Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 16 December 2012

DAP penyambung perjuangan PAP-Part 6






Perasaan tidak puas hati mengenai penafian kedudukan istimewa orang Melayu oleh kerajaan pimpinan Lee telah membawa suasana tegang yang kemudiannya mencetuskan rusuhan kaum pada 21 Julai 1964.

Walau bagaimanapun faktor ini telah dinafikan oleh Tun Abdul Razak yang menyifatkan kekacauan tersebut bukan
disebabkan oleh faktor politik dan kesan dari perhimpunan orang Melayu pada 12 Julai 1964 di Pasir Panjang, Singapura.Syed Ja’afar Hassan Albar turut menafikan beliau adalah seorang ultra sebagaimana tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan gambaran salah yang diberikan oleh wartawan asing mengenai pergaduhan kaum di Singapura yang cuba mengaitkan beliau sebagai punca berlakunya konflik tersebut. Konflik tersebut bermula semasa perarakan sambutan Maulidur Rasul di Singapura pada 21 Julai 1964 yang dihadiri oleh kira-kira 25 ribu umat Islam. Semasa
perarakan tersebut melewati Lorong 12, Geylang, seseorang yang tidak dikenali telah membaling botol ke arah perarakan tersebut.

Apabila seorang anggota polis FRU meminta mereka yang berarak supaya menggunakan laluan berdekatan dengan kawasan kerja petrol Kallang sekitar 5 petang, mereka telah diserang. Dalam sekelip mata keadaan telah bertukar menjadi kacau bilau. Pada pukul 6 petang, perbuatan jenayah membakar bangunan telah berlaku di kawasan Geylang. Pada 6.30 petang pertelingkahan dilaporkan berlaku di Chinatown dan Tanjung Pagar. Pada pukul 6.45 petang, beberapa pertentangan juga berlaku di Arab Street dan persimpangan North Bridge Road. Kekacauan tersebut terus merebak ke kawasan-kawasan lain di
Singapura pada beberapa hari berikutnya. Keluarga-keluarga Melayu yang tinggal di Queenstown telah meninggalkan rumah mereka kerana bimbang dengan keselamatan mereka. Perintah berkurung telah dikenakan di seluruh Singapura pada 23 Julai 1964 dan ditarik balik sepenuhnya pada 2 Ogos 1964, iaitu setelah 11 hari dikuatkuasakan. Pertelingkahan antara kaum Melayu dan Cina telah berlaku selama lima hari yang akhirnya mengorbankan 22 orang dan 461 orang telah cedera.


Lee Kuan Yew dan beberapa pemerhati luar telah mengaitkan punca berlakunya kekacauan tersebut dengan tindak tanduk yang dilakukan oleh Syed Ja’afar Albar dan beberapa tokoh “ultra Malay” dalam UMNO seperti yang telah dihuraikan di atas. W.B. Pritchett (Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia) telah menyebutkan :

“...there can be no doubt that UMNO was solely responsible for the riots. Its members ran the communal campaign or allowed it to happen”.

Lanjutan kekacuan tersebut sebuah jawatankuasa keamanan antara kaum yang dianggotai oleh berbagai kaum telah dibentuk bagi memulihkan keamanan di Singapura. Di samping itu, untuk meredakan kebimbangan orang Melayu di Singapura, Tunku Abdul Rahman telah memberi jaminan kepada orang Melayu bahawa kerajaan Pusat akan melancarkan beberapa rancangan pembangunan luar bandar untuk menolong orang Melayu di sana melalui sokongan kerajaan Singapura.


                                                             
 Syed Ja’afar Albar


Pada tahun 1965, PAP mula mengambil inisiatif menubuhkan sebuah pakatan pembangkang bagi menentang Perikatan. Lee Kuan Yew, pemimpin PAP telah mengadakan mesyuarat dengan pemimpin parti pembangkang Cina di Tanah Melayu termasuk dari Sarawak dan Sabah pada 12 Februari 1965 di Singapura. Matlamat daripada perjumpaan tersebut adalah untuk membincangkan cara bagaimana untuk
memberi tekanan kepada golongan radikal Melayu yang terdapat dalam Perikatan. Mesyuarat tersebut telah mencadangkan penubuhan Malaysia Solidarity National Convention yang berpaksikan kepada dasar “Malaysian Malaysia”.

Dalam mesyuarat tersebut menyebutkan kumpulan yang mendukung dasar “Malaysian Malaysia”
mestilah bersatu dan memimpin kumpulan masing-masing untuk “lead their people away from contending militant communalism, which could only lead to disaster”.  PAP telah menyertai United Democratic Party (UDP) di bawah pimpinan Dr. Lim Chong Yu, PPP
dan Sarawak United People’s Party (SUPP) membentuk Malaysian Solidarity Convention. Pakatan pembangkang ini berikrar akan melaksanakan dasar “Malaysian Malaysia”. Ketika persidangan Parlimen diadakan pada bulan Mei 1965, perdebatan terbuka telah terjadi di antara Malaysia Solidarity Convention dengan kerajaan Persekutuan.

Lee Kuan Yew membidas kerajaan Perikatan kerana kegagalannya melaksanakan dasar “Malaysian Malaysia” dan ini akan membunuh sistem demokrasi di negara ini. Perikatan telah dituduh menghina Perlembagaan Malaysia kerana tidak menjalankan pentadbiran seperti yang sepatutnya.Menurut Dr. Mahathir Mohamad, PAP memperjuangkan gagasan “Malaysian Malaysia” disebabkan tanpa diskriminasi
positif yang memihak kepada orang Melayu (seperti pelaksanaan kedudukan istimewa orang Melayu), kaum Cina akan dapat menguasai setiap bidang, termasuk kerajaan.

                                              
 Gagasan “Malaysian Malaysia” yang menjadi asas perjuangan mereka kemudiannya telah menimbulkan penentangan hebat dari golongan ultra Melayu (istilah yang digunakan oleh Lee Kuan Yew kepada golongan yang menentangnya). Mereka mendesak pemimpin Perikatan supaya menangkap dan menahan Lee Kuan
Yew di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana membuat hasutan dengan mempersoalkan pemerintahan Melayu di negara ini. Menurut Vasil, terdapat khabar angin yang cuba mengaitkan Tun Abdul Razak di sebalik tekanan yang dibuat oleh golongan ultra Melayu ke atas Tunku untuk menangkap Lee Kuan Yew dan mengambil alih pentadbiran Singapura. Banyak orang Melayu merasakan pendekatan politik Tunku
yang berlembut dengan Lee Kuan Yew menyebabkan berlakunya situasi tersebut dan mereka mula secara terbuka memperkatakan keperluan kepada seorang pemimpin yang kuat.


No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya