Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 29 October 2012

Singapura adalah agen Israel di Asia Tenggara.!


                                           

 1) Persamaan Singapura dengan Israel kerana Israel dan Singapura terletak masing-masing dikelilingi oleh jiran tertangga yang beragama Islam walaupun rakyat Israel berbangsa Yahudi dan beragama Yahudi dan kebanyakan rakyat Singapura beragama Kristen Protestan dan ramai etenik Cina.

2) Tokoh Parti buruh Singapura iaitu David Saul Marshall. Marshall seorang Perdana Menteri Singapura yang pertama dan berbangsa Yahudi Ortodoks Iraq.Menteri Pertahanan Singapura, Goh Keng Swee,1965 menyatakan :

“Yang boleh mambantu Singapura hanyalah Israel. Sebuah negara kecil yang dikepung oleh Negara-negara muslim tetapi mampu menjadi kuasa tentera yang kuat. Hanya Israel yang mampu membangun ketenteraan yang dinamis di sini” .

3) Ucapan Lee Kuan Yew; From Third Wordl of First Singapore,1963-2000: Building an army from scratch. Pada tahun 1962 atas restu Lee Kuan Yew , Goh, telah terbang ke Bangkok berjumpa Duta Besar Israel bernama Mordechai Kidron. Beliau adalah perancang kepada system pertahanan dan interligent yang hebat. Sejak saat itu mereka kerap berjumpa dicatatkan dari tahun 1962 hingga 1963 untuk berbincang pembukaan kedutaan Israel di Singapura.

4)  Lee Kuan Yew pernah berkata dengan memetik tokoh pujuan iaitu Niccolo Machiavelli iaitu:

“Between being loved and being feared, I have always believed Machiavelli was right. Ifnobody is afraid of me, I’m meaningless”

“Di antara dicintai dan ditakuti, saya selalu percaya bahawa Machiavelli benar. Jika tidak ada orang yang takut padaku, aku tidak bererti apa-apa.”

5) Setelah Stamford Raffles membuka sebuah pos perdagangan di Singapura, sejumlah perdagang Yahudi dari Iraq telah pergi ke Singapura. Populasi yang sedikit seramai 40 orang telah mendirikan sebuah sinagog di kawasan berdekatan dermaga. Yahudi di sini dari Yahudi Sephardim yang berpindah dari Baghdad. Selepas itu Yahudi dari Ashkenazim yang berasal dari dataran Eropah juga ke Singapura.

6) Pada tahun 1879 jumlah orang Yahudi dicatatkan adalah 172 orang. Dalam tahun 1905 orang yahudi di Singapura dicatakan sekitar 500 orang. Enam tahun kemudian jumlah ini meningkat kepada 600 orang. Pada tahun 1931 bertambah lagi sehingga 832 orang. Pada tahun 1939 jumlah Yahudi berjumlah dua kali ganda iaitu 1500 orang. Di catatkan dalam tahun 2004, jumlah orang Yahudi di Singapura adalah sekitar 300 orang.

7) Pada tahun 1939, orang Yahudi telah ditangkap dan di tawan oleh Jepun. Ini menyebabkan ramai lari menyelamatkan diri ke Australia, Amerika Syarikat dan Israel.

8) Pada tahun 1968, Singapura secara rasmi menjalin hubungan dagangan dengan Israel. Pada Mei 1969 hubungan diplomatic antara dua Negara tersebut di rasmikan.


9) Menurut Economic Intelligence Unit Review, 1998, yang dirujuk oleh penulis menyatakan pada awal 1997 negara Asia mengalami kegawatan ekonomi, kerana George Soros memborong matawang US dollar di pasaran asia. Banyak Negara di asia Tenggara mengalami kegawatan yang teruk kecuali Singapura. Singapura mencatatkan pertumbuhan 8.5%

2 comments:

MMI said...

Salam perjuangan .. Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

Darah Satria said...

orait..

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya