Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 9 November 2012

Kenapa Singapura dijadikan aset oleh Israel?


                                       
 Singapura adalah sebuah negara yang kecil keluasannya dikelilingi oleh negara yang lebih besar seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia membuatkan negara pulau tersebut sentiasa berwaspada dengan tingkah laku jiran mereka.

Barangkali juga Singapura berasa janggal dilingkungi oleh negara rumpun Melayu membuatkan mereka perlu sentiasa berada di hadapan dalam apa jua bidang. Jika timbul masalah antara Singapura dan jiran lain, perkara ini tidak menghairankan kerana ia dianggap sebagai satu kelaziman dan bukannya sesuatu yang pelik.Satu perkara yang menakjubkan ialah masalah yang berkisar di sekeliling Singapura jarang sekali mengeruhkan hubungan jangka panjang dengan jiran terdekat terutama sekali dengan Indonesia dan Malaysia.

Begitulah uniknya kedudukan Singapura, walaupun dikelilingi oleh negara rumpun Melayu tetapi masih mampu menjana persahabatan yang penuh bermakna.Walaupun tahap ekonomi Singapura jauh ketara berbeza dengan negara jiran lain, tetapi perkembangan ekonomi rantau Asia Tenggara ini masih mampu menampung perbezaan tersebut.Mungkin perbezaan perbelanjaan pertahanan di antara negara jiran di sesetengah rantau mampu mengeruhkan hubungan, tetapi faktor ini sebenarnya tidak mengganggu hubungan serantau Asia Tenggara.

                                              
Walaupun peruntukan pertahanan Singapura yang kadangkala mencecah sehingga enam peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka, faktor ini langsung tidak menggugat hubungan dua hala Singapura dengan jiran lain .Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mengikut asas perangkaan per kapita, Singapura memperuntukkan bajet pertahanan melebihi daripada apa yang diamalkan oleh Amerika Syarikat (AS), iaitu negara yang memberi peruntukan pertahanan paling besar.Mungkin ada sekali sekala negara jiran yang mempersoalkan keperluan Singapura memiliki aset ketenteraan yang dikatakan agak melampau, tetapi ia sama sekali tidak mengeruhkan hubungan jangka masa panjang.Seperkara lagi ialah hubungan akrab negara tersebut dengan beberapa negara di Asia Barat.

Bukan menjadi satu rahsia lagi hubungan akrab Singapura dan Israel adalah antara faktor terpenting yang telah membentuk Kota Singa tersebut hari ini. Keakraban bukan hanya terbatas dalam bidang pertahanan, tetapi menjangkau sehingga bidang lain seperti ekonomi, sosial dan politik.Singapura banyak belajar daripada pengalaman Israel kerana jika Singapura dikelilingi oleh negara rumpun Melayu, Israel pula dibayangi oleh negara Arab.Keakraban yang sudah terjalin buat sekian lama, diperkukuhkan lagi dengan lawatan Menteri Negara (Ehwal Luar) Singapura iaitu Zainul Abidin Rasheed ke Israel beberapa hari lepas.

Agenda pertemuan di antara Menteri Luar Israel Tzipi Livni dan Zainul di Baitulmaqdis dikatakan amat menarik jika diteliti dengan lebih halus. Antara perkara penting yang dibincangkan ialah mengenai penyelesaian kemelut Palestin atau lebih khusus lagi inisiatif perdamaian yang dianjurkan oleh AS.Singapura mempunyai pendirian yang sama dengan Malaysia dan kebanyakan masyarakat antarabangsa untuk menyaksikan Israel dan Palestin sebagai negara yang merdeka hidup dalam suasana aman dan damai.Keunikan Singapura dalam konteks Asia Barat tidak terhenti dengan keakraban dengan Israel semata-mata, tetapi negara yang berkeluasan 643 kilometer persegi ini mempunyai hubungan yang begitu baik dengan negara Arab lain.

Memang benar, keakraban Singapura dengan negara Arab adalah kerana faktor ekonomi, tetapi ia sedikit sebanyak telah melampaui sehingga batasan geopolitik.Terbentuknya Dialog Asia-Timur Tengah (AMED) pada tahun 2005 yang dipelopori oleh Singapura adalah dalil yang jelas mempamerkan hubungan Singapura dengan negara Arab bukan hanya tertumpu kepada soal ekonomi semata-mata.Hubungan dengan negara Arab telah mula dijalinkan oleh Perdana Menteri Singapura ketika itu Goh Chok Tong dan diteruskan sehingga ke hari ini. Malah Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Mentor Lee Kuan Yew meneruskan dasar berbaik dengan negara Arab.Istimewanya kedudukan Singapura di Asia Barat terbukti apabila sebaik sahaja selesai melakukan lawatan ke Tel Aviv, Menteri Negara Singapura tersebut terus mengunjungi Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad di Ramallah, Tebing Barat.

                                       
Memang benar rundingan ulang-alik di antara Ramallah dan Tel Aviv sering dilakukan oleh Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice ataupun utusan khas Kuartet Timur Tengah Tony Blair, tetapi status kunjungan Zainul berbanding Rice dan Blair membawa makna yang jauh berbeza.Singapura sebenarnya mempunyai kedudukan yang begitu baik untuk menggunakan pengaruhnya dalam penyelesaian kemelut Palestin-Israel. Jika kelebihan ini digunakan dengan baik dan jujur oleh pemimpin Singapura, maka masalah isu ini mungkin dapat dikendurkan sedikit sebanyak.

Washington umpamanya yang disifatkan sebagai mempunyai pengaruh bukan sahaja terhadap Israel tetapi negara Arab yang lain, masih gagal mencari penyelesaian kerana AS dikatakan mengambil sikap yang begitu berat sebelah.Persidangan damai Asia Barat yang dijangkakan diadakan pada hujung tahun ini di Annapolis, Maryland besar kemungkinan bakal menemui kegagalan kerana ada di kalangan negara Arab yang meragui kejujuran Washington.Singapura berjaya hidup dalam dunia rumpun Melayu kerana sejak dari dahulu pemimpin mereka agak pragmatik dalam menjalin hubungan dua hala di kalangan negara jiran.Sebab itu rantau Asia Tenggara jarang sekali melalui pergolakan walaupun terdapat perbezaan ketara dalam kebanyakan bidang sesama negara.



Israel pula yang dikelilingi oleh negara Arab sentiasa berhadapan dengan konflik kerana sikap Tel Aviv yang tidak mahu mengalah.Jika Singapura menerima banyak tunjuk ajar dan teladan dari Israel bagaimana untuk maju ke hadapan jika dikelilingi oleh jiran yang tidak boleh dipercayai, maka sudah tiba masanya pemimpin Singapura menggunakan pengalaman lebih dari empat dekad sebagai sebuah negara merdeka untuk memberi nasihat kepada Tel Aviv dan Washington bahawa pengamalan strategi berat sebelah tidak akan membawa penyelesaian.

Jika diandaikan pemimpin Singapura mengamalkan strategi seratus peratus bagaimana Israel berhadapan dengan negara Arab, maka sudah pasti rantau Asia Tenggara akan menjadi tidak ubah seperti rantau Asia Barat.Sebab itu pengalaman Singapura adalah begitu penting dan relevan untuk mengendurkan kemelut Asia Barat.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya