Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 9 November 2012

Cina Kristian dalang penyebaran Kristian di Malaysia.!



Gereja Methodist Malaysia melantik Rev Dr Ong Hwai Teik sebagai Biskop mereka dengan tempoh perkhidmatannya dijadualkan akan bermula 1 Jan 2013, mengikut laporan hari ini oleh The Star.
Rev. Ong juga menyandang jawatan presiden Trinity Annual Conference (TRAC) yang dikelolakan oleh Gereja Methodist Malaysia dari 2001 ke 2012.
Beliau mendapat diploma dalam pengajian agama di Malaysia Bible Seminary dan menerima ijazah sarjana mudanya dalam lapangan Theology (ilmu ketuhanan) daripada London School of Theology dan ijazah sarjananya (M.A. in Missiology) daripada Fuller Theological Seminary di Amerika Syarikat.
Ijazah kedoktorannya dianugerahkan oleh Asbury Theological Seminary yang terletak di kawasan Bible Belt Amerika. Misi Asbury ialah untuk menyebar dan mengembangkan agama Kristian di seluruh dunia.
Istilah “missiology” bermaksud mendakwah, yakni kajian bentuk dan matlamat usaha-usaha dakwah.
Fuller Theological Seminary – dari mana Rev. Ong memperolehi ijazah sarjananya dalam bidang dakwah – adalah sebuah badan evangelis.
Rev. Ong pernah menjadi setiausaha kehormat jawatankuasa kebangsaan Mendakwah Seluruh Negara (Discipling a Whole Nation) selama tiga tahun (1992-95) bersama National Evangelical Christian Fellowship (NECF).
Projek ‘Discipling a Whole Nation’ yang singkatannya dirujuk DAWN juga dikenali sebagai ‘Jesus Army‘.
Rangkaian gereja evangelis NECF giat melaksanakan Malaysian National Prayer Network (MNPN) – baca ‘Gereja tampil ke depan lagi‘ dan ‘Pesanan Persekutuan Kristian M’sia kepada gereja-gereja berhubung PRU‘.
Rencana majalah Berita National Evangelical Christian Fellowship (NECF)
Rev. Ong beristerikan Puan Cheang Mun Kean dan mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Hannah.
  1. Pada mukasurat pertama ada tertera doa kalimah ‘Allah’
  2. Gambar Rev. Ong dipaparkan di m/s kedua berkaitan “pemberkatan pejabat” MNPN yang disempurnakan beliau
  3. M/s ketiga mengandungi ayat doa bagi isu penggunaan ‘Allah’
  4. M/s keempat mengumumkan pertemuan doa yang diadakan di Sibu, Sarawak beberapa bulan selepas calon evangelis DAP menang pilihanraya kecil Parlimen pada bulan Mei 2010
(Klik pada pdf, atas, untuk membaca dengan lebih jelas)

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya