Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 18 November 2012

Laporan Audit kerajaan DAP Pulau Pinang mengelirukan




                                        

Diminta Ketua Audit Negara untuk menyemak semula beberapa kemasukan dalam akaun hasil bagi kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menimbulkan kekeliruan.

Kajian oleh BNBBC terhadap Laporan Audit Mengenai Pengurusan Kewangan di Peringkat Negeri-Negeri mendapati ada keadaan yang mana wang daripada akaun amanah negeri (hasil bukan cukai) dimasukkan ke dalam akaun hasil.

Di katakan wujud juga keadaan yang mana wang yang disalurkan daripada Kerajaan Pusat tidak dibelanjakan oleh kerajaan negeri.

Dari segi kedudukan kewangan yang disatukan, negeri yang terbaik adalah Sarawak dengan RM18.4 bilion, diikuti Sabah dengan RM2.6 bilion dan kemudian baru Selangor RM1.9 bilion serta Pulau Pinang RM1.1 bilion,

Setiap kerajaan negeri mempunyai tiga jenis hasil iaitu hasil cukai, akaun amanah negeri serta penerimaan hasil dari Kerajaan Pusat.


"Akaun amanah hanya boleh digunakan untuk tujuan khusus tetapi sebelum audit dibuat, beberapa kerajaan negeri ini telah memindahkan wang dari akaun amanah ke dalam akaun hasil dan menganggapnya sebagai hasil pendapatan kerajaan negeri.

"Mereka buat silap mata, ambil dari poket kanan dan dimasukkan semula ke dalam poket kiri.

"Ini juga apa yang dikatakan sebagai 'Creative Accounting' dan kita minta Ketua Audit Negara untuk menyiasat semula beberapa entri (hasil) yang perlu dilihat di Selangor dan Pulau Pinang,

Contoh kegagalan kerajaan negeri Selangor menggunakan sepenuhnya peruntukan yang disalurkan Kerajaan Pusat menerusi Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris).

"Laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan kerajaan negeri Selangor hanya membelanjakan sebanyak 58 % peruntukan dan masih ada baki RM319 juta yang masih belum digunakan untuk membaiki dan menyelenggara jalan-jalan di negeri Selangor.

Tetapi  dimaklumkan wang sebanyak RM5.15 juta daripada peruntukan Marris ini dikeluarkan kerajaan negeri Selangor dengan diberikan kepada syarikat Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB) untuk membiayai pinjaman membina Universiti Selangor (Unisel), dan ini adalah salah guna duit penyelenggaraan jalan.

 Kerajaan dibawah pimpinan Pakatan Rakyat  pandai menyembunyikan ketirisan  dalam pentadbiran diibaratkan membaling batu sembunyi tangan.! 

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya