Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 16 December 2012

DAP penyambung perjuangan PAP-Part 10




 Tentangan DAP terhadap pengkelasan rakyat kepada kaum Bumiputera dan non-Bumiputera dan penolakan sistem yang didakwa mendiskriminasikan rakyat terutamanya dalam perlantikan dan kenaikan pangkat di sektor awam atau swasta menurut Vasil adalah serangan yang jelas DAP terhadap kedudukan hak istimewa orang Melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan. Serangan ini belum pernah dilakukan oleh parti politik sebelum ini, kecuali PPP. Bahkan parti PAP apabila mereka memperkenalkan slogan “Malaysian Malaysia”, mereka tidak menyerang kedudukan istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan.

 Devan Nair (wakil PAP) ketika menyertai perbahasan di Dewan Rakyat pada 26 Mei 1965 walaupun menerima kedudukan istimewa orang Melayu yang terdapat dalam Perlembagaan, namun menurutnya hak tersebut bukan semata-mata diberikan kepada orang Melayu tetapi juga kepada penduduk Bumiputera yang lain, yang terdapat di Sabah, Sarawak dan di juga di Semenanjung. Justeru itu, segala bantuan kewangan dan perhatian kerajaan bukan hanya diberikan kepada orang Melayu tetapi juga harus meliputi kaum
Bumiputera yang lain. Bantuan itu juga harus diberikan kepada semua komuniti tanpa mengira mereka Melayu atau sebaliknya.

Sesuai dengan dasar perjuangannya yang berteraskan gagasan “Malaysian Malaysia”, DAP telah mengkritik hebat kedudukan istimewa orang Melayu dalam pilihan raya umum 1969. Serangan parti tersebut terhadap kedudukan hak istimewa orang Melayu adalah bertujuan untuk menarik sokongan sebanyak mungkin kaum
bukan Melayu terutama generasi muda bagi menyokong perjuangan mereka bagi memenangi pilihan raya umum 1969. Justeru itu, dalam kempen-kempen pilihan raya 1969, DAP telah menggunakan isu kesamarataan bagi menarik sokongan kaum bukan Melayu, terutama kaum Cina terhadap parti mereka. Perkara ini telah dinyatakan DAP dalam manifesto pilihan raya mereka pada tahun 1969 dengan menegaskan:

   In a political democracy, all citizens, regardless of race, language or religion, enjoy equal
political status, rights and opportunities. But Alliance policies tend to divide Malaysians into
two unequal classes of citizens - “bumiputras” and “non-bumiputras”. This must be opposed
if a firm basic is to be laid for genuine unity. All Malaysias must have an equal place under
the Malaysian sun. Hence our plea for ‘A Malaysian Malaysia.

Manifesto ini menunjukkan secara jelas DAP mengkritik kedudukan istimewa orang Melayu yang dianggap sebagai penghalang kepada perpaduan kaum. Parti Perikatan ketika berhadapan dengan cabaran DAP tersebut telah “menyerang” kembali DAP dengan menyifatkannya sebagai sebuah parti yang anti Melayu dan
dikawal oleh parti PAP di Singapura demi menjaga kepentingan mereka di Persekutuan. Tunku telah memberi amaran bahawa DAP akan menghancurkan kedudukan istimewa orang Melayu yang menyebabkan kekayaan negara akan dipegang oleh kaum bukan Melayu. Sekiranya mereka merebut hak yang diberikan kepada orang Melayu, maka orang Melayu terpaksa melarikan diri ke dalam hutan.Persamaan yang wujud antara ideologi PAP dan DAP di Malaysia telah menyebabkan pemimpin parti Perikatan
membuat tuduhan bahawa PAP mencampuri pilihan raya Malaysia dengan menyokong parti DAP, iaitu dengan menyalurkan bantuan kewangan kepada DAP. Bagaimanpun, kerajaan Singapura telah menafikan tuduhan tersebut.

Dalam ucapan Tunku di Kuala Pilah pada 15 April 1969, Tunku memberi amaran kepada DAP supaya tidak mencabar Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan (kedudukan hak istimewa oang Melayu) sekiranya perkara ini dilakukan pasti akan berlaku huru hara dan kesejahteraan negara akan hancur.Wujudnya ancaman terhadap kedudukan hak istimewa orang Melayu telah didedahkan oleh laporan
yang dikeluarkan oleh National Operations Council (NOC) pada 9 Oktober 1969 yang menyebutkan:


During the long election campaign, several irresponsible cadidates took racialist lines. Blatant incitement of racial feelings was evident in their speeches as they courted support on racial grounds. These opportunists ranged from one extreme, those who misrepresented and attacked Article 153 of the Constitution, to the other, that exploited fears among the Malays that they would be overwhelmed by the non-Malays. Even more extreme were those who questioned the historic right of the Malays to regard themselves as indigenous people of Malaya.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya