PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.

PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Tuesday, 25 December 2012

ADUN DAP bolot tanah di Perak.



 



 ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar mendedahkan mengenai pemilikan tanah oleh syarikat yang pemegang sahamnya adalah Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan), hari ini wakil rakyat Barisan Nasional membongkar lebih banyak bukti mengenainya.

ADUN Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib dan ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman mendedahkan, berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Upaya Padu Plantation Sdn. Bhd. dimiliki hampir 100 peratus oleh Ngeh.     

Hamidah ketika mencelah perbahasan Khusairi mendedahkan daripada dokumen yang diperolehi, Upaya Padu yang mempunyai tanah 10,526 ekar, dimiliki oleh Efektif Kirana Sdn. Bhd. dan Ngeh Koo Ham. Beliau menambah, Efektif Kirana memegang saham 51% bernilai RM16 juta dan Ngeh Koo Ham 49% bernilai RM15 juta.
 "Siapa pula yang punya Efektif Kirana? Carian SSM menunjukkan Efektif Kirana dimiliki oleh Ngeh Koo Ham 53,678 sher, Lina Faridah 1 sher dan Norhayati 1 sher, bermakna syarikat Upaya Padu ini dimiliki hampir 100% oleh Ngeh Koo Ham,’’ ujar beliau.     
Ketika membuat pendedahan, Hamdi memberitahu, nama kedua-dua pemimpin DAP negeri itu tertulis dalam pendaftaran syarikat Upaya Padu Plantations Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada tanah tersebut yang terletak di Kelantan. Tidak mustahil tanah tersebut merupakan ganjaran PAS Kelantan kepada DAP Perak sebagai perjanjian untuk membenarkan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Pendedahan itu juga dibuat bagi menangkis kenyataan Nga yang secara lantang dan bongkak mengatakan dia tidak pernah mengambil seinci tanah di mana-mana di negara ini.

Khusairi di dalam ucapan perbahasannya mendedahkan terdapat perjanjian jual beli yang melibatkan syarikat Upaya Padu dan Efektif Kirana.

"Persoalannya, bukan salah kaya, tetapi kalau ini dikatakan sebagai rasuah politik, ianya bagi membolehkan Pasir Panjang (Datuk Seri Nizar Jamaludin) menjadi Menteri Besar, ini merupakan rasuah politik.
"Kita tak kira samada Pantai Remis atau Sitiawan mempunyai wang yang banyak, tetapi persoalannya, rasuah politik yang membolehkan PAS menjadi Menteri Besar,’’ tambah beliau.
Nga yang mencelah berkata, mempersoalkan pengetahuan ADUN Slim itu mengenai perjanjian jual beli (S&P).
"Ini pelaburan swasta, of course, if you buy, you become a director, because you invest,’’ ujarnya.
Khusairi ketika bercakap kepada media selepas itu menjelaskan, dia membuat pendedahan itu di dalam Dewan Negeri kerana ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenainya.
 "Jika pembangkang kata Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sebagai Menteri  Besar Mahkamah, dan jika perkara ini benar-benar berlaku (tawaran tanah), kita boleh katakana selama 11 bulan dahulu Perak diterajui oleh Menteri Besar Diperdagangkan,’’ tambahnya. Hamidah pula mencabar Ngeh dan Nga supaya mengaku bahawa Upaya Padu adalah syarikat milik mereka dan berhenti daripada membuat penafian.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya