Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 16 December 2012

DAP penyambung perjuangan PAP-Part 4


Walaupun idea pencantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah ditolak oleh UMNO sebelum ini, namun pada bulan Mei 1961 satu perubahan
telah berlaku apabila Tunku Abdul Rahman mula bercakap mengenai idea penubuhan Malaysia yang bukan sahaja meliputi Singapura tetapi termasuk Sabah, Sarawak,
Borneo Utara dan Brunei.

Perubahan pandangan Tunku mengenai idea pencantuman dengan Singapura telah dinyatakan oleh Tunku Abdul Rahman, “masa telah berubah ... dan pandangan kita juga sepatutnya begitu; jadi apa yang tidak dipersetujui semalam mungkin dipersetujui esok apabila kita berfikir dua kali dengan serius, oleh itu terbentuklah idea mengenai Malaysia ini”.Menurut Ramlah Adam, pengumuman yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman pada bulai Mei 1962 sebenarnya adalah hasil daripada mesyuarat yang telah dianjurkan oleh Lord Selkirk (Gabenor Jeneral Borneo) pada tahun 1960 dan telah dipersetujui bersama oleh pegawai-pegawai British di rantau ini. Pembentukan Malaysia dipengaruhi oleh keadaan politik di wilayah-wilayah
tersebut seperti di Borneo Utara kerana terdapat pelawaan Indonesia untuk Borneo Utara bergabung degannya.Sedangkan idea pencantuman dengan Singapura Tunku Abdul Rahman tidak membuat perundingan dan perbincangan yang sepenuhnya dengan ahli-ahli UMNO dan tidak membuat kajian mendalam mengenainya terlebih dahulu.

Perjuangan PAP untuk bercantum dengan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi realiti politik pada bulan September 1963. Pencantuman tersebut amat dialukan- alukan oleh PAP dan Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew menurut Dr. Mahathir Mohamad mempunyai aspirasi untuk menjadi Perdana Menteri kerana beliau memahami cita-cita tersebut mungkin tercapai kerana kaum Cina akan menjadi kaum terbesar di dalam Persekutuan. Walau bagaimanapun kemasukan Singapura ke dalam Malaysia dari tahun 1963 hingga 1965 dilihat oleh Cheah Boon Kheng sebagai “the first serious challenge to the Alliance’s ‘historic bargain’.”

 Cabaran PAP terhadap kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum dapat dilihat melalui pilihan raya umum Malaysia pada tahun 1964. Walaupun Lee Kuan Yew dilihat secara berhati-hati tidak menyerang
secara langsung kedudukan istimewa orang Melayu dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, tetapi beliau telah mempersoalkan asas pemerintahan Melayu atau ketuanan Melayu. Beliau memperjuangkan dasar kesamaan status orang Melayu dengan kaum bukan Melayu dengan mengenegahkan slogan “Malaysian Malaysia”, bukannya “Malay Malaysia”. Lee Kuan Yew telah menolak “persetujuan bersejarah” yang meletakan ketuanan Melayu dalam pemerintahan dan pentadbiran sebagai imbangan kepada kuasa ekonomi dan perniagaan kaum Cina.

Bagi Lee Kuan Yew, orang Melayu bukan merupakan penduduk peribumi, justeru itu mereka tidak layak meminta kedudukan istimewa. Lee Kuan Yew menyebutkan:

Malays began to migrate to Malaysia in noticeable numbers only about 700 years ago. Of the
39 per cent Malays in Malaysia today, about one third are comparatively new immigrants
like the secretary-general of UMNO, Dato’ Syed Ja’afar Albar, who come to Malay from
Indonesia just before the war at the age of more than 30. Therefore it is wrong and illogical
for the particular racial group to think that they are more justified to be called Malaysian and
the others can become Malaysian only through their favour.

Ucapan Lee yang menafikan orang Melayu sebagai kaum Bumiputera telah diulas oleh Syed Ja’afar Hassan Albar (Setiausaha Agung UMNO), “mengatakan orang Melayu sama sahaja dengan kaum-kaum lain di dalam negeri ini tidak mempunyai sebarang kelebihan bagi mengakui negeri ini tanah air mereka adalah satu perbuatan paling hina kepada bangsa Melayu. Seolah-olah seperti Henry Lee menyatakan bahawa bangsa
Melayu juga menumpang dalam negeri ini”. Lee Kuan Yew juga cuba menunjukkan bahawa kaum bukan Melayu sebenarnya telah melebihi bilangan kaum Melayu di negara ini.

Penafian Lee Kuan Yew bahawa orang Melayu bukan kaum Bumiputera juga telah menaikan kemarahan Othman Abdullah (ahli Parlimen Hilir Perak) dalam perbahasan di Dewan Rakyat pada 26 Mei 1965. Menurut Othman, tindakan Lee Kuan Yew mencabar kedudukan istimewa orang Melayu tidak pernah dilakukan sebelum ini. Bahkan Inggeris sekali pun belum pernah mengatakan bahawa orang Melayu tidak berhak ke atas negeri ini. Tetapi Lee Kuan Yew dengan celupar mulutnya telah mengatakan:

... bahawa kamu, hai orang Melayu tidak berhak dalam negeri ini.... Lee Kuan Yew baru saja berkuasa di Singapura tetapi telah berani mengatakan bahawa orang Melayu bukan kaum Bumiputera. Orang Melayu yang duduk di dalam PAP sebagai tool sebagai sampah di dalam PAP yang bersama-sama gelak dan senyum mengatakan
“awak tidak berkuasa dalam negeri ini....

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya