Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 2 November 2012

Risikan sistem komunikasi Singapura di Malaysia


                                             

 Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui ‘tali barut-tali barut’ asing di Malaysia.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura. Dalam menguruskan sistem keselamata negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara Pejabat Persekutuan dengan Ibu Pejabat Negeri.

Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara. Namun sekarang ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura.

Sistem komunikasi PDRM dimonopoli  oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa). Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM.

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

                                             
Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai ‘programmer’ semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

                                         
Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau ‘programmer’ biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan. Israel. Malah beliau juga bertanggung jawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

                                            


Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia, seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri.

Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel.

Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia. Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto.

Orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.

2 comments:

bhar zul said...

Kalau ini semua betul MOD kenalah ambil tindakan yang proaktip untuk menanganinya. Ubah sistem atau beri tugasan kepada saintis Malaysia untuk buat 'reverse engineering' supaya tali barut asing ini tidak lah berupaya untuk mengenali sistem yang mereka cipta. Soalaan saya: Tidak ada kah tapisan dibuat oleh MOD, PDRM, KDN dan lain lain agensi terhadap penender penender sistem telekominasi yang sensitip ini?

Darah Satria said...

KDN lu tau laa er camnee.. KDN hanyaa bekerjaa dengan memberi "AMARAN" jer.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya