PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.

PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Saturday, 24 November 2012

PAS diam bila DAP campurtangan urusan pentadbiran Kelantan.



Sekali lagi PAS hanya jadi Pak Angguk @ lebih terkenal dengan panggilan Parti Angguk Saja..


   

Kini, DAP mahu campur tangan kerajaan negeri Kelantan terhadap undang-undang yang melarang wanita daripada memotong rambut lelaki di negeri ini.

 Pengerusinya Karpal Singh berkata beliau terkejut apabila kerajaan memutuskan menguatkuasakan ketetapan undang-undang seperti itu ke atas golongan bukan Islam.

 "Kerajaan negeri telah secara terbuka mengisytiharkan bahawa undang-undang Islam tidak akan diperluaskan kepada bukan Islam. PAS juga telah menyatakan hudud hanya akan dikenakan kepada umat Islam.

 "Ada banyak kebimbangan di kalangan orang ramai mengenai apa yang telah berlaku di Kelantan. Jika hudud dibenarkan untuk diguna pakai kepada umat Islam, terdapat masanya nanti ia diperluaskan kepada bukan Islam," katanya kepada sidang akhbar di Air Itam pada Sabtu.

 Beliau mengulas laporan pengusaha salun rambut di negeri di bawah pemerintahan PAS yang dikenakan denda kerana melanggar undang-undang yang melarang wanita daripada memotong rambut seorang lelaki dan sebaliknya.


 Karpal Singh berkata keputusan itu adalah tidak berperlembagaan dan boleh dicabar di mahkamah. "Malah, ia perlu dicabar di mahkamah.

Mereka yang berkenaan tidak perlu membayar denda. Ia menyalahi undang-undang.

 "Saya berharap kepimpinan PAS akan campur tangan dan melakukan sesuatu mengenainya secepat mungkin," katanya.


Sampai bilalah PAS nak ikut cakap DAP.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya