Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 17 December 2012

DAP penyambung perjuangan PAP-Part 12



  



 Peristiwa 13 Mei 1969 yang digambarkan oleh Tunku Abdul Rahman di dalam bukunya 13 Mei Sebelum dan Sesudah mengenai latar belakang peristiwa yang membawa kepada rusuhan kaum juga disebutkan oleh telegram no. 484 yang dihantar oleh British High Commission di Kuala Lumpur kepada Foreign and Commonwealth Office (FCO) bertarikh 14 Mei 1969. Telegram tersebut menyebutkan:

...in Kuala Lumpur on eve of poll, large Chinese funeral procession, for an LPM youth
shot by police earlier in the week, ignored authorised route and passed through town
centre. There were no incidents but many subversive banners and a belligerentnt
mood. On night of 11 and 12 May, Chinese celebrated their victory, taunting Malays.
In particular a large (unauthorised) Gerakan procession welcomed the left-wing
Gerakan leader V. David back from winning Federal seat in Penang. As a result Malay
extremists (possibly with UMNO) spent 13 May planning counter-demonstration for
which many of their supporters armed themselves with a variety of weapons. Some
Chinese group made ready to retaliate or pre-empt and matters rapidly got out of
hand.


Dalam satu lagi telegram pada tarikh yang sama telah menyebutkan bahawa:

“...so far there is no evidence that disturbances had been organized, on the other hand people
on both sides appear to have armed themselves in anticipation of trouble. It also appears that
members of PAP (DAP?) and Gerakan had roamed through Malay quarters indulging in acts
of oral insult and abuse...”.


Akhbar Times dalam laporannya pada 15 Mei 1969 telah menyebutkan bahawa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei tersebut telah menyebabkan 39 orang mati dan seramai 114 orang mengalami kecederaan.Sebenarnya, jumlah kematian dan cedera mungkin lebih ramai daripada yang dilaporkan memandangkan ramai yangtelah dimasukkan ke hospital ketika rusuhan itu berlaku. Manakala akhbar Sun
 bertarikh 14 Mei 1969 telah melaporkan lebih dari 50 orang dilaporkan telah mati. Manakala menurut fail Foreign and Commonwealth Office (FCO) menyebutkan 44 orang telah terbunuh, manakala 150 telah cedera ketika rusuhan itu berlaku pada 13 Mei.Pada 15 Mei 1969, laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyebutkan kira-kira 70 telah terbunuh, 268 orang cedera, 33 buah rumah dan 41 buah kereta telah terbakar di Selangor. 


                                                              

Kerajaan Perikatan telah meletakkan faktor yang menyebabkan berlakunya rusuhan kaum tersebut kepada parti pembangkang. Dr. Ismail, iaitu Menteri Dalam Negeri, dalam kenyataannya yang dibuat pada 16 Mei 1969 telah menyalahkan provokasi yang dibuat oleh parti pembangkang dan kelakuan sombong yang mereka tunjukkan menjadi sebab bermulanya rusuhan kaum. Di samping itu, pengaruh dari elemen Komunis yang menjadikan parti pembangkang sebagai alat untuk mereka menimbulkan huru hara. Sedangkan menurut DAP, rusuhan kaum tersebut adalah manifestasi dari kegagalan kerajaan Perikatan untuk membina negara ini yang didasarkan kepada dasar multi- bangsa yang kukuh. Dasar multi-bangsa yang perlu diperkukuhkan menurut DAP ialah “tidak ada sesuatu kaum yang sepatutnya menjadi tuan di Malaysia. Malaysia tidak sepatutnya didominasi oleh sesuatu bangsa sama ada dalam politik, ekonomi dan budaya. Malaysia bukan sebuah tempat tinggal yang menjadi hak ekslusif sesuatu bangsa tetapi menjadi milik semua bangsa. Melalui surat yang dikirim oleh Lim Kit Siang (Setiausaha Agung DAP) kepada Dr. Chen Man Hin bertarikh pada 31 Disember 1969, ketika beliau ditahan di Kem Tahanan, Muar, DAP menurutnya telah memberi amaran bahawa pertentangan antara kaum semakin meningkat selepas berlakunya kekacauan di Pulau Pinang pada bulan November 1967 kesan dari penilaian semula nilai mata wang lama.

 Ketegangan tersebut akan dapat dikurangi sekiranya kerajaan membuat perubahan polisi mereka dalam politik, ekonomi, pendidikan dan budaya. Perjanjian yang dibuat oleh UMNO dan MCA sebelum merdeka, iaitu orang Melayu menguasai politik dan budaya, manakala kaum Cina menguasai ekonomi yang dianggap suci dan menyebabkan berlakunya gangguan terhadap proses pembinaan bangsa. Kit Siang menegaskan 

“my conviction that Malaysia’s only salvation lies in a policy and politics of multi-racialism in all fields of human endeavour, whether in politics, economic, cultural or education spheres, has
been further strengthened by events of May 13”.

 Kenyataan yang dibuat oleh Kit Siang ini menjelaskan bahawa DAP berpendapat bahawa ketegangan atau konflik antara kaum di Malaysia hanya akan dapat diatasi melalui perubahan dasar kerajaan dari berpaksikan Melayu kepada pelaksanaan dasar multi-etnik atau “Malaysian Malaysia” dalam semua aspek.

                                             
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa gagasan “Malaysian Malaysia” seperti yang diperjuangkan oleh PAP, Lee Kuan Yew dan DAP merupakan sebuah gagasan yang tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Orang Melayu melihat gagasan tersebut sebagai satu ancaman besar kepada kedudukan hak istimewa mereka. Justeru itu, orang Melayu sama ada di Singapura dan Malaysia telah menentang gagasan tersebut sehingga mewujudkan ketegangan hubungan kaum terutama pada 21 Julai 1964 di Singapura dan 13 Mei 1969 di Malaysia. Walaupun Tunku Abdul Rahman cuba bersabar dan berdiplomasi dengan tindak tanduk Lee yang berterusan memperjuangkan gagasan tersebut namun akhirnya Tunku terpaksa mengambil satu keputusan sukar menyingkirkan Lee dan Singapura dari arena politik Malaysia. 

Penyingkiran tersebut sememangnya dialu-alukan oleh Lee kerana ini akan memudahkan beliau melaksanakan impiannya untuk membentuk sebuah bangsa yang memiliki hak sama rata tanpa memberikan hak keistimewaan kepada sesuatu kaum tertentu. Penyingkiran itu juga memperlihatkan sikap orang Melayu yang tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menghapuskan kedudukan hak istimewa mereka dan belum bersedia menerima sebuah gagasan yang mencitrakan hak kesamarataan untuk semua kaum.


Ketidaksediaan mereka menerima gagasan tersebut disebabkan faktor kedudukan ekonomi mereka yang lemah dan cuba mempertahankan status quo mereka dalam politik.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya