Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Saturday, 10 November 2012

Lim Guan Eng putar belit penjualan tanah Taman Manggis



                                                         

Sikap kurang ajar Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang  memang semakin jelas kurang ajar dan biadap..


  Kerajaan negeri telah melanggar undang-undang negara kerana menjual satu tapak tanah di Taman Manggis kepada dua pihak.

 Tindakan kerajaan negeri yang mengeluarkan resit rasmi kepada Pemuda BN sedangkan tanah itu telah dijual secara rasmi kepada KL International Dental Centre Sdn Bhd.

 Tanah berlot 305, 306, 313 dan 314 di seksyen 16 (Taman Manggis) itu telah dipajak oleh KL International Dental kepada sebuah bank pada 10 November tahun lepas dengan nilai RM11,494,176.

             
Satu resit rasmi dikeluarkan oleh jabatan kewangan negeri menyatakan kerajaan negeri telah menerima RM224,073 iaitu satu peratus dari harga tanah daripada Pemuda BN untuk pembelian lot tanah yang sama. “Ini menunjukkan lot tanah 305, 306, 313 dan 314 yang telah dijual kepada KL International Dental adalah sama dengan resit rasmi yang dikeluarkan kepada Pemuda BN,


Dokumen yang diperolehi menunjukkan Lembaga Perolehan Negeri bersetuju menerima tawaran tender Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd berdasarkan harga tawaran RM11,552,208 atau RM232 sekaki persegi. Dokumen itu jelas menunjukkan Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd bukan ditawarkan tender berdasarkan harga tertinggi seperti yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri terdahulu kerana tidak disebut langsung bahawa tawaran mereka adalah yang tertinggi. Manakala dokumen lain daripada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi, Dr. Low Soo Huat menyatakan mereka ditawarkan sebidang tanah di Jalan Zainal Abidin/Lorong Selamat dengan syarat perlu mendirikan pusat perubatan pakar.

                        

Penjualan tanah Taman Manggis seluas 0.44 hektar yang dijual kepada Barisan Nasional (BN) dilakukan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan seperti yang termaktub pada Peraturan Tanah Pulau Pinang 2005 dalam Kanun Tanah Negara 1965.


Lim Guan Eng menggunakan peraturannya sendiri dalam proses penjualan Tanah Manggis.Permohonan untuk mendapatkan tanah milik Kerajaan Negeri perlu dipohon kepada Pejabat Tanah daerah terbabit dan selepas permohonan itu diluluskan, Pejabat Tanah kemudiannya akan memaklumkan kepada pemohon mengenai syarat-syarat pembelian dalam tempoh tiga bulan.

Guan Eng tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sebaliknya dia menggunakan peraturannya sendiri dengan mengeluarkan sepucuk surat tawaran dan memberikan tempoh 30 hari kepada BN untuk menjelaskan semua bayaran pembelian tanah berkenaan tanpa menyatakan syarat-syarat jual beli.


Dalam kes Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd, mereka dibenarkan menbayar deposit 5% sahaja daripada harga belian. Setelah bayaran 5% dan menandatangani surat setuju terima, mereka dibenarkan mengemukakan permohonan merancang kepada pihak berkuasa tempatan dan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kesihatan.

Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd juga dibenarkan menbayar baki harga tanah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh menandatangani Perjanjian Penswastaan. Kerajaan Negeri perlu menyatakan bilakah tarikh perjanjian ditandatangani? Ini bermakna dari tarikh Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd membayar 5% dan sehingga menandatangani perjanjian, tempoh bayaran adalah melebihi 3 bulan kerana tempoh untuk menandatangani perjanjian tidak dinyatakan dalam surat tawaran. Mengapa Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd memperolehi layanan yang istimewa manakala BN diminta membayar dalam tempoh 30 hari. JIka ini layanannya, semua pihak yang membeli tanah Kerajaan Negeri perlu mendapat layanan sama. Adakah ini satu kronisme dalam Kerajaan Negeri?

       
Kerajaan Negeri telah menerima bayaran penuh daripada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd. Ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Menteri. Bagaimana pula Kerajaan Negeri boleh menerima deposit Barisan Nasional apabila bayaran penuh telah diterima daripada pihak lain? Ini adalah bertentangan dengan undang-undang. Adakah Kerajaan Negeri telah membatalkan keputusan EXCO yang telah terlebih dahulu ini meluluskan penerimaan tawaran tender ini? Jika telah batal, bila ia dibuat? Tarikh-tarikh ini penting kerana ia menunjukkan penyalahgunaan kuasa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang percaya tanah ini dijual dua (2) kali yang jelas melanggar undang-undang.

Sebelum ini pada Oktober yang lalu, kerajaan negeri pimpinan DAP Pulau Pinang menawarkan  penjualan tanah Taman Manggis ini dengan kos 22juta.

      

Tetapi setelah  tindakan berani pimpinan BN  hendak membeli tanah tersebut, Lim Guan Eng dengan biadapnya bertindak  menjual kepada  pihak ke-2.

Jelas Lim Guan Eng  yang juga  memegang Exco Hartanah   di Pulau Pinang menggunakan berbagai-bagai helah  agar memastikan tanah  di taman Manggis ini  tidak dijual kepada pihak lain lebih-lebih lagi  untuk membangunkan rumah kos rendah.

DAP Pulau Pinang  dilihat bersikap rasis  satu persatu, begitu juga dengan penjualan Tanah di Bayan Mutiara.

 Sifat kuku-besi Guan Eng terserlah apabila beliau bertindak menjual projek pembangunan Bayan Mutiara kepada pemaju swasta. Pelan pembangunan asal Bayan Mutiara mengandungi 5 blok kondominium, kawasan komersial, tapak sekolah dan tapak masjid.

Pembangunan Bayan Mutiara seluas 103 ekar direkabentuk oleh PDC dan perancangannya telah diluluskan pada 2008/2009 dengan menggunakan pakar perunding PDC Properties dan PDC Consultancy. PDC juga mempunyai anak syarikat pembinaan iaitu PDC Nusabina yang mampu melaksanakan pembangunan ini.


Dengan secara tiba-tiba, Lim Guan Eng   menjual projek pembangunan ini kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd iaitu syarikat usahasama pemaju Ivory Properties Group Berhad dan Dijaya Corp. Bhd. dengan harga RM1.1billion.  Nilai Pembangunan Kasar projek ini ialah RM10 billion.

                                             
                                             

                                                  

Slogan CAT atau (Cekap, Amanah dan Telus) langsung tidak memberi erti.

Lebih menyedihkan ialah kelulusan asal projek ini adalah termasuk dengan pembinaan masjid. Dengan penjualannya, maka tapak masjid tersebut juga dijual bersama


Rakyat Pulau Pinang dipermainkan oleh mainan Lim Guan Eng yang  bersikap rasis.


 DAP memang BIADAP.!




No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya