Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 16 December 2012

DAP mahu tambah 13 kerusi: bakal menjadi kuasa besar dalam PR.!


                             PRU13: DAP mahu tambah 13 kerusi

DAP ingin menambahkan lagi 13 kerusi menunjukkan DAP bakal  menjadi kuasa besar dalam Pakatan Rakyat sekaligus bakal mengalahkan PKR & PAS.

 - DAP mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihan raya umum
ke-13 (PRU13).
 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pertambahan 13 kerusi adalah atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
 
"Kita (DAP) telah terbukti menjadi rakan yang setia dan tulus kepada Pas dan PKR. DAP berharap bahawa kesetiaan kita ini diiktiraf dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi pada PRU nanti.
 
"Kita menyasarkan tiga tambahan kerusi untuk Parlimen dan 10 kerusi untuk Dun di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak sedang mengendalikan rundingan kerusi mereka sendiri," katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar bertajuk 'Perubahan Di tangan Mu' pada kongres ke-16 DAP di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang di sini hari ini.
 
Pada pilihan raya umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi Dun.
 
Guan Eng berkata, mandat yang dicari oleh DAP daripada pengundi adalah untuk berkhidmat sebagai rakan kongsi gabungan kerajaan bersama-sama dengan PKR dan Pas.
 
Katanya mandat itu penting dalam rangka kerja pakatan pembangkang untuk merealisasikan agenda bersama yang ditetapkan dalam 'Common Framework' dan Buku Jingga.
 
Selain itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi untuk melakukan perubahan.
 
"Saya tahu terdapat banyak -- yang Islam dan bukan Islam -- yang mempersoalkan sama ada kita mampu menjalin permulaan baru ini.
 
"Terdapat banyak ketakutan dan ketidakpercayaan terhadap satu sama lain seperti juga halnya terhadap perubahan," katanya.

Sejumlah 1,823 daripada 2,576 perwakilan hadir pada kongres parti itu untuk memilih 20 anggota jawatankuasa tertinggi pusat yang bertanding hari ini.

Sedangkan nama-nama Melayu tiada langsung dalam senarai yang terpilih, gua lihat dengan pertambahan kerusi  ini akan menyebabkan Melayu  terus menerus hilang  kuasa  didalam Pakatan Rakyat.

 Melayu PAS & PKR !!! Sedarlah. Lihatlah  nasib bangsamu di Singapura di sana. mereka sudah menjadi minority dalam Kabinet setelah PAP  memerintah.!


UNDI PR: DAP BAKAL JADI PM!

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya