Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 8 October 2012

Singapura ke-2 di Pulau Pinang melalui DAP (PAP)




                                           

 SATU kenyataan yang perlu diterima bahawa harapan Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali Pulau Pinang dari DAP dalam PRU 13 ini memang sukar.

Pulau Pinang yang majoriti terdiri dari kaum Cina kemungkinan besar ingin melihat Guan Eng dan DAP terus menguasai pulau mutiara itu untuk sepenggal lagi.

Seperti kata Tun Dr. Mahathir Mohamed, para pengundi Cina akan menjadi faktor penentu dalam PRU 13 nanti. Kalau diperingkat pusat para pengundi Cina memberi sokongan pada BN, namun mereka sebaliknya tetap akan mengekalkan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.

Ini ditambah lagi dengan keadaan parti Gerakan yang kelihatan tidak bermaya dan bertenaga untuk menawan kembali pulau itu setelah DAP berjaya menarik sokongan kaum Cina. MCA pula setakat ini belum lagi berjaya membuktikan mereka mampu menjadi parti alternatif pada DAP di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng sebenarnya mempunyai agenda dan rancangan jangka panjang di pulau itu. Ini terbukti bila beliau membuat kenyataan baru-baru ini bahawa ia tidak berminat untuk berada di Putrajaya sebaliknya mahu terus kekal di Pulau Pinang.


Guan Eng ingin terus mencengkam dan menguasai Pulau Pinang untuk jangka masa panjang. Beliau mahu menurut jejak langkah Lee Kuan Yew di Singapura. Kalau Lee berjaya melakukannya, mengapa dia tidak ! Kini pun Guan Eng telah mengambil model Mentor PAP itu dalam membangunkan Pulau Pinang.

                                                
Sudah ada laporan mengesahkan betapa ramainya kaum melayu terpaksa berhijrah keluar dari pulau itu akibat tekanan dan desakan ekonomi serta suasana kehidupan. Banyak projek pembangunan dan perumahan yang dirancang pihak kerajaan negeri terlalu berkos tinggi menyebabkan mereka terpaksa berundur.

                                                
Ada pula pihak pemodal yang menawarkan harga tinggi untuk mengambil alih rumah atau bangunan yang dimiliki kaum melayu agar mereka menjual hakmilik mereka serta berpindah. Gerai-gerai kecil bagi para peniaga kecil-kecilan diarah berpindah dan dirobohkan. Proses ini terus berjalan dengan teratur dan sistematik.

                                                  Photo: Lee Kuan Yew mahu jadi PM Malaysia-Tun Dr Mahathir 

                                        

  Lee Kuan Yew telah menaruh harapan untuk menjadi perdana menteri sebuah negara yang besar seperti Malaysia, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad 

“Singapura awal 1960-an terlalu kecil bagi dirinya dan impiannya. Malaysia adalah negara sebenar, bukan sebuah negara bandar raya dan menjadi perdana menteri Malaysia akan memenuhi impian beliau khususnya untuk memiliki kuasa dan lebih daripada (hanya sebagai) peranan bandar raya,” tulis Dr Mahathir dalam biografinya.

Negarawan berusia 84 tahun ini berkata apabila Bapa Kemerdekaan Alhmarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, buat pertama kali bercakap mengenai pembentukan Malaysia merangkumi Semenanjung, Singapura dan Borneo, “Lee dengan tidak sabar-sabar mengalu-alukannya”.

Malaysia dibentuk pada 1963 tetapi Singapura keluar dua tahun kemudian.

Lee menjadi perdana menteri Singapura kemudian.

“Malah beliau berharap untuk menjadi perdana menteri, sesuatu yang beliau tahu bahawa tidak mustahil kerana masyarakat Cina menjadi kaum terbesar di Persekutuan,” kata Dr Mahathir.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957, orang Melayu hanya lebih sedikit daripada separuh penduduk di Semenanjung manakala Cina pula 30 peratus, kaum India 10 peratus dan bakinya kaum-kaum lain.

Dr Mahathir menyalahkan penjajah Britih yang membenarkan penghijrahan kaum Cina dengan mudah ke pulau pelabuhan yang strategik itu bagi melindungi kepentingan perdagangan mereka di Timur Jauh.

Tulis Dr Mahathir, British telah mengubah Singapura menjadi sebuah penempatan Cina dan dalam lain perkataan, sebuah negara Cina selepas merdeka, di mana masyarakat Melayu sebenarnya adalah kelas kedua.

Bekas presiden Umno itu juga berkata Lee tidak kisah untuk membetulkan jurang perbezaan antara orang Melayu dan bukan Melayu, sebaliknya menyandarkan pada undi orang Cina di Singapura dan Semenanjung untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Beliau mengecam apa yang dipanggilnya rasisme Melayu tetapi dalam mengharapkan orang Cina akan menyokong beliau sebagai seorang (pemimpin) Cina yang akan mempertahankan kepentingan masyarakat Cina, beliau dengan sendiri mendedahka dirinya seorang rasis,” kata Dr Mahathir.

 Lee Kuan Yew bekas PM Singapura melalui pimpinan  PAP

       


                                     

 Lim Guan Eng yang kini menjadi Menteri Pulau Pinang melalui pimpinan DAP.!
                                       

Sekiranya DAP terus kekal memerintah Pulau Pinang selepas PRU 13 ini, maka bukan mustahil akan ada "Singapura ke 2" disebelah utara pada masa hadapan. Apa lagi hubungan DAP dan PAP terus terjalin dalam berbagai bentuk. Lee Kuan Yew pernah melawat Pulau Pinang dan bertemu dengan Guan Eng dalam rangka hubungan dan kerjasama kedua pihak.

                                            

Impian Lim Guan Eng di Pulau Pinang bertambah cerah dan kukuh dengan sokongan kuat dari dua tokoh melayu yang berpengaruh. Mereka ialah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sokongan dari kedua mereka sudah cukup memberi laluan selesa pada Guan Eng mencapai impiannya di pulau mutiara itu.

Pulau Pinang merupakan  tempat yang paling kritikal yang akan terjadi semasa PRU 13 nanti.

Orang melayu harus sedar dan bangkit dari tidur.!
 

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya