Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Saturday, 24 November 2012

Pakatan Rakyat ialah alat penjajah untuk hancurkan negara.!




                 



Bila keluar kenyataan  anak Anwar (Nurul Izzah) mengenai "melayu bebas memilih agama" sudah tidak dapat diselindung lagi, PR dikuasai penjajah untuk memecah belahkan  bangsa melayu, bila dikatakan melayu, sudah semestinya beragama Islam bukan? Jadi bangsa melayu itu memang sudah relevan dengan agama Islam sehinggakan disebut Melayu Islam, tetapi ideologi Pluralisme Pakatan Rakyat yang  mementingkan hak sama rata ini lah punca kepada kehancuran negara.



Dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."


Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Melayu di bawah Perkara 160 (2) ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.


Orang-orang PAS yang berserban & berkopiah langsung tak bangkit menentang, tetapi berdiam diri macam lahanat.!

 Ada laporan yang menyatakan bahawa terdapat tangan-tangan halus di negara ini yang sedang berusaha untuk menghapuskan identiti agama di dalam My Card. Sasaran utamanya ialah umat Melayu-Islam, di mana pihak-pihak tersebut cuba membuang perkataan "Islam" dan "bin" serta "binti" dalam kad pengenalan.

Jika laporan ini benar, bermakna serangan terhadap umat Melayu Islam di negara ini sudah memasuki tahap serius iaitu melibatkan usaha meliberalisasikan kepercayaan penganut Islam. Golongan kafir harbi ini semakin berani bermain dengan api.

Umat Melayu Islam di negara ini perlu membuka mata dan pemikiran mereka seluas-luasnya. Jangan mudah termakan dengan usaha pelbagai pihak ingin membuang kotak pengenalan kaum dan agama di dalam borang-borang cthnya borang permohonan bantuan / borang permohonan jawatan kerajaan.

Serangan terhadap umat Islam di negara ini sudah sampai ke tahap serius. Umat Islam telag diserang di segenap sudut. Sekarang serangan masih dilancarkan secara halus. Mungkin sedikit masa lagi tangan-tangan halus ini akan merangka strategi secara terbuka untuk menghancurkan terus akidah Islam di negara ini.

Jadi bila kenyataan Nurul Izzah nie keluar, lagi sukalah mereka nak menghapuskan identiti  agama islam dalam negara ini.


HANCUR NEGARA JIKA PR MEMERINTAH.!

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya