Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 17 December 2012

Artikel yang anda harus tahu berkaitan DAP



 



 Selepas penyingkiran PAP daripada arena politik Malaysia, kesinambungan gagasan “Malaysian Malaysia” telah diperjuangkan oleh DAP. Sama seperti yang berlaku di Singapura, gagasan “Malaysian Malaysia” juga berakhir dengan penentangan orang Melayu dan berperanan sebagai salah satu daripada pelbagai faktor yang mewujudkan ketegangan hubungan kaum sebelum meletusnya Peristiwa 13 Mei.

Berdasarkan fakta yang telah disebutkan, orang Melayu bertindak balas apabila kaum bukan Melayu, khususnya kaum Cina merayakan kemenangan parti Pembangkang (khususnya Gerakan dan DAP) dalam pilihan raya 1969. 

Kemenangan cemerlang parti DAP menunjukkan dasar multi-bangsa dan gagasan “Malaysian Malaysia” telah diterima oleh kaum bukan Melayu. Penerimaan dasar dan gagasan tersebut telah mencetuskan perasaan bimbang di kalangan orang Melayu dan menjadi pertanda bahawa mereka boleh kehilangan hak pertuanan di negara ini, terutama dalam politik. Rusuhan tersebut merupakan kemuncak dari ledakan perasaan marah di kalangan kaum Melayu dan bukan Melayu yang telah membara sebelum ini akibat dari rasa tidak puas hati terhadap kelemahan kerajaan melaksanakan hak-hak kaum yang
telah dijamin dalam Perlembagaan. Peristiwa tersebut kesan daripada pertikaian dan ungkitan yang berterusan terhadap kedudukan istimewa orang Melayu yang telah dilindungi oleh Perlembagaan.



Rujukan

Cheah Boon Kheng 2000, Malaysia: The Making of a Nation, Institute of Southeast Asian
Studies, Singapore.

Barr, Michael D 2000, Lee Kuan Yew, Georgetown University Press, Washington D.C.

Mahathir Mohamad 2011, A Doctor in the House: The Memoir of Tun Dr. Mahathir Mohamad,
MPH Group Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Mauzy, DK 1999, Barisan Nasional, Marican and Sons (Malaysia) Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Paridah Abd. Samad 2009, Tun Abdul Razak Fenomena Politik Malaysia, trj. Asri Salleh dan
Che Hamdan Che Mohd Razali, Partisan Publication, Kuala Lumpur.

Ramlah Adam 2004, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

Report of Federation of Malaya Constitution Commission 1957.


Simandjuntak, B 1985, Federalisme Tanah Melayu 1945-1963, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
Kuala Lumpur.

Vasil, RK 1980, Ethnic Politics in Malaysia, Radiant Publishers, New Delhi.

Yap, Sonny, Lim, Richard dan Leong Weng Kam 2009, Men In White, Singapore Press
Holding, Singapore.


Lihat Report of Federation of Malaya Constitution Commission 1957, hlm. 72.
Ibid., hlm. 71.
Ibid., hlm. 71-72.

Lihat Warta Negara, 21 Januari 1958; Warta Negara, 7 Januari 1958; Warta Negara, 9 Mac 1958,
Warta Negara, 27 April 1958.


Lihat 2002/0010781, “Democratic Action Party, 1969 General Election Manifesto”, 

Arkib Negara Malaysia. Lihat juga DO 35/9808, Manifesto of the Communist Party of Malaya in
Commemoration of the 10th Anniversary of the National Liberation War, 1958.


PAP ditubuhkan pada tahun 1954 oleh sekumpulan pemimpin yang berpendidikan Inggeris.
Mereka ialah Lee Kuan Yew yang dilantik sebagai Setiausaha Agung PAP yang pertama, Toh
Chin Chye, Pengerusi PAP yang pertama dan S. Rajaratnam. 

PAP menggunakan logo yang mengandungi tiga warna, iaitu biru bermakna perpaduan semua kaum, putih bermakna kesucian dan integriti, manakala warna merah bermakna tindakan. PAP mempunyai ikrar
untuk “mewujudkan sebuah masyarakat yang bersemangat, adil dan saksama, menerusi mencapai kecemerlangan oleh semua, agar setiap warganegara tidak kira bangsa, bahasa atau agama akan menikmati satu kehidupan yang penuh bahagia”.


 (Lihat “Party Milestones” dlm. http://www.pap.org.sg/).

Mahathir Mohamad, 2011, A Doctor in the House: The Memoir of Tun Dr. Mahathir Mohamad,

MPH Group Publishing Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, hlm. 191.


Pada mulanya PAP telah dipengaruhi oleh gerakan kiri Komunis. Komunis cuba menjadikan PAP sebagai alat untuk membawa fahaman Komunisme ke Singapura. Lee Kuan Yew dikatakan telah menggunakan Komunis untuk beliau memenangi pilihan raya 1959, namun hasil kebijaksanaan politiknya, beliau telah berjaya membersihkan PAP dari fahaman Komunis. Ahli Komunis dalam PAP telah ditangkap tanpa perbicaraan oleh British. Lee Kuan Yew telah berjanji bahawa dia tidak akan menjadi Perdana Menteri Singapura, kecuali pemimpin Komunis di dalam PAP dikeluarkan dan ditangkap oleh British (Lihat FCO
24/1196, “Lee Kuan Yew”, Extract From Diplomat’s World, Vo. 1, No. 3, 1971). 

PAP dapat menguasai politik Singapura dalam pilihan raya 1959 dengan memenangi 53 peratus undi
dan Lee Kuan Yew telah dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura yang pertama (Lihat Barr, Michael D 2000, Lee Kuan Yew, Georgetown University Press, Washington D.C., hlm. 21-23).


Pada tahun 1958, PAP tealah menafikan mereka adalah ‘kuda Trojan’ kepada Parti Komunis
Malaya. Menurut PETIR, penubuhan PAP adalah “it is the vehicle for all those who seek to
build a free and democratic Malaya”. 

Perbezaan PAP dengan PKM ialah “we do not believe that revolution by violence can succeed in Malaya; we differ from the anti-Communist in that we consider
the present social and economic order intolerably unjust and that it is the purpose of the democratic
social revolution to sweep away these injustices as rapidly and as vigorously as conditions permit”.

(Lihat PETIR, Vo. 1, No. 19, December 1958.

CO 1030/702, People’s Action Party, 4th Anniversary Celebration Souvenir, 1958.

CO 1030/702, The National Approach to Problems of Education Policy, 1958.

CO 1030/702, Text of a Speech by the Minister For Home Affairs, Mr. Ong Pang Boon, at the Merdeka Celebrations Rally, 31 August 1959.

FCO 24/1196, “Lee Kuan Yew”, Extract From Diplomat’s World, Vo. 1, No. 3, 1971.

CO 1030/702, People’s Action Party, 4th Anniversary Celebration Souvenir, 1958.

CO 1030/702, Text of Speech by the Prime Minister, Mr. Lee Kuan Yew, at the Foreign

Correspondents’’ Association Dinner, at the Cathay Restaurant, 16 September 1959.

CO 1030/702, Text of a Speech by the Minister For Home Affairs, Mr. Ong Pang Boon, at the Merdeka Celebrations Rally, 31 August 1959.

CO 1030/702, People’s Action Party, 4th Anniversary Celebration Souvenir, 1958. Ibid.


Pada tahun 1959, Tunku Abdul Rahman telah mengkritik keras PAS kerana menganjurkan penggabungan Singapura dengan Malaya kerana dikhuatiri pengaruh komunis yang kuat di Singapura akan menghancurkan Tanah Melayu. (Lihat The Straits Times, 10 Mac 1959).

 Bagaimanpun idea awal penggabungan Singapura termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei telah dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1955 lagi. Beliau telah mempelawa negeri-negeri tersebut bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk “Tanah Melayu Raya”. (Lihat Hansard, 25 Disember 1955, Times, 25 Disember 1955).


Simandjuntak, B 1985, Federalisme Tanah Melayu 1945-1963, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, hlm. 139.

Ramlah Adam 2004, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 327.

Mahathir Mohamad, A Doctor in the House, hlm. 170. Ibid., hlm. 168.

Cheah Boon Kheng 2000, Malaysia: The Making of a Nation, Institute of Southeast Asian Studies,
Singapore, hlm. 53.

Straits Time, 6 Mei 1965.

Berita Harian, 6 Mei 1965.

Mauzy, DK 1999, Barisan Nasional, Marican and Sons (Malaysia) Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, hlm. 32.

Parliamentary Debates, Dewan Rakyat Official Report, Second Session of the Second Parliament of
Malaysia, Vol. 11, No. 1, 26 May, 1965, hlm. 143-144.

Ratnam, KJ and Milne, RS 1969, The Malayan Parliamentary Election of 1964, University of
Malaya Press, Kuala Lumpur, hlm. 24.


Menurut Lee Kuan Yew di dalam buku Men In White, (Yap, Sonny; Richard Lim dan Leong Weng Kam 2009, Singapore Press Holding, Singapore.) terdapat perjanjian antara Lee Kuan Yew dengan Tunku Abdul Rahman di padang Golf bahawa PAP tidak akan menyertai pilihan raya Malaysia, manakala UMNO tidak akan menyertai pilihan raya Singapura selepas penubuhan Malaysia. (Lihat Utusan Malaysia, 7 Februari 2011).


Keputusan yang dibuat oleh Lee pada tahun 1963 bahawa PAP tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya Semenanjung Malaysia dianggap sebagai unilateral act of goodwill dan digambarkan sebagai gentleman’s understanding bersama Tunku. (Lihat Michael D. Barr, Lee Kuan Yew, hlm. 28).
D.K. Mauzy, Barisan Nasional, hlm. 31.


Lihat Vasil, RK 1980, Ethnic Politics in Malaysia, Radiant Publishers, New Delhi, hlm.153-154.


Ketika polemik berkenaan faktor utama berlakunya konflik kaum di Singapura pada tahun 1964, pemimpin tertinggi UMNO berulang kali menafikan keadaan ini berlaku disebabkan faham perkauman yang diperjuangkan oleh pemimpin UMNO terutamanya oleh pemimpin tertentu dalam UMNO seperti Syed Ja’afar Albar. Golongan tertentu telah melabelkan golongan ini sebagai ultra Melayu. Keadaan ini membawa Khir Johari mengkritik cap yang diberikan kepada orang Melayu yang memperjuangkan hak mereka sebagai golongan ultra Melayu atau pelampau Melayu kerana mereka sejak sekian lama telah mundur dalam aspek
ekonomi disebabkan penjajahan. Justeru itu, orang Melayu memerlukan bantuan. 

Adalah tidak adil mengatakan UMNO sebagai sebuah parti mengamalkan perkauman semata-mata kerana UMNO memperjuangkan hak orang Melayu. Khir Johari juga telah membongkar satu kempen oleh sesetengah golongan yang mencemarkan nama baik Syed Ja’afar Albar dan Tun Abdul Razak sebagi anti-Cina. (Lihat Berita Harian, 11 Ogos 1964). 

Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Memoirnya, Lee Kuan Yew telah melabelkan golongan yang
memperjuangkan hak Melayu sebagai “Ultras’. Gelaran ini telah diberikan oleh Lee kepada  beliau dan Syed Ja’afar Hassan Albar. Tujuannya supaya golongan ini dipandang oleh kaum China sebagai pelampau. Justeru itu, segala pandangan yang dikemukakan oleh golongan ini dianggap tidak penting dan tidak perlu diberikan merit. Bagaimanapun Lee tidak pula melihat dirinya sebagai “non-Malay ultra” (Mahathir Mohamad, A Doctor in the House, hlm. 191).

Lihat “1964 Race Riots in Singapore”, dlm. http://reference.findtarget.com.

Berita Harian, 12 Julai 1964.

Berita Harian, 13 Julai 1964.


Pertemuan tersebut diadakan di Panggong Victoria, Singapura bertujuan untuk semua badan budaya, pelajaran, sukan, kemasyarakatan dan agama orang Melayu untuk bertukar- tukar fikiran dengan Lee Kuan Yew mengenai “pembangunan dalam bandar, khusus untuk memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu”. (Lihat Berita Harian, 16 Julai 1964).

Berita Harian, 14 Julai 1964.
Berita Harian, 20 Julai 1964.
Berita Harian, 23 Julai 1964. 

Terdapat beberapa pemimpin kerajaan Singapura seolah-olah menuduh kerajaan pusat menyembunyikan sesuatu berhubung punca kekacauan tersebut (Lihat Berita Harian, 17 Ogos 1964).

Berita Harian, 17 Ogos 1964.

Lihat Berita Harian, 23 Julai 1964.

Lihat “Rusuhan Kaum 1964 Malaysia-Singapura” dlm. http://lamankm2b.tripod.com/cgi- bin/m/KM2A1/4564.html.

Lay Yuen Tan, Communal Riots of 1964, http://infopedia.nl.sg/articles/SIP_45_2005-01-06.
html.

Berita Harian, 25 Julai 1964.

Berita Harian, 21 Ogos 1964.

PREM 13/480, Relation Between Kuala Lumpur and Singapore.


Sarawak United People’s Party (SUPP) merupakan parti politik yang ditubuhkan pada 12 Jun 1959. Inisiatif penubuhan parti politik ini dibuat oleh sekumpulan golongan sederhana kaum Cina yang diketuai oleh Ong Kee Hui dan Stephen Yong yang disokong oleh Dewan Perniagaan Cina. SUPP merupakan sebuah parti politik pelbagai kaum yang dianggotai oleh kaum Cina dan lain-lain kaum peribumi yang berjuang untuk kemerdekaan dan demokrasi untuk Sarawak yang berasakan kepada pendekatan sosialis. (Searle, Peter 1983, Politics in Sarawak 1970-1976:

 The Iban Perspective, Oxford University Press, Singapore, hlm. 16). Berbanding dengan parti politik
lain yang baru ditubuhkan, SUPP sudah memperlihatkan dirinya sebagai sebuah parti politik yang tersusun, berdisplin dan mendapat sokongan dari akar umbi. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang berlaku menyebabkan SUPP dipinggirkan dan menyebabkan kerajaan Persekutuan mengkategorikan SUPP sebagai sebuah parti yang membahaya dan tidak setia. Pertama, SUPP telah dipengaruhi oleh elemen komunis yang cuba menjadikan parti ini sebagai “medan” perjuangan mereka. Ini dapat dilihat apabila golongan beraliran kiri telah dapat mengawal banyak cawangan SUPP dan golongan akar umbi. Kedua, SUPP menjadi sebuah parti dengan imej Cina, walaupun terdapat beberapa ahlinya di kalangan etnik peribumi tetapi mereka tidak aktif. 

Keadaan ini menghalang penambahan keahliannya dari kalangan etnik peribumi. Ketiga, SUPP kekal dengan
sikap anti kepada pembentukan Malaysia. Keempat, oleh kerana SUPP telah diresapi oleh pengaruh Komunis, kerajaan Persekutuan telah meletakkan parti ini di bawah pengawasan kerajaan. (LihatD.K. Mauzy, Barisan Nasional, hlm. 50).

Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku, hlm. 399.

Dr. Mahathir Mohamad, A Doctor in the House, hlm. 199.

Cheah Boon Kheng, Malaysia, hlm. 54.

R.K.Vasil, Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 157.

Berita Minggu, 9 Mei 1965.

Berita Harian, 11 Mei 1965.

Berita Harian, 16 Mei 1965.

Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku, hlm. 399. Umpamanya pada bulan Januari 1965, beberapa orang pemimpin parti pembangkang Melayu yang menentang pembentukan Malaysia dan memperjuangkan penyatuan Malaysia-Indonesia telah ditangkap oleh kerajaan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Abdul Aziz Ishak, Presiden National Convention Party telah ditahan pada 28 Januari 1965. Turut ditahan pada waktu yang sama ialah Dr. Burhanuddian al-Helmi, Presiden parti PAS, Ishak Hj. Mohamed, bekas Pengerusi Parti Buruh Malaya dan Socialist Front (SF). Termasuk juga yang ditahan ialah Dato’ Raja Hanifah,
Timbalan Presiden PAS, Hussein Ya’acob, wartawan Utusan Melayu dan beberapa personaliti
lagi (Lihat DO 169/494, Security Arrests in Malaysia, 1965). 

Penangkapan Dr. Burhanuddn al-Helmy, Abdul Aziz Ishak dan Ishak bin Hj. Mohamed dilakukan atas tuduhan mereka ingin melancarkan gerakan revolusi bersenjata dan menubuhkan kerajaan dalam buangan.
Mereka dituduh telah mengadakan hubungan dengan pegawai ejen rahsia Indonesia dan mendapat bantuan kewangan dari Indonesia dalam pilihan raya 1964. 

(Lihat Straits Budget, 25 January 1965, lihat juga DO 169/494, Security Arrests in Malaysia, 1965).
Berita Harian, 11 Mei 1965.

FCO 374/181454, Resume of Centre/Singapore Relation in 1965.

Berita Harian, 17 Mei 1965. 

Ismail Abdul Rahman, Pendapat Parti Perikatan Tentang Konsep Malaysia Bagi Rakyat Malaysia,

FCO 374/181454, Resume of Centre/Singapore Relation in 1965.

FCO 374/181454, Proposal for Partial Breaking of Federation Between Malaya and Singapore, 1965.

Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku, hlm. 399.

D.K. Mauzy, Barisan Nasional, hlm. 32.

Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku, hlm. 400.

Ibid., hlm. 400-401, lihat juga D.K. Mauzy, Barisan Nasional, hlm. 32. 

Menurut sesetengah pendapat, keputusan yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman untuk menyingkirkan
Singapura dari Malaysia sebenarnya tidak dipersetujui oleh Tun Razak. Fakta ini didedahkan melalui rekod perbualan antara C.G. Ferguson (seorang pakar Rancangan Colombo British  yang berkhidmat dengan Tun Abdul Razak di Kementerian Pembangunan Luar Bandar) dengan Tun Razak pada 18 September 1965. 

Rekod perbualan tersebut telah menyebut kanbahawa Tun Razak telah melahirkan perasaan tidak bersetujunya dengan keputusan Tunku tersebut. Tun Razak berpendapat sekiranya perkara tersebut (keputusan menyingkirkan Singapura) ditunggu sedikit masa lagi, sudah pasti beliau akan dapat mencapai keputusan yang memuaskan hati melalui rundingannya dengan Dr. Toh Chin Chye dan Dr. Goh Keng
Swee. 

Di samping perkara di atas, Ferguson turut menyebutkan terdapat beberapa perbezaan pandangan Tun Razak dengan Tunku Abdul Rahman berhubung golongan radikal Melayu, termasuk tindakan Tunku yang amat berlembut dengan golongan nasionalis radikal Melayu yang disebutkan sebagai “The Arabs” (yang dimaksudkan “The Arabs” ialah pemimpin Melayu berketurunan Syed seperti Syed Ja’afar Albar dan Syed Nasir (Lihat PREM 13/589 (1344),


Telegram From Lord Head to Commonwealth Relation Office, 9 August 1965). Tindakan tersebut dikatakan telah mengecewakan Tun Razak (Lihat DO 169/359, J.R.A. Bottomley (British High Commission) to J.C. Morgan, “Record of Conversation”, 22 September 1965).

Perkara tersebut turut disebut dalam surat diklasifikasikan sebagai “Top Secret” yang dihantar
oleh L.B. Walsh Atkin (Commonwealth Relations Office (CRO) kepada Sir Bernard Burrows
(British Foreign Office).

 Lampiran surat tersebut yang bertajuk “The Tunku and Tun Razak” menyebutkan, 

“According to two separate delicate sources in Kuala Lumpur, a rumor is circulating in the Malayan Establishment to the effect that Razak is becoming increasingly exasperated over the Tunku’s irrational way of doing business, and his lack of any logical policy. Razak is said to be growing impatient waiting for the Tunku to leave the political scene. Razak is aware that there is a good deal of feeling among the more progressive Malays the Tunku has been too soft on the extremists. Razak himself would like to deal more firmly with these extremists, and would also wish to take more vigorous line with the corrupt Chinese in the Tunku entourage” (Lihat DO 169/359, L.B. Wash Atkins to Sir Bernard Burrows, “The Tunku and Tun Razak”, 2 November 1965).


Pada tahun 1964 telah lahir cadangan yang dikemukakan oleh En. Ahmad bin Haji Taif, seorang Senator di Dewan Negara supaya nama jawatan Perdana Menteri Singapura ditukar kepada Ketua Menteri kerana nama jawatan tersebut telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan dunia luar. Beliau berkata adalah ganjil bahawa di negara ini mempunyai dua orang Perdana Menteri. Penukaran tersebut selaras dengan amalan yang dilakukan oleh negara-negara lain (Lihat Berita Harian, 21 Mei 1964).


“Teks ucapan Tunku Abdul Rahman di Parlimen pada 9 Ogos 1965”, dlm. Surat Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Kuala Lumpur, P.M. 13220, 12 Ogos 1965, Arkib Negara Malaysia.

PREM 13/589 (1346), Telegram From Lord Head to Commonwealth Relation Office, 9 August 1965.

Lihat FCO 24/489, Malaysia: Political Affairs: Internal Political Party: Pan Malaysia Islamic Party, 1969.

PREM 13/589 (1344), Telegram From Lord Head to Commonwealth Relation Office, 9 August 1965.

Berita Harian, 25 Mei 1964.

Abdul Muluk Daud, “Kepimpinan Politik Melayu Dalam DAP”, Seminar Kepimpinan Politik Malaysia Peringkat Kebangsaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 16-17 Julai 1996.


Lihat R.K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, hlm. 16.
Lihat ibid. dan R.K. Vasil, Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 159.
Lihat “Party Declaration” dlm. http://www.dapmalaysia.org/newenglish/au_vm_pd.htm.
Lihat “The Setapak Declaration 1967” dlm. http:// Dapjlntembikai.wordpress.com/the-setapak- declaration-1967/

Lihat 2002/0010781, “Democratic Action Party, 1969 General Election Manifesto”, Arkib Negara Malaysia.
R.K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, hlm. 16.
Parlimentary Report, Dewan Rakyat Official Report, Second Session of the Second Parliament of
Malaysia, Vol. II, No. 1, 26 May 1965, hlm. 168-169.
Lihat 2002/0010781, “Democratic Action Party, 1969 General Election Manifesto”, Arkib Negara Malaysia.

R.K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, hlm. 29.

Lihat FCO 24/485, Telegram from Kuala Lumpur to Exter 647, 8 May 1969.
The May 13 Tragedy: A Report The National Operations Council, Kuala Lumpur, 9 October 1969,


Gelora perkauman yang dicetuskan melalui isu penubuhan Universit Merdeka makin panas apabila DAP mengeksploitasi isu ini bagi dalam kempen politik mereka pada pilihan raya umum 1969. DAP telah menggunakan isu ini sebagai salah satu perjuangannya seperti yang dimaktubkan melalui manifesto parti tersebut di bawah tajuk “Cultural Democracy”. Penubuhan Universiti Merdeka wajar disokong oleh kerajaan kerana di bawah “Cultural Democracy” semua kaum mempunyai hak yang sama. 

Menurut DAP konsep “demokrasi budaya” ialah “an equal multi-racial society presupposes that no one race exercises political, social or cultural hegemony over the others...” (Lihat Democratic Action Party, 1969 General Election Manifesto “Our Appeal to All Malaysians”).

Paridah Abd. Samad 2009, Tun Abdul Razak Fenomena Politik Malaysia, trj. Asri Salleh dan Che Hamdan Che Mohd Razali, Partisan Publication, Kuala Lumpur, hlm. 75.

Ketegangan kaum yang wujud kesan dari kempen dan pilihan raya 1969 banyak dinyatakan dalam laporan yang ditulis oleh British, lihat FCO 24/475/1, Malaysia (Political Affairs)

Internal Situation, 1969 dan FCO 24/485, Malaysia: Internal Situation: Civil Disturbances Following General election, 1969. 

Akhbar Times, keluaran 14 Mei 1969 turut melaporkan “Tension between Malays and Chinese, perilously heightened both in the election campaign and in the result, led to bloody clashes and widespread arson last night in the heart of Kuala Lumpur, the Malaysian capital and surrounding state of Selangor” (Times, 14 May 1969).

Paridah Abd. Samad, Tun Abdul Razak, hlm. 77-78.

Lihat Tunku Abdul Rahman, 13 Mei Sebelum dan Selepas, hlm. 65-83.

FCO 24/475/1(484), Kuala Lumpur To FCO, 14 May 1969.

FCO 24/284, Telegram From FM WSHBC To Exter, 14 May 1969.

The Straits Times, 15 May 1969.

Sun, 14 May 1969.

FCO 24/484 (479), Telegram From Kuala Lumpur To Foreign and Commonwealth Office, 14 May 1969.

FCO 24/484, Secret Tll/Seacos 57 For Cds From Acting CINCFE, 15 May 1969.

DEFE 24/594 (515), Telegram From Kuala Lumpur To Foreign and Commonwealth Office, 18 May 1969.
Lihat Ucapan Lee Lam Thye, “The Situation of Democratic Socialism in Malaysia” dlm.
Conference of Democratic Socialist Parties in Asia and the Pacific, Wellington, New Zealand, pada 4-6 Mac 1970.


Dalam kekacauan di Penang yang berlaku pada 24 November 1967, kira-kira seramai 10 orang telah terbunuh dan 58 orang telah mengalami kecederaan serius (Lihat Daily Telegraph, 28 November 1967).


Kekacauan tersebut bermula apabila tunjuk perasaan dan hartal yang dianjurkan oleh Labour Party of Malaya (LPM), 

Bahagain Penang telah diadakan pada 24 November bagi membantah penilaian semula mata wang Malaya yang lama. Demontrasi tersebut telah menyebabkan berlakunya serangan terhadap beberapa pekedai yang enggan turut serta dalam hartal yang dianjurkan oleh LPM. Demontrasi tersebut akhirnya telah mencetuskan konflik kaum antara orang Melayu dengan kaum Cina. Rusuhan tersebut telah merebak ke Seberang Perai, Kedah dan Perlis tetapi telah dapat dikawal setelah pihak berkuasa menguatkuasakan perintah berkurung 

(Lihat FCO 24/248 (1121), Sir M.Walker To Commonwealth Office, 25 November 1967).

Lihat 2005/0008238, Surat Lim Kit Siang Kepada Dr. Chen Man Hin, 31 Disember 1969, Arkib
Negara Malaysia.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya