Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 10 October 2012

Pengaruh Kristian dalam DAP.!


                                         

 Kejayaan DAP mengatasi MCA boleh dijejak balik kepada sokongan yang diberikan parti itu oleh pihak gereja.
Mengimbas kembali kepada kempen PRU12, seramai 200 orang pastordaripada 40 buah gereja di Lembah Klang telah mengadakan pertemuan dengan calon-calon DAP pada 27 Feb 2008 — selang 10 hari sebelum hari membuang undi.
Dialog tersebut dianjurkan oleh National Evangelical Christian Fellowship (NECF) yang mana DAP telah berpeluang membentangkan manifesto mereka kepada orang Kristian menerusi saluran gereja.

Delegasi DAP merangkumi Lim Guan Eng, Tony Pua, Teresa Kok, Hannah Yeoh dan Dr Cheah Wing Yin.

– Sumber:Buletin NECF


Sejak beberapa tahun kebelakangan, perkembangan politik agama di kalangan pemilih Cina serta mereka yang beragama Kristian semakin menjadi-jadi.
Pola terkini ini pasti memberi kesan baru kepada hubungan kaum di Malaysia.

                                                
Misalannya pada bulan Disember lepas, Reverend Eu Hong Seng (iaitu pengerusi NECF, pertubuhan gereja Kristian yang mengatur pertemuan Guan Eng dengan Kristian pada Februari 2008 menjelang PRU12) telah menimbulkan kontroversi apabila beliau membayangkan bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah bersifat “membuli” kerana melebihkan hak-hak satu kaum tertentu sahaja.

Sementara itu, Bishop Ng Moon Hing, iaitu pengerusi Christian Federation of Malaysia, mengkritik kandungan seminar yang diadakan untuk para guru Johor dengan bertujuan membincangkan cara-cara menangani “ancaman Kristianisasi”.

Seminar tersebut juga turut dikecam oleh seorang lagi biskop, yakni Bishop Paul Tan yang penampilannya seakan-akan seorang politikus pembangkang yang lantang.

Arus politik semasa kian hari kian menjurus kepada sistem dua bangsa. Keadaan menjadi semakin rumit apabila garis pemisah bukan sahaja di antara etnik yang berbeza tetapi juga di antara agama.
Sebelum ini, tidak banyak berlaku persengketaan yang bercirikan agama kerana MCA yang mewakili kaum Cina tidak bermain politik agama. Selama ini juga umat Islam jarang bermusuhan dengan masyarakat beragama Buddha/Taoisme atau pengikut ajaran Confucius.

                                                   
Peningkatan kuasa DAP adalah hasil daripada mengeksploitasi rasa tidak puas hati penganut Kristian. Kaedah politik ini terserlah tatkala pilihanraya negeri di Sarawak pada April 2011.
Tidak dinafikan sesiapa tentang perangai evangelis yang agresif dalam kegiatan mendakwah.
Perangai politikus DAP pun sangat agresif juga dan ditambah pula puak evangelis mereka gemar bermuka-muka di masjid dan di kalangan khalayak Melayu yang mahu dipikat demi meraih sokongan.

        Sikap agresif bercampur-aduk sifat pandai berpura-pura amat berkesan bagi membantu DAP menenggelamkan MCA kelak. Di samping itu, kemunculan isu-isu panas Kristian sebagai modal politik DAP akan menimbulkan persaingan sengit dengan ‘political Islam’ yang sedia ada.


 UNDI PR: DAP BAKAL JADI PM!

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya