PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.

PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Sunday, 25 November 2012

Kerajaan PAS Kedah enggan berbalah dengan pimpinan DAP Pulau Pinang


                                           

Kerajaan Pas Kedah tidak akan mengalah dengan negeri sekutunya untuk menjual bekalan air mentah meskipun Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan bertegas tidak mahu membuat bayaran pembelian yang dianggarkan berjumlah RM20 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Bioteknologi negeri, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, perbincangan berhubung perkara itu telah diadakan di peringkat pegawai antara kedua-dua buah negeri.

Katanya, dalam pertemuan dengan Guan Eng baru-baru ini, Ketua Menteri itu meminta perkara berkenaan dibawa kepada perbincangan antara 'kerajaan negeri dengan kerajaan negeri' memandangkan telah dibincangkan di peringkat pegawai.

"Insya-Allah bulan depan kerajaan negeri Kedah dengan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi akan mengadakan perbincangan.

"Kita tahulah style Ketua Menteri Pulau Pinang ini. Lempar pi (pergi) kat dia dulu, dia kata dak (tidak). Tidak apalah, kita akan pergi bincang atas semangat bahawa air yang mengalir ke situ sebenarnya datang dari Kedah.

"Kita harap atas dasar kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua negeri, kita yakin dapat usahakan dengan baik," katanya dalam sesi penggulungan sempena Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-12 di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) bangun mencelah menyatakan Guan Eng seperti dilaporkan akhbar berbahasa Cina bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mahu membayar RM20 juta bagi pembelian bekalan air mentah yang mahu dijual kerajaan negeri.

Mahdzir yang juga ketua pembangkang negeri turut menunjukkan keratan akhbar berkenaan yang dibawa masuk Dr. Cheah Soon Hai (BN-Derga).

Selasa lalu, ketika membentangkan Belanjawan 2013 Kedah, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memaklumkan kutipan hasil negeri pada tahun depan akan meningkat yang mana turut disumbang oleh bayaran jualan air mentah kepada kerajaan Pulau Pinang.


No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya