Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 16 December 2012

DAP penyambung perjuangan PAP-Part 3



 



  Kritikan PAP terhadap kedudukan orang Melayu dan kedudukan istimewa orang
Melayu berkait rapat dengan dasar ideologi PAP sendiri yang bertunjangkan kepada
Sosialisme Demokratik yang bersifat non-Komunis. PAP mendakwa bahawa mereka
menggunakan saluran demokrasi bagi membetulkan ketidakadilan sosial dan ekonomi.
Antara matlamat jangka panjang yang dirangka oleh PAP adalah untuk menghapuskan
keadaan yang tidak sama dan tidak adil dalam aspek pembahagian kekayaan negara.
PAP juga mencadangkan satu susunan ekonomi yang akan memberi hak yang sama
kepada semua warganegara untuk bekerja dengan mendapat faedah ekonomi yang
maksimum mengikut tenaga dan kebolehan masing-masing.

 Melalui dasar samarata yang dicadangkan sebuah bangsa Malayan yang bersatu padu dapat dibentuk
berasaskan kepada unitary Malayan national consciousness and a common Malayan loyalty.
Konsep yang cuba dibangunkan oleh PAP ialah “Bangsa Malayan”, di mana perasaan
kepunyaan yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan melampaui kaum dan agama.
PAP cuba menyelesaikan masalah ketegangan hubungan antara kaum Melayu
dengan kaum Cina dengan menekankan multi-rasialisme di mana sebuah masyarakat
dapat menikmati peluang yang sama tanpa mengira warna, bangsa atau keturunan
mereka. Pembentukan sebuah bangsa Malayan atau Malayan consciousness yang cuba
ditanamkan oleh PAP ini dapat dipupuk melalui sistem pendidikan dan penggunaan
bahasa yang dikongsi bersama, iaitu bahasa Melayu.

Bahasa Melayu akan dijadikan bahasa Kebangsaan dan dituturkan oleh semua bangsa tanpa menimbulkan masalah.
Matlamat perjuangan PAP ini berdasarkan kesimpulan mereka terhadap situasi
semasa yang dihadapi oleh Tanah Melayu ketika itu ialah masalah perkauman atau
komunalisme. Bagi Lee Kuan Yew bahaya yang dihadapi oleh Tanah Melayu bukanlah
Komunisme, tetapi Komunalisme.

Faktor komunalisme-lah yang menjadi faktor utama penyumbang kepada konflik kaum di Tanah Melayu, bukannya Komunisme.
Komunalisme menurut Lee Kuan Yew “makes a direct primitive appeal to emotional loyalties
whose response can be immediate and spontaneous”. Walaupun kerajaan Tanah Melayu di
bawah dominasi Melayu secara terbuka mengisytiharkan untuk memperkukuhkan
hubungan kerja sama antara kaum dan membuat persetujuan atau concession dengan
kaum Cina dalam bidang ekonomi, budaya dan pendidikan, namun perkara tersebut
selalu dianggap oleh kumpulan yang mempunyai minda komunal sebagai menjual
hak-hak orang Melayu. Kelemahan utama pemimpin komunal adalah keinginan
untuk mengeksplotasi sesuatu perkara. Komunalisme bukan sahaja menjadi jalan
pintas untuk pemimpin mendapatkan populariti, bahkan merupakan jalan pintas
kepada konflik kaum.

Semenjak tahun 1958 lagi, PAP sudah menyuarakan hasrat mereka untuk
bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu. Perkara ini telah diutarakan oleh PAP
melalui Perlembagaan parti yang akan diperjuangkan oleh PAP sebelum pembentukan Malaysia iaitu “menamatkan penjajahan dan mendirikan sebuah negara kebangsaan Malaya yang merdeka yang mengandungi daerah yang sekarang ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan tanah jajahan Singapura”.17 Pada pandangan PAP.

Semenjak dari tahun 1954, Tanah Melayu dan Singapura walaupun dibahagikan kepada
dua wilayah, tetapi merupakan satu entiti dan saling memerlukan. Perkara yang menjadi
masalah di Tanah Melayu adalah juga menjadi masalah mereka juga.

 Penggabungan dengan Tanah Melayu penting bagi Singapura untuk mendapat kemerdekaan dari
British. Menurut PAP, cadangan penggabungan Singapura dengan Tanah Melayu
telah dihalang oleh UMNO yang memimpin kerajaan Persekutuan disebabkan dua
faktor utama, iaitu kebimbangan terhadap kuasa imbangan kaum, di mana kaum Cina
yang berjumlah satu juta atau 70 peratus dari populasi Singapura akan menegelamkan
kuasa kaum Melayu.

 Kedua, kebimbangan terhadap pengaruh aliran kiri yang banyak
didukung oleh kaum Cina di Singapura yang dibimbangi oleh kerajaan Perikatan
dipengaruhi oleh komunis.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya