Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 24 October 2012

Lim Guan Eng (DAP) menyambung peranan Lee Kuan Yew (PAP) Singapura.!



                                         

                           Lim Guan Eng (DAP) memakai  kopiah yang berimejkan Islamik.!
 
 DAP sememangnya sebuah parti yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai perlembagaan negara. Ketika mana pada awal penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, para pemimpin MCA dan MIC telah merayu kepada Tunku Abdul Rahman Putra supaya tidak dihantar pulang ke negara asal. Dengan timbal balas, mereka tidak akan sama sekali mempersoalkan kedudukan Islam di Tanah Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu dan Ketuanan Melayu. Atas dasar itu, Tunku Abdul Rahman Putra telah berkeputusan untuk memberikan hak kewarganegaraan kepada mereka untuk terus kekal bersama di Tanah Melayu berdaulat ini.


 Lee Kuan Yew yang memakai songkok  ketika menarik sokongan orang melayu Singapura.!

Seorang pewaris PAP - Lee Kuan Yiew yang bernama Lim Guan Eng telah berjanji akan menghapuskan semua isu kandungan yang wujud dalam kontrak sosial dan jus soli yang telah rayu oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan. Begitulah kurang ajarnya Lim Guan Eng dari DAP ini. Apakah bangsa Melayu masih lagi boleh bersabar dan menerima prinsip Guan Eng ini? Perkara ini harsu dijawab oleh Melayu PAS dan Melayu PKR. Bagi Melayu DAP, pada saya mereka ini tidak lebih dari pengkhianat bangsa sendiri!

Apakah erti menghapuskan hak-hak keistimewaan Melayu? DEB adalah salah satu konsep gagasan kerajaan untuk memastikan hak-hak keistimewaan Melayu bumiputera terpelihara dan hak-hak bukan bumiputera tidak diabaikan. MARA pula adalah salah satu produk DEB. Begitu juga dengan sistem kuota bumiputera yang telah digariskan di semua universiti awam tempatan.
 
                                              

Cuba bayangkan jika DAP atau Guan Eng mendapat kuasa. Habis dihapuskan keistimewaan Melayu dan bumiputera lain. Dimanakah hak dan keistimewaan anak-anak bangsa Melayu dan bumiputera di Tanah Melayu ini sendiri? Perlu diingatkan, anak-anak bangsa kita tidak mengenal UMNO, PAS, PKR mahupun DAP. Malahan jika dihitung, anak-anak PASlah yang paling ramai mengambil peluang untuk sambung belajar di universiti-universiti selain dari mendapat biasiswa dan bantuan pelajaran dari MARA. Bila mereka bergelar "graduan", maka kerajaan pula yang dikatakan "zalim"? Siapa yang "zalim"? Yang memeberikan hak keadilan untuk anak bangsa Tanah Melayu atau mereka yang mahu menghapuskan hak-hak anak Tanah Melayu?

                                             

Lihat pula tentang pembelian rumah dimana kerajaan telah menetapkan kuota bumiputera dan harga bumiputera telah diperkenalkan zaman berzaman. Jika menurut konsep Malaysian Malaysia anjuaran DAP, apakah Melayu PAS, Melayu PKR dan Melayu DAP sanggup membeli rumah dengan harga non-bumi? Sebutkan siapa Melayu bumiputera dari PAS, PKR mahupun DAP yang sanggup membeli rumah mereka dengan harga non-bumiputera? Dan jika DAP mendapat kuasa, Malaysian Malaysia anjuran PAP ini akan menyamaratakan hak dimana harga rumah non-bumi dan bumiputera adalah setara. Maka ketika itu, ramailah Melayu yang akan merungut kerana tidak mampu membeli rumah yang mahal. Bila Melayu tiada rumah, maka merempatlah mereka di negara sendiri.
 
                                                 
Selain itu, DAP sama sekali tidak akan menerima Tanah Melayu yang kini bergelar Malaysia ini sebagai Negara Islam. Bagi Guan Eng, Islam itu tiada tempat yang istimewa di Tanah Melayu ini. Apakah ini cara Guan Eng menghormati "tuan rumah"? Namun atas usaha UMNO, maka Malaysia telah diisytiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Tun M. PAS menempelak mengatakan bahawa Malaysia "belum cukup syarat" untuk menjadi Negara Islam ketika itu. Pada saya, mengapa PAS harus menghentam pengisytiharan Malaysia negara Islam? Jika PAS berpendapat Malaysia "belum cukup Islam"nya, mengapa tidak dibantunya kerajaan supaya melakukan dasar yang lebih Islam? Mengapa mengkritik tapi tidak sama-sama membina "daulah Islamiyyah"? "Masjid" sudah dibina, mengapa tidak di"imarah"kan masjid itu? Malah dilempar pula "masjud" itu dengan batu? Inikah Islam PAS?

                                       

Lihatlah kamu wahai Melayu PAS dan Melayu PKR tentang Guan Eng yang kamu katakan mahu menjadi "Khalifah" di bumi Tanah Melayu ini. "Khalifah" apakah yang layak bagi Guan Eng ketika dia menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini? Mahligai yang disewa bayar oleh kerajaan negeri Pulau Pinang itu apakah cocok dengan sifat "khulafa'ur Rashidin" dahulu? Mengapa tidak disewa rumah teres setingkat atau "rumah flat" di Balik Pulau? Bukankah lebih jimat dan zuhud? Mengapa? Tidak menepati "standard" Ketua Menteri sedangkan Khalifah-Khalifah Islam dahulu hanya tinggal di rumah usang? Di mana pembelaan hak untuk orang Melayu di Pulau Pinang? Usah kata bangsa Melayu, bangsa India pun dizaliminya. Mungkin bangsa Melayu dan India tiada tempat dihatinya. Itukah pemimpin idola Melayu PAS, PKR dan DAP?

                                                 

Lihatlah "anak didik" Lee Kuan Yew ini. Lihatlah pula bagaimana nasib Islam, bangsa Melayu dan Tanah Singapura dibawah pemerintahan PAP, pimpinan Lee Kuan Yew. Asalnya Singapura ini bertuankan Melayu, namun di"rampok" Lee Kuan Yew. Asalnya, Islam begitu megah di Singapura, malah Singapura pernah menjadi pusat penyebaran agama Islam di nusantara. Namun kini, masjidnya boleh dikira dengan jari, azannya entah hilang ke mana, Islam sudah hilang keagungannya di Singapura. Lihat saja bagaimana Melayu terpinggir di Singapura. Lihat saja satu bangsa yang pernah menjadi bangsa terbesar di Temasik telah dipinggirkan menjadi kumpulan minoriti di sana. Lihat saja bagaimana Melayu Singapura "hilang" hak-hak keistimewaan mereka di tanahair sendiri akibat "Tok Guru" kepada Lim Guan Eng ini. Apakah Melayu PAS, PKR dan DAP mahu terjadi sedemikian? Mungkin sekarang belum terasa begitu dan sanggup mengatakan "YA". Tunggulah kelak bila DAP berkuasa. Ketika itu barulah Melayu PAS, Melayu PKR dan Melayu DAP menyesal tak sudah!

Hakikatnya, DAP hanyalah pembawa wacana PAP. Mereka tidak lain bagaikan "locus" yang berhijrah dari satu kawasan ke satu kawasan dan menjadikan kawasan itu hak milik mereka tanpa menghormati hak penduduk asal kawasan tersebut. Tapi tidak semua bangsa Cina, India mahupun yang lain bersifat sedemikian. MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN tidak begitu. Mereka begitu patuh dengan perlembagaan negara. Mereka menghormati Islam dan hak-hak keistimewaan Melayu. Sebab itulah kami menggelar mereka sebagai "kafir zimmi" berbanding DAP yang kami gelarkan sebagai "kafir harbi". Bagi kami, merekalah perosak keharmonian Malaysia yang terkenal dengan masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama ini. Apakah Melayu PAS dan Melayu PKR masih mahu bersekongkol dengan DAP dan Guan Eng lagi?

 DAP  pernah berkata, maruah Melayu hanya boleh dibeli dengan  songkok..! sampai bila kita harus diperbodohkan??


 Melayu harus bangkit.!

2 comments:

nailofar said...

salam.. saya ingin bertanya, benarkah apa yang telah berlaku ni..?
saya masih tertanya2, pihak mna yang berada di landasan yang benar, dan yang mana yang salah...? masih lagi ragu-ragu...

Anonymous said...

Senang, ada 2 dapur. 1 dapur melayu, yg 1 bukan melayu.... mana ko nak makan?

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya