Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 16 December 2012

DAP penyambung perjuangan PAP-Part 5



Cabaran PAP terhadap “persetujuan bersejarah” tersebut merupakan sesuatu perkara yang telah dijangkakan disebabkan ideologi politik yang menunjangi perjuangan PAP di Singapura semenjak dari zaman awal penubuhannya lagi. Walaupun penyertaan calon PAP ke dalam pilihan raya tahun 1964 adalah kecil, iaitu seramai 11 orang
calonnya bagi bertanding merebut kerusi Parlimen, namun sebelum penyertaannya dalam pilihan raya

tersebut, PAP berkata “we want to show the MCA that even if the PAP keeps out of the elections on the mainland, the MCA will still lose”.  Penyertaannya ke dalam pilihan raya 1964 di atas permintaan Lee Kuan Yew dan dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman.31 Bagaimanapun menurut D.K. Mauzy, penyertaan PAP tersebut bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh Lee Kuan Yew pada tahun 1963, bahawa PAP
tidak akan menyertai pilihan raya Persekutuan.Penyertaan PAP dalam pilihan raya telah menimbulkan masalah bukan sahaja kepada MCA, tetapi kepada UMNO. Dalam kempen pilihan raya, PAP mengkritik kepimpinan MCA yang disifatkannya sebagai mengamalkan rasuah dan hanya memperjuangkan masyarakat Cina di bandar. PAP mendakwa MCA telah kehilangan sokongan masyarakat Cina dan cuba memujuk Tunku dan UMNO untuk PAP menggantikan peranan MCA di dalam Perikatan.


Reaksi Orang Melayu dan Rusuhan Kaum di Singapura

Sebenarnya PAP berharap pada masa panjang orang Melayu akan menyokong ideologi perjuangan mereka. Namun hasrat PAP tersebut tidak tercapai apabila golongan ultra Melayu dalam UMNO cepat menyedari bahaya pendekatan baru ini dan melancarkan propaganda menentang pendekatan tersebut.Malah penentangan golongan ultra Melayu terhadap gagasan “Malaysian Malaysia” dilihat oleh sesetengah pihak sebagai faktor yang membawa kepada berlakunya konflik kaum di Singapura pada tahun 1964.

Konflik ini dikenali dengan beberapa nama seperti Rusuhan Perarakan Maulidur Rasul, Rusuhan Kaum 1964 dan Rusuhan Cina-Melayu 1964.36 Lee Kuan Yew dan beberapa pemerhati luar telah menyalahkan UMNO sebagai punca utama yang menyebabkan berlakunya rusuhan tersebut. Menurut mereka, rusuhan tersebut berpunca dari sentimen perkauman yang dicetuskan ekoran dari Persidangan yang disertai lebih
kurang 150 organisasi Melayu di Singapura pada 12 Julai 1964.

Persidangan tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan kedudukan orang Melayu di Singapura. Persidangan tersebut telah dipengerusikan oleh Syed Ja’afar Hassan Albar, Setiausaha Agong UMNO. Dalam ucapannya, beliau telah mengecam hebat kenyataan Lee Kuan Yew yang disifatkan oleh Syed Ja’afar Hassan Albar boleh mencetuskan selisih faham antara kaum. Syed Ja’afar Hassan Albar telah menyeru orang
Melayu supaya bertenang dan bersabar menghadapi pelbagai masalah di Singapura. Menurut Syed Ja’afar Hassan Albar, persidangan tersebut diadakan: “...bertujuan untuk menyatu dan memadukan kita semuanya untuk faedah diri dan keturunan kita di masa akan datang untuk menebus kejatuhan kita dalam bidang ekonomi, pelajaran dan lainlain lagi”.

Beliau telah membuat kesimpulan bahawa orang Melayu di Singapura tidak mendapat layanan yang adil dari PAP. Beliau menggesa orang Melayu supaya bersatu bagi menghadapi layanan yang tidak adil tersebut. Syed Ja’afar menegaskan pertemuan yang diadakan itu bukan bertujuan untuk bermusuh dengan kaum bukan Melayu yang menumpahkan taat setia mereka kepada negara ini. Yang dimusuhi oleh orang Melayu
menurut Syed Ja’afar Albar ialah layanan yang tidak adil kepada mereka.Persidangan tersebut telah dihadiri kira-kira 2000 orang Melayu. Persidangan tersebut telah memutuskan bahawa mereka tidak akan menyertai pertemuan yang bakal diadakan di antara badan-badan Melayu dengan Lee Kuan Yew pada 19 Julai
1964.

 Pertemuan itu juga memutuskan mana-mana orang Melayu yang menghadiri pertemuan itu akan dianggap sebagai “alat perkakas PAP untuk menghancur leburkan orang Melayu sendiri”.Sementara itu, penglibatan Syed Ja’afar Albar memberikan ucapan dalam perhimpunan tersebut telah dikritik oleh D.R. Seenivasagam (pemimpin People’s Progressive Party (PPP)) dan Lee Kuan Yew di Dewan Rakyat pada 13 Julai 1964.
D.R. Seenivasagam umpamanya telah mempersoalkan kenapa dibiarkan Syed Ja’afar Albar berucap dalam majlis tersebut yang ucapannya didakwa telah membangkitkan perasaan perkauman orang Melayu di Singapura. Beliau mendesak supaya Menteri Dalam Negeri, iaitu Dr. Ismail menahan Syed Ja’afar dari pergi ke Singapura untuk membuat ucapan yang berbaur perkauman.

Pada 19 Julai 1964 pula, lebih dari 1,000 orang pemimpin pertubuhan bukan politik Melayu telah berjumpa dengan Lee Kuan Yew bagi mendapatkan penjelasan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu yang telah dinafikan oleh Lee melalui perjanjian
pencantuman antara Singapura dengan Malaysia.

Dalam pertemuan tersebut, walaupun Lee Kuan Yew berjanji bahawa kerajaan Singapura akan melakukan beberapa usaha untuk melatih orang Melayu menjawat jawatan penting kerajaan, namun kerajaan Singapura tidak akan membenarkan sistem kuota dilaksanakan dalam pekerjaan, pemberian lesen perniagaan dan tanah rizab yang dikhaskan untuk orang Melayu. Semuanya itu menurut Lee telah dibincangkan dengan baik dan telah dimaktubkan dalam Perlembagaan sebelum Singapura bercantum dengan Malaysia. Semua perkara
tersebut tidak akan diadakan semula. Menurut Lee Kuan Yew “kami akan mengadakan setiap kemudahan latihan, semua pelajaran yang perlu bagi orang Melayu bertanding dengan orang bukan Melayu, tetapi tidak akan surut kembali kepada apa yang telah dipersetujui dalam rundingan Perlembagaan”.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya