Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 16 December 2012

DAP penyambung perjuangan PAP-Part 1


               
       

 Orang Melayu telah berjaya meletakkan kedudukan istimewa mereka sebagai satu hak
yang kekal dan dilindungi melalui peruntukan dalam Perkara 153 dalam Perlembagaan
Persekutuan. Kejayaan tersebut sebagai pengiktirafan kepada orang Melayu sebagai
kaum Bumiputera dan pada waktu yang sama bersetuju menerima kaum bukan
Melayu sebagai rakyat Tanah Melayu. Walaupun kaum bukan Melayu telah menerima
kedudukan istimewa orang Melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan,
namun perkara tersebut masih tidak dapat menghapuskan syak wasangka mereka.
Kaum bukan Melayu khuatir peruntukan ini membawa kepada penghapusan
kepentingan ekonomi mereka di negara ini. Kegusaran itu dapat dileraikan sebelum
merdeka apabila istilah kedudukan istimewa orang Melayu itu tidak dibuat dalam
pengertian yang umum, sebaliknya telah diberikan definisi yang jelas supaya maknanya
dapat difahami. Peruntukan hak istimewa orang Melayu ini turut memberi jaminan
memelihara hak semua kaum dengan tidak ada mana-mana kaum dilarang dalam
menjalankan kegiatan ekonomi atau hak mereka dirampas semata-mata kerana bukan
daripada kalangan kaum Melayu.
Pemberian hak istimewa kepada orang Melayu telah ditentang oleh PAP. PAP
semenjak daripada zaman awal penubuhannya memperjuangkan dasar kesaksamaan
dengan menuntut diperbetulkan ketidakadilan sosial dan ekonomi serta memberi
peluang sama rata kepada semua kaum untuk menikmati kekayaan negara berdasarkan
kepada kebolehan mereka bukannya berdasarkan kepada keturunan atau bangsa.
Penglibatan PAP ke dalam politik Malaysia bermula pada tahun 1963 setelah berlakunya


pembentukan Malaysia. Wawasan tersebut diperjuangkan oleh PAP secara demokratik
bukannya melalui secara revolusi kekerasan. Wawasan PAP menolak sebarang dasar
memberi keistimewaan kepada sesuatu kaum tertentu. Wawasan yang mendasari
ideologi PAP ini menjadi asas kepada gagasan Malaysian Malaysia yang telah
dikembangkan di Malaysia pada tahun 1964. Perluasan wawasan PAP ke Malaysia
telah mencabar kedudukan istimewa orang Melayu. Justeru itu, orang Melayu telah
menentang gagasan tersebut dan menimbulkan konflik PAP dengan orang Melayu.
Setelah berlakunya perpisahan Singapura daripada Malaysia pada tahun 1965, wawasan
PAP kemudiannya telah diperjuangkan pula oleh DAP.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya