Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 15 November 2012

Dokumen Penjualan tanah Taman Manggis didedahkan.!




 Baru-baru ini, BN negeri mendedahkan tanah seluas 0.45 hektar yang sepatutnya dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) fasa kedua itu dijual kepada syarikat swasta untuk pembinaan bangunan setinggi 30 tingkat.

Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum ini berkata kononnya tanah itu terpaksa dijual kerana keluasannya tidak mencukupi untuk membangunkan projek perumahan.

Kerajaan negeri juga mengatakan bahawa penjualan tanah itu dibuat kerana kerajaan BN terdahulu tidak pernah meluluskan tanah tersebut untuk membina rumah rakyat.

Bagaimanapun, kerajaan BN terdahulu telah berbincang dan meluluskan tambahan satu blok di tanah berkenaan dalam mesyuarat Exco pada 29 April dan 26 Jun 2003.

penjualan tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin oleh Kerajaan Negeri untuk disyaki di bangunkan hospital swasta melibatkan kepentingan peribadi Ketua Menteri, Lim Guan Eng.


 



Ketua Menteri memberikan 'hak istimewa' kepada pemaju, Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. dengan mengekalkan status pemilik adalah kerajaan DAP negeri bagi membantu pemaju mengelak membayar cukai dan tafsiran tanah.

 kerajaan DAP juga menawarkan harga yang banyak kurang daripada harga pasaran pada tahun 2009 iaitu RM11,552,208 dengan mengatakan harga pasaran pada masa itu ialah RM232 setiap kaki per segi sedangkan harga pasaran sebenarnya adalah sekurang-kurangnya RM450 setiap kaki per segi sejak 2006,

 carta yang mendakwa Victoria International Medical Centre Sdn Bhd dan Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd adalah seorang individu berpangkat Datuk yang pernah dianugerahkan Pingat Jasa Pendamai (JP) berasal dari Sabah.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya