Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 21 November 2012

Lim Guan Eng mengelak berbincang mengenai tuntunan Umat Islam di Pulau Pinang




 Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) memberi alasan tiada masa untuk berbincang mengenai tuntutan beberapa NGO yang ingin berjumpa dengannya.





Surat yang berbunyi " Dengan segala hormatnya saya diarahkan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, memandangkan jadual YAB Ketua Menteri yang amat padat, dukacita dimaklumkan permohonan untuk berjumpa dengan YAB Lim Guan Eng tidak dapat dipertimbangkan."

Ketika didalam ceramah bersama-sama didalam pentas PAS,Lim Guan Eng dengan bongkak dan sombongnya bercakap  akan  sedia berjumpa dengan mana-mana pihak.

Tetapi bila melibtkan hak-hak dan tuntutan umat Islam Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiada masa pulak.


Diantara 20 tuntutan JMPP:

1.Undang-undang Jenayah Syariah yang mengandungi hudud,qisas,diyat dan ta'zir yang termasuk di dalamnya pencegahan murtad hendaklah digubal dan di laksanakan dengan segera.

2.Mewujudkan Pusat Pemulihan Aqidah di negeri-negeri.

3.Menubuhkan unit khas menyelamatkan aqidah di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

4.Mewujudkan Polis Syar'ie untuk mengawal Islam sebagai Agama Negara.

5.Menyelamatkan orang-orang Islam gelandangan dari terus menjadi sasaran pemurtadan dengan menyediakan makan minum dan tempat tinggal untuk mereka.

6.Membatalkan Majlis Antara Agama yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri sendiri.

7.Menarik balik larangan membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid.

8.Mewujudkan rancangan Membaca Kitab Aqidah yang memfokuskan kepada bahaya murtad dalam televisyen untuk membendung gejala murtad dari berleluasa.

9.Menghalang dan jangan membenarkan sama sekali 14 tuntutan IFC (Inter Faith Commission) diterapkan dalam mana-mana undang-undang atau polisi kerajaan negeri atau persekutuan.

10.Menghalang gerakan mana-mana kumpulan ke arah liberal Islam dan pluralisme agama demi menjaga kesucian agama Islam.

11.Menghalang semua usaha menghalalkan homoseksual dan LGBT yang bercanggah sama sekali dengan Islam , undang-undang dan Perlembagaan Negara.

12.Membendung judi dan mengurangkan pengeluaran arak ke arah membasmikan judi dan arak dalam negara.

13.Menuntut agar orang-orang politik yang tidak Islam agar tidak mengusahakan ke arah merobek kontrak sosial yang sekian lama termeterai demi menjaga keharmonian antara kaum dan agama.

14.Menuntut agar wang zakat tidak di simpan sebaliknya diberikan kepada asnaf yang berhak menerima seperti yang ditetapkan dalam Al-Quran serta menghalang sebarang usaha orang-orang politik bukan Islam yang memperalatkan wang zakat untuk kepentingan politik mereka.

15.Mendesak dan menuntut kerajaan negeri menghormati dan mengutamakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi termasuk dalam penggunaan papan-papan tanda , nama-nama jalan dan papan-papan tanda kedai.

16.Mendesak dan menuntut kerajaan negeri Pulau Pinang agar meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 berhubung dengan kuasa perlantikan Mufti dan YDP Majlis Agama Islam dan 5 lagi yang berkaitan dengan agama Islam yang memerlukan nasihat dari exco kerajaan negeri supaya diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong.

17.Menuntut supaya kerajaan negeri melalui majlis agama mengkaji semula arahan pemilihan Jawatankuasa Masjid agar pelaksanaannya tidak memecah belahkan umat Islam dalam rumah-rumah ALLAH.

18.Membendung dan mencegah hiburan melampau (hedonism) untuk mengurangkan kadar keruntuhan akhlak terutamanya di kalangan remaja Islam di negeri ini.

19.Menuntut kerajaan negeri menarik permit yang diberi majlis perbandaran sekiranya premis berkenaan dikenal pasti gagal menghormati kesucian agama Islam serta tidak mematuhi undang-undang negeri dan negara.

20.Menuntut agar umat Islam dapat bersatu padu dengan mengenepikan fahaman serta ideologi politik masing-masing dan mendesak PAS dan UMNO yang mewakili majoriti umat Islam dalam negara agar dapat berunding , mencari titik persamaan , melupakan segala perselisihan dan perbalahan demi mengembalikan perpaduan umat dengan menjadikan Al-Quran dan Al-Hadith sebagai panduan perundingan. 




Wakilnya NGO terbabit  Muhammad Hafiz meluahkan rasa kesal dengan sikap Lim Guan Eng yang memberi alasan tiada masa sedangkan sebelum ini beberapa wakil NGO  bukan melayu & bukan Islam mengadakan perjumpaan dengan ketua Menteri Pulau Pinang itu boleh pulak


Sebelum ini, masalah  yang sama juga timbul.

Baca semula pendedahan dibawah:


NIBONG TEBAL 7 April - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dianggap tidak berminat untuk membela nasib orang Melayu berikutan keengganannya untuk berjumpa beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi berbincang mengenainya sejak mentadbir Pulau Pinang pada 2008.

Bekas Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, bukan sahaja tidak mahu berjumpa, beliau yang mewakili 21 NGO Islam untuk menyerahkan memorandum pernah dihalau dari pejabat Ketua Menteri oleh Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.


Beliau berkata, sehingga hari ini tiada seorang pun wakil Kerajaan DAP Pulau Pinang menghubunginya mengenai perkara itu.


"Saya berusaha membuat temujanji nak jumpa ketua menteri (Guan Eng) sejak minggu pertama pembangkang memerintah. Kita ada banyak soalan seperti apa nak dibuat oleh kerajaan negeri untuk memajukan orang Melayu di Pulau Pinang.

"Bukan sahaja dia (Guan Eng) tidak mahu jumpa, sampai hari ini tiada siapa pun tanya mengenainya. Semakin teruk pula berlaku ke atas orang Melayu Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di depan kira-kira 5,000 orang yang hadir pada program Ceramah Perdana anjuran Gerakan Belia 4B Cawangan Nibong Tebal di Sungai Acheh di sini malam tadi.

Hadir sama bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Mohamed Hafiz memberitahu, antara hak orang Melayu yang dipermainkan oleh Guan Eng ialah penjualan tapak masjid di Bayan Mutiara.

Beliau menambah, Guan Eng sebaliknya menafikan berbuat demikian dan menuduh pihak lain yang mencetuskan isu itu sebagai rasis.

"Saya bukan nak membawa isu perkauman, (dalam hal ini) tetapi orang yang selalu menyebut orang lain rasis, dialah sebenarnya yang rasis. Tidak pernah berlaku pemimpin jual tanah masjid kecuali sejak pakatan rakyat (pembangkang) mentadbir negeri ini," ujarnya.




Lim Guan Eng mengamalkan dasar pilih kasih dan pilih bulu sekaligus meminggirkan hak-hak & tuntutan  umat Islam di Pulau Pinang.

Inilah sikap talam dua muka yang dimainkan kepimpinan DAP Pulau Pinang. Hak Melayu & hak Islam  semakin terabai.


Sedarlah Melayu PAS & PKR,!! anda hanya dipergunakan oleh DAP.!



No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya