkataan, sebuah negara Cina selepas merdeka, di mana masyarakat Melayu sebenarnya adalah kelas kedua.

Bekas presiden Umno itu juga berkata Lee tidak kisah untuk membetulkan jurang perbezaan antara orang Melayu dan bukan Melayu, sebaliknya menyandarkan pada undi orang Cina di Singapura dan Semenanjung untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Beliau mengecam apa yang dipanggilnya rasisme Melayu tetapi dalam mengharapkan orang Cina akan menyokong beliau sebagai seorang (pemimpin) Cina yang akan mempertahankan kepentingan masyarakat Cina, beliau dengan sendiri mendedahka dirinya seorang rasis,” kata Dr Mahathir.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya