Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 17 December 2012

DAP penyambung perjuangan PAP-Part 11



 



 Penggunaan isu kedudukan hak istimewa orang Melayu, isu bahasa dan pendidikan Cina (isu penubuhan Universiti Merdeka) dalam kempen-kempen DAP dalam pilihan raya 1969 menyebabkan parti tersebut mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam pilihan raya tersebut. Parti Perikatan telah mengalami kemerosotan undi yang menyebabkan ia kalah di beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kelantan. Perikatan telah kehilangan sejumlah 23 kerusi Parlimen dan 79 kerusi Dewan Undangan Negeri di beberapa buah negeri.95 Secara keseluruhannya Perikatan telah memenangi 66 buah kerusi berbanding 89 pada pilihan raya 1964, manakala parti pembangkang telah memenangi 37 kerusi Parlimen iaitu DAP (13), Gerakan (8), PPP (4) dan PAS (12). Isu-isu komunal yang digunakan oleh parti-parti politik sepanjang kempen pilihan raya berlangsung telah mewujudkan ketegangan hubungan kaum
dalam kalangan kaum bukan Melayu dengan kaum bukan Melayu.

Tambahan pula, selepas keputusan pilhan raya diumumkan, parti Perikatan yang ditunjangi oleh UMNO
telah kehilangan banyak kerusi. Keadaan ini menimbulkan perasaan cemas di kalangan orang Melayu, terutama di Selangor kerana parti Perikatan dan pembangkang sama- sama memperoleh 14 kerusi. Situasi ini mendorong Dato’ Harus Idris, Menteri Besar Selangor ketika itu memujuk satu-satunya wakil parti Bebas, Lim Tuan Sion, iaitu bekas ahli parti Buruh untuk menyertai parti Perikatan bagi membolehkan beliau membentuk kerajaan negeri di Selangor.

Keputusan pilihan raya tersebut telah diraikan oleh kaum Cina, manakala kaum Melayu merasa terperanjat dan bimbang. Di Kuala Lumpur, Parti Gerakan dan DAP Cina telah meraikan kejayaan mereka dengan mengadakan perarakan pada malam 11 dan 12 Mei 1969. Menurut Tunku Abdul Rahman, pada 12 Mei 1969, perarakan telah diadakan oleh parti Gerakan untuk meraikan kemenangan besar Dr. Tan Chee
Khoon yang memenangi kerusi kawasan Batu, Selangor. Manakala DAP bercadang untuk membuat perarakan pada 13 Mei 1969, namun perarakan tersebut dibatalkan kerana tidak mendapat permit dari polis. Walau bagaimanapun, DAP telah bergabung dengan perarakan yang dianjurkan oleh parti Gerakan. Namun perarakan tersebut menjadi tidak terkawal sehingga memasuki Jalan Campbell dan Jalan Hale yang
menghala ke Kampung Baru, di mana 30,000 orang Melayu tinggal. 

                               

Di sepanjang jalan mereka telah betempik sorak dan mengejek-ejek orang Melayu. Perbuatan tersebut
telah menimbulkan kemarahan orang Melayu seterusnya mendorong orang Melayu, khususnya UMNO mengadakan perarakan bagi merayakan kemenangan UMNO di Selangor. Keadaan ini telah membawa tercetusnya khabar angin bahawa orang Melayu telah bersedia untuk bangun menentang orang Cina. Ketika orang Melayu berkumpul di kediaman Menteri Besar, Dato’ Harun Idris di Jalan Raja Muda, tiba-tiba tersebar khabar angin yang mengatakan orang Cina telah menyerang orang Melayu di Setapak ketika mereka dalam perjalanan untuk mengambil bahagian dalam perarakan yang akan bergerak dari Jalan Raja Muda. Berita ini segera menaikkan kemarahan orang Melayu sehingga menyebabkan dua orang Cina yang melalui jalan tersebut telah diserang dan dibunuh. Dengan itu, bermulalah rusuhan kaum 13 Mei yang belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya