Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
SHAH ALAM – DAP menggesa Kerajaan Persekutuan yang diketuai Barisan Nasional (BN) membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, gesaan ini dibuat kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena sambutan Hari Krismas hari ini yang disambut oleh penganut agama Kristian seluruh dunia.

“Selain membenarkan perkataan ALLAH seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.

“Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini, malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam sebagai agama Malaysia,” katanya.

Akhbar mingguan Katolik, The Herald pada tahun 2009 berdepan masalah apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan ‘ALLAH’ untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan ‘ALLAH’ adalah salah di sisi undang-undang.

Penghakiman tersebut yang mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya dan kemudiannya digantung sementara menunggu rayuan kerajaan BN yang berhujah bahawa perkataan ‘ALLAH’ adalah eksklusif kepada umat Islam.

Mana pi semua ahli-ahli PAS yang bangang bila DAP mahu  Kerajaan benarkan Bible dalam bahasa Melayu??
PAS memang sebuah PARTI yang HARAM JADAH. !!!