Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Saturday, 24 November 2012

Anwar hanya tahu memperlekehkan Negara.itulah namanya Pembangkang yang tak ada Prinsip.





KUALA LUMPUR 22 Nov. - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia bebas daripada penipuan dan rasuah dianggap sebagai memperlekeh serta memalukan negara dan rakyat.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata, tindakan kurang bijak itu seolah-olah menjual maruah negara apabila meminta negara asing menguruskan demokrasi di Malaysia.

"Dengan kata lain, beliau memperlekeh kemampuan SPR dan menidakkan suara rakyat yang mengundi memilih kepimpinan negara.
"Rakyat Malaysia yakin dengan proses pilihan raya Malaysia yang bakal memasuki edisi ke-13. Keyakinan tersebut diterjemah dengan peratusan pengundi keluar mengundi hampir 80 peratus bagi Parlimen dan lebih tinggi untuk Dewan Undangan Negeri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Anwar menulis kepada Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr untuk meminta negara itu membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.
Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.
Beliau turut mempertikai kebebasan SPR dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.
Wan Ahmad memuji pendirian matang kerajaan Australia yang tidak mahu terlibat dengan urusan demokrasi negara lain.

"Tiada negara di dunia ini yang akan masuk campur urusan pemilihan kerajaan sesebuah negara kerana perkara tersebut merupakan hak mutlak rakyat," katanya.
Wan Ahmad berkata, tindakan itu juga dilihat sebagai langkah terdesak pembangkang dalam meraih simpati dan alasan sekiranya pembangkang kalah dalam pilihan raya akan datang.
"SPR bersikap terbuka dan sentiasa berusaha membuat pelbagai penambahbaikan termasuk memperkenalkan dakwat kekal, reformasi undi pos dan sebagainya. Kami juga sering berjumpa dengan pihak pembangkang dan kerajaan bagi memberikan penjelasan sekiranya terdapat isu-isu tertentu," katanya.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya