Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 16 December 2012

DAP penyambung perjuangan PAP-part 2



 



Rasional diwujudkan kedudukan istimewa orang Melayu adalah disebabkan kaum
Melayu masih jauh ketinggalan berbanding kaum bukan Melayu dalam kegiatan
ekonomi, pendidikan dan bidang-bidang yang lain. Kemunduran orang Melayu
diakui sendiri oleh pihak Suruhanjaya Reid dengan mengatakan, “The Malays would
be at a serious and unfair disadvantage compared with other communities…”.1 Hak tersebut
juga telah diakui dalam perjanjian-perjanjian antara Inggeris dengan negeri-negeri
Melayu, di mana kedudukan istimewa orang Melayu sentiasa diakui dan diterima dari
satu masa ke semasa. Umpamanya dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
kedudukan istimewa orang Melayu diletakkan di bawah Perkara 19 (1) (d).2 Untuk
memberi keadilan kepada semua kaum, maka kedudukan istimewa orang Melayu
telah diberi satu definisi yang jelas seperti yang dicadangkan oleh pihak Suruhanjaya
Reid dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 melalui Perkara 153.
Kedudukan istimewa orang Melayu tersebut adalah meliputi perkara rizab tanah orang
Melayu, kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan kerajaan, kuota pengeluaran permit
atau lesen perniagaan tertentu dan biasiswa pelajaran.

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kedudukan
istimewa orang Melayu kembali menjadi isu yang diperdebatkan. Isu tersebut sama
ada ditimbulkan oleh orang Melayu sendiri yang inginkan kedudukan istimewa orang
Melayu bukan sekadar simbol yang wujud dalam Perlembagaan, tetapi mestilah
diterjemahkan secara bersungguh-sungguh oleh kerajaan dalam semua bidang.
Penterjemahan hak tersebut ke dalam satu tindakan yang menyeluruh, konkrit dan
bersungguh-sungguh menurut orang Melayu amat penting supaya kedudukan ekonomi
mereka bertambah kukuh dan meningkat setara dengan kemajuan ekonomi yang dicapai
oleh kaum bukan Melayu. Pelaksanaannya dianggap lebih wajar memandangkan orang
Melayu sendiri yang menguasai pemerintahan dan pentadbiran negara.4 Bagi kaum
bukan Melayu pula dengan menggunakan wadah politik dan pelbagai pertubuhan yang
mewakili mereka sering kali menuntut hak kesaksamaan sambil mengkritik kedudukan
istimewa orang Melayu yang menurut persepsi mereka sebagai satu diskriminasi dan
menjadikan mereka sebagai warganegara kelas kedua.

Isu kedudukan hak istimewa orang Melayu semakin menjadi isu panas dan
menimbulkan ketegangan hubungan kaum di negara ini apabila Singapura menyertai
Malaysia pada 16 September 1963. Ketegangan tersebut dapat dilihat pada tahun
1964 sehingga tahun 1965 apabila People’s Action Party (PAP) yang berada di bawah
kepimpinan Lee Kuan Yew menguasai pemerintahan Singapura.6 PAP secara tegas dan
terbuka memperjuangkan gagasan Malaysian Malaysia sehingga membawa kepada



Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Sebelum pembentukan
Malaysia, kritikan terhadap kedudukan istimewa orang Melayu banyak dilakukan oleh
parti People’s Progressive Party (PPP) dan beberapa parti pembangkang seperti Socialist
Front (SF) dan PAS. Penglibatan PAP ke dalam kancah politik Malaysia menjadikan
kritikan kaum bukan Melayu terhadap kedudukan istimewa orang Melayu semakin
menjadi lantang dan makin mendapat sokongan, terutamanya daripada generasi
baru Malaysia. Dengan sebab itu, pada penghujung tahun 1960-an, kaum Cina mula
menuntut persetujuan kaum yang dibuat oleh pimpinan kaum Melayu, Cina dan India
sebelum merdeka perlu dilupakan.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya