Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 10 October 2012

Lik Kit Siang adalah jelmaan Lee Kuan Yew.


                        
                                           

 Lim Kit Siang  tidak dapat menafikan bahawa; beliau adalah jelmaan Lee Kuan Yew (LKY) dalam parti  DAP yang mewarisi perjuangan Malaysian Malaysia yang ditinggalkan oleh PAP dan Lee Kuan Yew.

Namun, sayang sekali Kit Siang dalam memperjuangkan Malaysian Malaysia, gagal untuk menyesuaikan partinya dengan keadaan politik selepas perpisahan dan terus bermain di atas api perkauman Cina dan sosialisme yang cuba digunakan Lee Kuan Yew untuk mendapat sokongan orang Cina dan Melayu.

Kit Siang gagal untuk membaca bahawa LKY mahu menunggangi singa untuk naik ke atas seperti yang dilakukan kepada orang Cina Singapura.

LKY bukan seorang Chauvinis Cina, nama sebenarnya ialah Henry Lee. Dia mencapai matlamat 'mengInggeriskan' orang Cina Singapura dengan menumpaskan perkauman Cina yang menjadi tulang belakang kepada komunisme di Singapura dalam tahun 50an dan 60an.

Kaum kapitalis Cina dan Inggeris menyokong Lee Kuan Yew menjadi juara membunuh bahasa Cina, menutup sekolah-sekolah Cina dan universiti-universiti Cina (Nanyang dan Ngee An) di samping menutup sekolah Melayu dan Tamil. Tapi yang paling parah ialah; institusi pelajaran Cina Singapura.

Beberapa pemimpin Cina dari Malaysia yang cuba mempertahankannya, tetapi telah dimalukan oleh LKY dalam satu progrem TV Singapura. Mereka gementar dan lari pulang.

Akibat daripada itu, akhbar Tamil mati di Singapura dan orang Cina sendiri malu untuk membawa akhbar Cina di Singapura.

Walaupun sekarang ada usaha untuk pemulihan bahasa Mandarin di Singapura, tetapi memandangkan kepada perkembangan globalisasi sekarang, Singapura tidak akan mundur ke belakang untuk bersungguh-sungguh mengembangkan bahasa Mandarin. Tidak mungkin ia akan membenarkan semula sekolah Cina di buka di Singapura.

Penanaman semangat 'Singaporean' itu sehingga orang Cina Singapura sendiri sekarang  tidak senang dengan pendatang-pendatang dari Republik Rakyat Cina yang tidak berkelakuan seperti 'Singaporean' dan orang Cina Malaysia sendiri sukar menyesuaikan diri dengan orang Cina Singapura.

Dalam hal  ini kita dapat melihat hipokrasi orang Cina Malaysia yang memperjuangkan bahasa Cina dan Sekolah Cina di Malaysia, tetapi menghantar anak-anak mereka ke Singapura untuk di 'Inggeriskan' oleh Lee Kuan Yew.

Lim Kit Siang hanya manis di bibir dalam menerima Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, berbanding dengan golongan sosialis dari English Speaking Intelegentia (ESI) di Singapura dalam tahun 50an yang terdiri dari berbagai kaum (Melayu Cina dan India) yang mahukan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar, di samping bahasa Inggeris sejak dari sekolah rendah. (Baca The Fajar Generation dan No Cowardly Past terbitan SIRD).

Sikap orang DAP terhadap Bahasa Melayu sudah terang lagi bersuluh dan tidak ikhlas. Baru-baru ini, ADUN DAP hanya membawa sepanduk dalam bahasa Cina dan Inggeris bila berdemonstrasi dalam Dewan Undangan Negeri Melaka. Bahasa Melayu sengaja ditiadakan dan bahasa Cina di letakkan di atas Bahasa Inggeris. Adakah ini ajaran Lim Kit Siang?

Sebenarnya DAP mahukan persamaan taraf antara Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina di negara ini.

Keratan akhbar Utusan Malaysia 5 Julai 2012 membuktikan sikap sebenar DAP  apabilamembawa kain rentang ke dalam Dewan Undangan Negeri Melaka  tanpa sepatahpun Bahasa Melayu

Lim Kit Siang cuba menuding jari kepada Datuk Seri Najib sebagai bertanggungjawab di atas kejadian rasuah, yang menurutnya; lebih teruk dari keadaan dalam masa dua perdana menteri terdahulu. Beliau mungkin benar dari segi  di bawah perdana menteri dahulu tidak ada rasuah di kalangan pembangkang, tetapi sekarang kerajaan pembangkang di Selangor dan orang-orang DAP sendiri terlibat dengan rasuah, sehingga ada yang membunuh diri. Inilah yang menyebabkan Kit Siang rasa tambah teruk.

Lee Kuan Yew tidak akan bermain sandiwara seperti Kit Siang jika orang partinya sendiri terlibat dengan rasuah. DAP tidak bersih, DAP bersekongkol dengan parti yang kotor, orang DAP terlibat dengan   skandal, malah keraguan telah ditimbulkan terhadap kemurnian peribadi  anak Lim Kit Siang sendiri yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Di Singapura sejarah tercatat, seorang menteri membunuh diri kerana disyaki rasuah sebelum dia dihukum, tetapi di Malaysia, Lim Kit Siang mempertahankan orang partinya sendiri dan juga parti perkongsiannya yang rasuah dan tidak bermoral.

Berkerjasama dengan Parti Keadilan yang najis, sepi terhadap ADUN wanita Parti Keadilan yang telibat dengan skandal dan sanggup dipimpin oleh seorang lelaki yang mempunyai nafsu berjenis-jenis. Kit Siang boleh fikirkan apakah Singapura akan bertoleransi terhadap manusia seperti ini.

Untuk pengetahuan Kit Siang, seorang bekas wartawan Utusan Melayu yang menjadi Setiausaha Parlimen sebuah Kementerian di Singapura dalam tahun 60an telah dipecat, setelah diketahui pergi ke rumah urut dalam lawatannya ke Kuala Lumpur bersama rakan-rakan di Utusan.

Lim Kit Siang harus berhenti dari terus berkhayal, bahawa dia atau anaknya adalah Lee Kuan Yew, Lim Kit Siang bukan Kuan Yew, bukan seorang sosialis, Kit Siang bukan pengawal moral,  DAP bukan PAP yang berjaya membangunkan nilai-nilai moral yang baik untuk rakyat Singapura dan melahirkan 'Singaporean' Singapore.

Lim Kit Siang adalah Chinese Chauvinis yang setaraf dengan Malay Chauvinis. Tidak usahlah menuding jari kepada orang lain untuk menutupi kekotoran diri, cerminlah diri sendiri, jangan jadi seperti kata orang cakap berdegar-degar tahi tersangkut di gelegar.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya